7 Lifestyle Blogger Pilihan 2018

Monday 23 April 2018

Bercerita mengenai lifestyle blogger, apa yang anda akan faham? Tentunya tentang kehidupan mereka kan? Tapi macam mana nak tahu tentang kehidupan mereka ni? Kita boleh tahu tentang mereka melalui cara penulisan mereka. Maksudnya apa yang mereka sering kongsikan di Media Sosial terutamanya di Blog la. Apa yang mereka sering ceritakan. 

Untuk hari ini, saya nak berkongsi tentang 7 lifestyle blogger yang menjadi pilihan saya. Anda mesti terjah mereka juga, sebab mereka mempunyai kisah yang tersendiri di dalam blog mereka.



1. Zaza Iman
Blog : www.zazaiman.com

Sebenarnya dah lama kenal zaza ni. Sekadar kenal orangnya. Rasanya macam zaza pernah pakai nama zaza zehra dulu kan? Kalau tak silap la. Tapi betul betul kenal dalam awal tahun ni. Sebab ada minta tolong zaza tengokkan blog. Zaza ni pandai juga edit blog tau. Hasilnya pasti puashati. 

Suka baca kisah zaza. Sebab zaza ni banyak berkongsi tentang pelbagai perkara. Contohnya cara dia berpakaian yang ada style tersendiri. Haaa, dari situ la saya kenal zaza ni. Lepas tu zaza banyak berkongsi tentang review. Cara zaza buat review tu ada gaya penulisannya yang tersendiri. 

Dan lagi 1, zaza ni cat lover tau. Selalu cerita pasal kucing kesayangannya yang comel comel. Kalau nak cerita pasal zaza, banyak rasanya. Tapi rasanya anda kena terjah blog zaza, sebab dari situ anda akan kenal zaza dengan lebih mendalam lagi. 



2. Tengkubutang
Blog : www.tengkubutang.com

Sebenarnya dah lama kenal dengan kak TB ni. Lebih kurang 10 tahun lepas. Kenal masa tu sebelum kak TB menjadi blogger. Kami pernah bekerja di Koperasi. Berlainan koperasi. Ditemukan di Maktab Kerjasama Malaysia semasa sama sama berkursus. 

Kak TB mempunyai seorang cahaya mata bernama Harraz. Berumur setahun 5bulan. Dikenali dengan nama Tengkubutang sebab kak TB juga cat lover. Dan butang adalah nama kucing pertama perliharaannya. 

Blog yang penuh dengan perkongsian pelbagai kisah, antaranya review dan juga resepi. Pelbagai resepi kak TB ada kongsikan. So kenalah terjah!



3. Wawa Ashihara
Blog : www.wawaashiharaa.com

Wawa ashihara. Selalu tersalah sebut. Ashihara mesti jadi ashirara. Terbelit lidah nak sebut. Hehe.. Jangan mara ye wawa. Actually kenal wawa ni pun sebab dia selalu buat video tentang review sesuatu produk. 

Wawa ni pandai bermekap tau. Kalau dia buat video bermekap tu, memang tengok sungguh.  Ralit jadinya. Kiranya boleh saya katakan, wawa ni salah seorang beauty blogger. Kalau nak tahu dengan lebih mendalam lagi, kenalah terjah tau. 



4. Nur Alja
Blog :  www.cahayapermata.my

Sebenarnya alja ni saya baru lagi kenal. Itu pun sebab kami berada dalam 1 group. Alja ni kalau kita singgah ke blognya, mesti kita akan baca perkongsiannya tentang trip-trip yang dia ikuti. Kiranya alja ni travel blogger juga la. Rajin berjalan alja ni. Sambil berjalan, sambil tu kutip info untuk perkongsian bersama kan.

Alja juga ada kongsikan tentang info info terkini macam sesuatu produk, maklumat kemasyarakatan, so boleh la terjah kalau Alja menjadi pilihan anda. 



5. Hazirah
Blog : www.iuzira.com

Zira ni orangnya kecik molek je. Comel je. Walaupun tak pernah jumpa secara berdepan, tapi tahu zira ni kecik dan lincah orangnya. 

Bercerita mengenai lifesyle pula, zira ni dikatakan rajin hadiri event yang dianjurkan. Kalau tak silap la, dulu zira ni rajin ke event anjuran Ephyra. Rasanya la. Rasanya dari situ cuba kenal zira dengan lebih mendalam lagi. 

Dan sekarang ni, kalau sebut je iuzira pastinya akan teringat tisu basah imaan. Zira ni salah seorang agent tisu imaan kalau tak silap tau. Kalau nak beli tapi tak tahu kat mana, boleh la cuba hubungi zira!




6. Diana Rashid
Blog : www.dianarashid.com

Kak diana ni kalau tak silap saya la, saya mula kenali masa tahun 2013 ke 2014 macam tu. Masa tu tengok instagramnya. Sebab kak diana rajin berkongsi kisah anak dia. Yang saya ingat masa tu kisah maisara. Kak diana kongsikan lukisan maisara. 

Dari situ, cuba selidik blog kak diana pula. Blog kak diana ni boleh dikatakan informasi yang disampaikan laju dari kapal terbang. Ehh, boleh ke kata gitu. Hehe..
Info terkini memang cepat disampaikan diblognya.

Selain dari tu, kak diana juga rajin berkongsi tentang review. Kisah anak anak. Memang seronok kalau baca kisah kisah di blog kak diana tau. So, kalau rasa nak tahu lebih mendalam lagi tentang bestnya blog kak diana, kena terjah!



7. Cik Ash
Blog : www.cikash.com

Haaa, untuk yang terakhir saya nak berkongsi tentang cik ash pula. Cik ash ni saya baru juga kenal. Di blog cik ash ni pelbagai kisah dikongsikan. Kiranya tak jemu la singgah. 

Normal la bila kita singgah mana mana blog pastinya kita akan baca kisah tentang tips dan hasil review. So, di blog cik ash juga tidak terlepas peluang. So, ambillah peluang untuk singgah di blog cik ash ya. 

Okay, ni la hasil perkongsian saya mengenai 8 blogger pilihan saya. Sekiranya anda berkelapangan, jemputlah singgah ke blog mereka. 



24 comments

  1. Tq syamimi.. Semua yg tersenarai ada cara tersendiri menulis dekat blog kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. 🙂
      Betul tu cik ash. Kita semua ada gaya penulisan yang tersendiri.

      Delete
  2. semua blogger yg hebat tu dan dh berblogging tahap otai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Boleh dikatakan mereka hebat hebat belaka.

      Delete
    2. Betul. Boleh dikatakan mereka hebat hebat belaka.

      Delete
  3. Hehe ya mimi.. Dulu zaza zehra.. Pastu tukar jadi zaza iman dan kekal sehingga skg.. Tqq mimi.. Rkn2 blogger lain pun mmg hebat2 penulisan diorang.. Msing2 ada story yg best2 untuk dibaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Tu la. Masa tu zaza ada nickname lain. Hihu
      Betul tu zaza. Kena rajin terjah je kalau nak tahu story mereka.

      Delete
  4. wah bestnye boleh berkenal2 an dengan lebih rapat lagi la lepas ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Kena rajin terjah dan beramah mesra.

      Delete
  5. Ada yang pernah jumpa ,ada yang tak pernah jumpa tapi setiap blog ada kisah sendiri best baca artikal yg di kongsikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu. Setiap blog ada kisah tersendiri zira. 🙂

      Delete
    2. Setuju tu. Setiap blog ada kisah tersendiri zira. 🙂

      Delete
  6. Akak pulak tak ingat sejak bila kenal semua blogger2 ni..Heheh..semuanya blogger otai2 ni..Memang masing2 dah tahu jalan dalam dunia blogger ni cemana..Tahniah semua..

    ReplyDelete
  7. Swmua ni kita kenal..tapi tahun tak tau bila..hehehe..kenal sebab blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la nad.knal pun hasil blogwalking dulu kan.
      Mana nak perasan. Hehe

      Delete
  8. Semua kenal dan follow. Selalu terjah blog dorg gak

    ReplyDelete
  9. huhuhu.. Alhamdulillah.. melalui blog kita kenal masing-masing2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dari blog kita tahu kisah mereka yang tersendiri.

      Delete
  10. Haha.. Jd wawa ashirara pon jdla mimi.. Kekekeke.. Terima kasih sudi plih.. Moga kita semua dpt share lebih byk info lagi lps ini...

    ReplyDelete