Leo Palace Hotel

Monday 6 November 2017

Leo Palace Hotel

Assalamualaikum.. Hai readers! =)

Harini macam nak share tentang hotel yang saya menginap masa ke PWTC atas urusan Majlis Makan Malam Rejimental haritu. (27 Oktober 2017) 
Kisah makan malam rejimental tu nanti saya share dalam entri lain ye.



Sebenarnya saya tak berani nak main booking je hotel mana yang akan saya duduk. Means booking secara online di trivago ke, agoda ke,.. Maklumlah, tak biasa selok belok ke PWTC tu. So, kami keluar awal, kami cari la kat sana nanti. Sebab senang nak tengok depan mata dulu kan keadaan hotel tu dekat ke tidak, nampak selesa ke tidak, parking mudah ke tidak.. Ehh banyak la nak kena pertimbangkan. Sebab melibatkan keselamatan kenderaan juga bila booked hotel ni kan. Tapi malam sebelum gerak tu, saya survey online juga la. Cuma tak terus booking. Sebab kami pergi pun hari kerja. So rasanya takde masalah kut.

Actually saya ada tanya di FB pasal hotel yang berdekatan, kak kimi kata dia bakal duduk di Leo Palace Hotel. Actually masa saya nak terjah Leo Palace Hotel tu, saya tak teringat pun pasal kak kimi info tu. Dalam kepada otak saya masa tu, 'ehhh, macam ok je hotel ni'.. 'Macam senang je nak cari'.. 'Macam ok je tempat dia'.. Ehhh, bermacam-macam pulak saya kan. haha!



Ntah macam mana, masa en.suami dah tanya kat kaunter pendaftaran tu, saya godek fb. tengok balik respon pasal pertanyaan saya tu, sekali macam 'ehhhhh hotel ni ke yang akk tu cakap'.. haha.. Patut la kak kimi nak duduk sini.. Nampak selesa, parking pun mudah!









Bagi saya hotel ni saya boleh suggest pada kengkawan yang maybe tak biasa ke sana macam saya ni la.. Korang cari je Leo Palace Hotel. Hotel tu nampak tenang & selesa je pada saya. Pada pengamatan saya la, lobby hotel pun bersih je. Memang selesa la kalau nak menginap kat situ. Saya ambil bilik kecik je. Sebab nak tido untuk 1 malam. Untuk 2 orang je. Bukan taknak ambik hotel lain. Haritu kak TB kata try Dynasty Hotel. Memang nampak dah hotel tu. Tapi macam kena memusing ke seberang jalan kut macam tu. Tu tak jadi ambil tu.



Leo Palace Hotel ni ada banyak bilik tau. Jangan risau. Ada 6-7 tingkat macam tu. Macam saya haritu menginap tu tingkat 2. Buat apa nak dok tinggi-tinggi kan. haha.. ambik hat bawah je. Senang in case kena turun ikut tangga. Ok, berbalik pada hotel ni, bagi saya strategik sebab nak ke PWTC dalam 5 minit je macam tu. Pastu yang bestnya buat kaki makan! Haaaa, bersepah la tempat makan kat bawah tu tau. Restoran bawah hotel ada. Tapi sampai pukul berapa je la macam tu. Pastu ada je kedai makan sekitar situ. So tak perlu risau akan kelaparan ke apa la kalau malam-malam.


*gerai niaga malam baru nak buka* 
Permandangan dari bilik saya duduk

Macam-macam ada. Pilih je nak makan apa. Nampak meriah la tempat makan sekitar hotel tu. Masa saya habis majlis, nak balik ke hotel pun dah pukul 1 pagi. Tapi tak terasa pun macam masa tu dah awal pagi. Sebab orang meriah berniaga. Tetiba rasa seronok la pulak tengok orang berniaga macam tu. hehe..
Tapi kitorang takde la membeli pun malam tu sebab kitorang dah kenyang makan di PWTC tu kan.





Tapi hari jumaat tu kitorang memang makan dibawah hotel tu je. Saya order nasi kerabu rajo ke apa namanya. Rasanya ok laa.. Petang hari jumaat tu pulak kitorang makan roti canai/roti sardin di gerai berdekatan. Ok la kedai makannya. berdepan aje pun dengan hotel kami menginap. Senang. Lepas parking terus ke kedai makan. rasanya pun okay. Ditambah pula waktu tu hujan. Memang perut mintak diisi aje la. hehe..

Ni saya sertakan sikit sekitar lokasi tempat hotel saya menginap tu ye. Mana la tahu, kengkawan nak ke PWTC, boleh juga ambil hotel ni. :)





Saya share sebagai pengalaman saya disana. In Shaa Allah ada rezeki kalau ke sana dengan anak-anak boleh la kut menginap di hotel tu lagi. Cuma kena ambil bilik besar sikit la. hehe



Untuk bayaran hotel saya menginap ni RM98
Kebetulan saya masuk sebelum jam 2petang. Saya sampai dalam jam 11pagi. So kena tambah RM10. 
Deposit pula RM50.
Wifi Free ada ke tak, tak perasan pulak. Sebab pakai data sendiri. Line pun okay kat sana. Takde masalah. 

Untuk deposit tu kalau takde masalah apa-apa, diberikan balik. So total kami bayar RM108 untuk semalaman. Pagi tu saya gerak balik awal, dalam pukul 8 lebih dah check out. Rindu anak!.. haha
Sekian saja untuk pengkongsian saya.. ;)


16 comments

  1. wahhh..oklah berbaloi...tempat makan senang..bilik pun selesa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Btl tmpt mkn sng cari. Pilih je nk yng mna. Bilik selesa sngt.

      Delete
  2. Nampak selesa & okay la jugak harga dia...standard utk walk in kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa sally. Bantal pun empuk. Katil pun bersih. Harga pun boleh tahan.

      Delete
  3. Yang penting bersih dan senang dapat tempat makan.. kalau akak,wifi tu tak kisah ada ke tak..hehhr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Janji tempat makan bersih & harga pun berpatutan.
      Wifi tu xde la 24j nak ngadap. Hehe

      Delete
  4. Berbaloi sangat dengan harga tuh dan keadaan dalam bilik. Memang selesa kan Mimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawak anak-anak boleh ambik bilik yng besar sikit. Tapi harga masih mampu milik lagi.

      Delete
  5. wah.. dapat yang selesa ok la mimi.. jangan macam kami ritu.. bos nak yang murah.. sekali dapat hotel ayam.. adoiii . walaupun masa tu masa banyak dihabiskan kat pwtc sampai malam.. just balik hotel pun sebab nak tido je.. tapi agak2 la hotel yang dipilih tu.. jangan la samlai ropa tu kannn.. erghhh.. terkenang semula mimi uiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hat ni okay kak.
      Masuk dlm x nampak macam hotel ayam pun.
      Pnh gak masa koperasi buat kursus ke apa kat kl, masuk hotel ala hotel aym gak. Erm... Ckup la sekali.
      Hotel ni suggest la sapa nk try.

      Delete
  6. Hotel ni nampak macam dekat dengan apartment je, harga murah juga sedapnya air kelapa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dekat dengan apartment zira. Tapi hotel ni besar. Tu nmpk mcm tu. Hee

      Delete
  7. Dekat ngn tmpt2 makan.. selesa juga tgk tu. Hrga pon berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat la juga cik En. Bab makan memang tak perlu risau.

      Delete