Keropok Lekor

Tuesday 10 October 2017

Keropok Lekor


Assalamualaikum.. hai readers..
Entri sesantai je la ehh senja ni..
Korang kat sini penggemar kopok lekor tak? Kalau kita of course la suka. Dari kecik sampai la dah jadi mak anak 2 ni.


Sejak duduk gemas ni, kalau beli kopok lekor, beli kat TF je. Selalu cari jenama NOBA. Sedap. Try tu je la pun. 

Nak jadikan cerita, ada sekali tu cari dah tak jumpa. Habis stok ke, dorang letak belah lain ke apa, tak tahu la pulak. Pastu, elok pulak dalam group MQ kem ni ada yang promote kopok lekor ori kelantan kut. So kitorg pun try la. Sebab kopok lekor ni kiranya macam jadi stok Wajib ada kat umah ni.

Bila dah try beli, memang tak menyesal sebab sedap. Terasa lain la kan dengan yang kilang buat. Setakat ni dah 4x repeat order. Ni stok kat rumah dah ada, kerja nak menggoreng je la. Makan tak puas. Nak nak makan tengah hangat lagi. 



Sedapnya petang petang ke senja gini makan kopok lekor.. Tadi penat akan anak anak, pastu lapar. Haha.. dah lapar memang pikir nak makan je la. Mujur la kopok leko ada dalam fridge. Beli selalu belum potong lagi, sampai stok terus potong siap-siap. Time nak goreng dah senang. 


1 comment

  1. Keropok lekor terengganu paling sedap bagi saya.. lama dah tak makan keropok lekor terengganu, jauh sangat nak pergi... huhu

    ReplyDelete