Balm Bayi Tok Syed Kegunaan Seisi Keluarga!

Sunday 31 December 2017

Balm Bayi Tok Syed Kegunaan Seisi Keluarga!


Assalamualaikum, Hi readers!
Harini saya nak share sikit mengenai Balm Bayi Tok Syed. Balm bayi ni dikatakan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Dari golongan kecil sehinggalah dewasa. Balm bayi ini dikatakan sebagai persediaan kecil yang wajib ada bagi setiap isi rumah.

Apa yang bestnya mengenai Balm Bayi Tok Syed ini?

Balm bayi tok syed ini dikatakan dapat melegakan batuk, selsema serta mereka yang mengalami hidung tersumbat. Haaa, seksa kan rasanya kalau kena ketiga-tiga situasi ni? Lagi lagi hidung tersumbat. Rasa lemah badan dibuatnya.

Dengan adanya Balm Bayi Tok Syed ini, anda semua tak perlu risau. Kerana kandungannya sendiri diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan bukan khususnya untuk anak-anak kecik sahaja walaupun namanya Balm Bayi! Ianya selamat digunakan untuk golongan lelaki mahupun wanita. Dari golongan bayi sehingga ke atok nenek pun boleh digunakan.




Antara bahan yang terkandung didalam balm bayi tok syed ini adalah Beeswax atau dikenali sebagai Lilin Lebah. Ianya merupakan bahan asli yang dihasilkan dari lebah serta dapat membantu masalah radang kulit juga. Selain itu bahan lain yang terkandung ialah Minyak Kelapa Dara yang terbukti kebaikannya diseluruh dunia. 

Bukan dua bahan penting itu sahaja yang terkandung didalam balm bayi ini, malahan Minyak Bunga Matahari juga yang diestrak dari bijinya juga kaya dengan nutrien yang sangat seimbang di dalamnya.Kandungan Vitamin E serta asid lemak Omega 6 yang tinggi menjadikan ianya sangat efektif bagi urutan luaran. Pati Minyak Lavendar juga dikatakan menjadi agen utama yang sangat bagus bagi berfungsi sebagaii mengurangkan tekanan.



Pati Minyak Lavendar dikatakan mengeluarkan bau wangian yang sangat menenangkan, bukan sahaja sebagai bahan aromaterapi, tetapi ianya dapat membantu dalam mengubati masalah selsema dan demam.

Bagaimanakah cara untuk mengunakan balm bayi ini kepada anak kecil?

1. Sapukan balm bayi ini serta urut perlahan-lahan pada tapak kaki anak anda
2. Urut juga secara perlahan di belakang badan
3. Urut lembut disekitar bahagian dada
4. Ianya juga boleh disapu sedikit dibahagian "T" muka.

Bagaimana cara untuk membuat pembelian terus Balm Bayi Tok Syed ini?

Untuk membuat pembelian terus, kengkawan boleh layari www.toksyed.com/product/balm-bayi. Harga yang ditawarkan untuk 1 bekas ini ialah RM80 sahaja. Tetapi! Sekiranya anda membuat pembelian sebanyak 3 bekas sekaligus (didalam 1 resit pembelian), anda akan mendapat harga istimewa iaitu RM67 sebekas.

Mungkin anda berminat untuk mendapatkan produk ini segera melalui stokis-stokis yang dilantik kan? Bagi yang ingin mendapatkan produk ini melalui stokis yang dilantik, anda boleh layari www.toksyed.com/stockist. Rujuk gambar dibawah ini, anda klik pada pautan kecil di 'select state' untuk mendapatkan stokis-stokis yang berhampiran anda.




Untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai produk dari tok syed ini, boleh layari :

website : http://www.toksyed.com

No tel HQ : 016-826 2990

Instagram : https://www.instagram.com/toksyedori

Facebook : www.facebook.com/toksyedori

Youtube : www.youtube.com/channel/UCp_nMwkF4a8kOshiZV9-48A

Jom tengok testimoni pengguna ni. 









Atas kepuasan hati menggunakan Balm bayi Tok Syed ni, saya juga menghantar feedback secara peribadi. Yela, bila dah guna, seronok la kan nak share pengalaman sendiri. :)



Review saya setelah menggunakan Balm Bayi Tok Syed ini :


Saya telah menggunakan Balm Bayi ini kepada anak-anak saya, malahan saya juga menggunakannya. Saya gunakan pada anak-anak saya untuk sapuan diperut. Balm bayi ini berasa berangin nyaman sekali. 

Balm bayi ini mempunyai bau yang sangat-sangat wangi. Bau yang sangat menenangkan. Saya sendiri menggunakannya untuk sapuan di perut ketika perut tidak selesa. Bukan itu sahaja, saya juga menggunakan balm ini untuk sapuan pada gigitan serangga. Bila anak saya kena gigitan nyamuk, terus disapukan dengan Balm Bayi ni, memang cepat dia berkesan.

Sejujurnya, saya sukakan balm bayi ini kerana anak-anak saya juga selesa bila saya sapukan pada mereka. Malah selepas mandi anak saya yang berumur 3 tahun pasti meminta balm bayi ini untuk disapu pada perutnya. Yang lagi best, balm ni tak melekit tau. Melekit pun pada awal sapuan je. Lepas tu dia jenis cepat terserap ke kulit.

Saya yakin, Balm bayi ini sangat berguna serta balm yang terbaik untuk kegunaan seisi keluarga. Yang penting, 1 Balm untuk 1 keluarga!



7 comments

  1. Bagus balm ni... Skrg baby mmg perlukn lagi2 tme mlm nk tido..kadang2 kesian tgk baby tu merengek je ... Bau lavendar yg best tu..hehe

    ReplyDelete
  2. elok sangat ada balm ni..kdg perut rasa sakit2 boleh la sapu..tengok bekas balm ni mcm bsr jgk saiz dia..

    ReplyDelete
  3. Bagus balm ni, klu perut tak selesa sapu je. Kadang perut tak selesa bkn nk membuang

    ReplyDelete
  4. Ekin suami ibu mentua kata best guna balm ni..

    ReplyDelete
  5. Cubaan komen kedua sbb tadi mcm tak masuk.
    Kalau balm ni mmg bersifat tak melekit dan mudah serap...saya akan cari lps ni. Thanks atas review.

    ReplyDelete
  6. Bgus bkn pd baby.. pd org dewasa gak kn

    ReplyDelete
  7. bagus ada balm bati kat rumah.kalau anak batuk atau selsema boleh sapu balm bayi

    ReplyDelete