Peminat Tudung?

Friday 8 December 2017

Peminat Tudung?


Hai.. assalamualaikum readers. Harini kita nak borak kosong je boleh? Nak update kisah lain, gambar habis dah ditransfer ke laptop. Nanti malam kita update kisah kisah throwback la ehhh.. hehehe


Nak cerita pasal tudung la, boleh? 
Orang perempuan ni nak nak yang berhijab, kalau nampak je tudung mesti nak beli kan?  Siapa ada penyakit macam tu? Kita geng. Hehe.. Kalau Macam kita ni sesuai dan serasi dengan tudung bawal. Tudung instant ni macam tak kena dengan muka. Kalau pakai nampak pelik semacam je..

Teringin nak pakai tudung instant. Sebab tudung instant sekarang lawa lawa kut. Contoh macam brand benang hijau. Kita DS benang hijau tau, kalau korang berkenan, meh la risik risik dengan kita. Hehehe
Cuma kadang tu tak sempat je nak update.

Berbalik pada cerita tudung, kalau tudung bawal ni kan ada yang bercorak, ada yang plain kan? Kalau yang plain kita suka macam bawal BTE tu. Suka sebab mengerlip ngerrlip. Berbatu gitu. Nampak EXCLUSIVE. Setakat ni baru ada 1 BTE dalam simpanan. Ingat nak order lagi. Sebab selesa pakai nya pun. 

Kalau yang bercorak setakat ni yang banyak dalam simpanan, Aidijuma. Dulu pernah tebus voucher zalora, ambik 6 ke 7 helai bawal AJ. Pastu tebus jugak voucer zalora dari survey yougov rasanya, ambik jugak tudung AJ. Belum lagi yang orang bagi. Pastu baru ni adik ipar borong tudung AJ yang offer hanya RM3 sehelai tu. So grab la 5helai dari dia. Bercorak. Baru pakai sehelai.



Kalau benang hijau kita baru ada 2helai. Tudung asya nama dia. Kain dia lembut tau. Kita baru nak kumpul koleksi benang hijau jugak. Ehh, benang hijau ke, aidijuma ke, memang favourite la. Asal berkenan je, harga mampu milik, beli je. Hehe.. 



Auranya lain bila dapat pakai tudung baru ni. Rasa bergaya gitu. Kalau pakai tudung lama pun okay juga. Cuma kalau dah belasah pakai selalu, pudar la kan. Cuma kena asingkan tudung tuk jalan yang mana, tudung untuk pakai harian yang mana, tudung untuk pakai majlis yang mana.. Betul tak?

Orang perempuan ni kan complicated. Kadang tu susah nak faham. Nampak je tudung baru, kemain seronok. Macam dapat duit berjuta. Hehehe. Pastu siap boleh asingkan ikut kategori tuk pakai bila. Unikkan? Kalau korang kan suka tudung instant ke tudung bawal? Meh share la sikit. 😉


2 comments

  1. selalu bergaduh dengan tudung bawal sbb payah nak bentuk haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..
      Alala... Skrng kn dh ada spray tuk tudung sis..
      Kita sllu bubuh lilin je klau susah..☺

      Delete