Photobook Murah By Printmurah_byjuzu

Wednesday 20 December 2017

Assalamualaikum! Hi dan selamat pagi.


Harini saja la saya nak share sikit tentang photobook yang saya pernah tempah dengan kak Julina Alias at @printmurah_byjuzu
Masa saya tempah ni, dalam tahun ni juga. Tak silap bulan March macam tu saya terima. Punya la tertangguh dari tunggu hari nak bersalinkan Zhareef sampai la masuk fasa dalam pantang. Akhirnya terlaksana juga nak buat photobook ni. Rasa give up sekejap sebab macam tak sempat je nak buat pemilihan gambar semua tu.


Ada Photobook ni memang best. Sebab kita dapat abadikan koleksi gambar anak dari kecik sampai la umur dia yang terkini. Saya abadikan gambar zara ni dari seawal beberapa jam dia lahir sehingga umur dia setahun lebih masa tu. Bukan saya tak nak cuci gambar sekeping sekeping.


Tapi risau nanti gambarnya hilang. Pastu kena cari album pulak. Harga album pun kalau nak yang berkualiti mahal la kan. Tapi mungkin next nak try juga cuci gambar kut, supaya anak anak tahu koleksi gambar mereka masa kecik banyak sangat. Cute cute je pulak tu.

Daripada gambar terperap dalam fon sampai naik 'heng' then terhilang terus gambar kenangan tu, apa kata ambik pendekatan buatlah photobook. Nak tengok pun seronok je. Bukan anak yang seronok, mak paknya pun seronok membelek nanti. 

Kita akan Rasa macam mudah je nak pilih gambar. Tapi susah jugak. Sebab 100 keping gambar perlu dipilih kan. Sebab tak tahu nak letak gambar mana. Ni antara koleksi gambar yang saya abadikan dalam photobook ni. 



So, kalau rasa was-was atau tak tahu macam mana rupa photobook ni then rasa macam nak buat Photobook ni, boleh la tengok review saya ni. In shaa Allah, saya akan cuba full review dalam blog saya ni. Saya sertakan video nya sekali.



Ok, ada yang kata, macam mana dengan kualiti gambar ni?

Sebenarnya kualiti gambar ni bergantung la pada gambar yang korang tangkap tu. Kalau cantik, akan cantik la hasilnya. Kalau pakai kamera 'cap ayam', mungkin gambarnya biasa biasa je la macam tu. Tengok pada berapa pixel kamera fon awak tu ye. 



Nota : Review saya hanyalah secara peribadi. Bukan review berbayar. Sekiranya berminat untuk meminta khidmat review di blog saya boleh hubungi saya di :

WhatsApp : 011-24181178
Email : mimie_najib83@yahoo.com.my




#PersonalReview
#SyamimiReview
#Photobooks
#KoleksiGambarKenangan

5 comments

  1. bernas juga idea ne dari biar henpon 'heng'. comeinya tengok gambar baby

    ReplyDelete
  2. alaa.. tak sabarnya.. tengah pilih gambar ni.. adoi.. harraz lak nak berdukung.. aiuoo..

    ReplyDelete
  3. nieyl pun suka buat photobook walaupun xde anak lagi..hihihi

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat photobook ni boleh simpan jadi kenang-kenangan. Kalau soft copy takut pula pape jadi ngan laptop or fon kan. Btw, moga baby jadi anak yang solehah ye :)

    ReplyDelete