Keenakan Bersama Samyeang Domino's Pizza dan Kepak Ayam Haseyo yang terbaik!
Domino's Pizza telah melancarkan sajian penuh sensasi yang terbaru iaitu diinspirasikan dari muzik pop Korea, kumpulan muzik Domino's yang terdiri daripada 3 ahli, disertai seorang bintang tetamu wanita iaitu Ayam-haseyo.
Kalau bercerita mengenai Domino's pizza ni, memang jarang sangat saya nak merasainya. Bukan kurang minat, tapi saya akan cari bila betul betul berkeinginankan nya. Baru ada feel bila makan, tak gitu?
Dan yang terbaru ni, saya telah merasa pelbagai jenis aneka sajian terbaru yang dikeluarkan oleh Domino's pizza. Antaranya Tuna Samyeang Pizza, Chicken Samyeang Pizza dan Beef Samyeang Pizza. Apa yang membezakan antara 3 jenis ni adalah mengikut tahap kepedasan nya. Kalau mengikut tahap paling pedas ialah Beef Samyeang Pizza la. Chicken Samyeang Pizza berada ditahap tengah dan Tuna Samyeang Pizza kurang pedas.
Beef Samyeang Pizza
Tuna Samyeang Pizza
Chicken Samyeang Pizza
Close up sikit chicken Samyeang pizza ni.
Bagaimana rasa setiap sajian enak Samyeang Pizza ni? Ianya mengkombinasikan rasa pedas dan manis yang unik. Kalau tanya sedap ke tak, of course la sedap. Nak jelaskan macam mana sedapnya tu, kena la rasa sendiri tau. Rata rata ramai yang sukakan selera ala korean ni kan? Pedas manis dia tu kena la orang kata. Saya pun first time juga la merasa ala ala korea ni. Setakat ni boleh diterima tekak dan yang paling tak boleh terima, kenapa asik teringat je ni??? Mungkin kena repeat lagi la kut, kan?
Okay, nak bagitau lagi ni, hidangan Samyeang Pizza ni limited ye! Limited! Maksud disini, bukan sepanjang masa sehingga ke tahun depan still ada menu ni. Macam menu biasa biasa tu. Ianya dikeluarkan untuk beberapa bulan sahaja. So, kalau korang penggemar makanan ala ala korea ni, pastikan korang kena rasa cepat cepat tau. Nanti dah takde keluaran ni, menyesal pulak.
Lagi 1 menu yang best ialah Kepak Ayam Haseyo! Ya Allah, sedapnyaaa rasa dia. Tak tahu nak cakap sedap macam mana. Dia tak begitu pedas. Boleh lagi la bagi anak kecik merasa. Rasa sos dia yang manis manis sikit tu, memang ngam la Orang kata. Terbayang bayang kesedapan nya! Sah nak kena repeat lagi ni.
Jom cerita mengenai harga yang ditawarkan pulak. Dari segi harga berpatutan la pada saya. Untuk 2 pizza bersaiz regular harga ditawarkan RM33. Untuk 2 pizza bersaiz besar RM55 dan untuk pizza bersaiz extra RM77 bagi 2 pizza.
Samyeang Pizza bersaiz personal adalah SAH untuk tawaran Super Tuesday iaitu pada hari Selasa. Tawaran harga serendah Rm3.90 bagi tempahan dalam talian serta Rm4.90 bagi tempahan di kaunter.
Sukacita dimaklumkan, Pizza Samyeang dan Kepak Ayam Haseyo ni boleh didapati di SEMUA rangkaian Domino's Pizza bermula 26 February 2018.
Tempahan secara Talian :
http://www.dominos.com.my
1300-888-333
http://www.dominos.com.my
1300-888-333
#Samyeang
#DominosPizza
#DominosPizza
wow (@_@) hehe (^_^)
ReplyDeleteTergoda ke tu. Hihi
DeleteKne try ni cpt2 hehe..
ReplyDeleteYup. KnaK try cecepat, sebab ianya limited punya.
Deleteamboi..mama kak aya dah pandai g event dah..hihi
ReplyDeleteAlamak. Hahaha
DeleteNi kebetulan je ciknor buat kat ipoh. Kalau tak, jangan mimpi lerr. Haha
Kena try ni
ReplyDeletePizza.samyang dgn ayam haseyo..apa rs nya ek..lagi pedas dr.megi.samyang.x
Alaaa, maggi samyang tak pnh rasa. Tapi ada yng kata, yang beef tu pedas macam ramen tu haa..
Deletedah rasa dah...bolehlah...tp lebih suka ayam pizza yg biasa tu..hehehehe
ReplyDeletejemput singgah di blog kita...ada info best dari traveloka
Ayam pizza yang mna eh. Haha.. jarang betul nak makan pizza ni. Tak berapa ingt.
DeleteOkay, nanti kita singgah ke sana yerk 😉
terliur tengok. dahlah BV suka pizza T^T
ReplyDeleteHaaaa.. kalau peminat pizza, wajib try tau. Hihi
Delete#KakakKimchi approved this! Hahaha...Sally ada masa launching kat KL harituuu...tp sadly lidah Sally tak rasa pedas lgsg..hahaha
ReplyDeleteAlohhh.. awak memang tau.. korea sangat. Haha..
DeleteKita jenis tak tahan pedas wak. Tu rsa pizza tu pedas. Haha
sedapya la pizza. pernah makan sekali
ReplyDeleteje domino ni.yg mimi share ni tak pernah rasa lagi
Yang ni kena rasa tau zaza. Sebab ni edisi terhad punya tau.
DeleteNampak cantik eh nampak sedap
ReplyDeleteAlamak. Kita nampak terliur. 😅😅😅
Deletesedapnya, terus jadi lapar. saya memang suka dominos
ReplyDeletePeminat Domino's wajib cuba tau.
DeleteAduh terliur tengok lama tak makan pizza.. Kena ajak suami pergi try ni hahahaha
ReplyDeleteHahaha..
DeleteSila pujuk cik abng cecepat sebelum terlambat. 😅😅
Nampak sedap la..pedas ke semua..nk cuba la nnati
ReplyDeleteBeef pedas nad. Kalau ciken pedas dia slow. Tuna kurang pedas. Try la nti. 😊
DeleteIday ada tengok blogger buat video, makan sampai berpeluh2 pedas. Haha nak try jugak la nanti.
ReplyDeleteWaaaa.. sampai buat video?
DeleteErm. Yang beef katanya pedas. Kita makan ciken hritu.
Wahhh dominos ada flavor baru. Nanti nak pi cubalah...
ReplyDeleteBagi peminat Domino's, kena la try tau. Hehe
Deletepedas sangat tak? mcm nak try
ReplyDeletePedas tu ikut kategori FD.. ☺
Delete