:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Sabtu, 7 Oktober 2017

Cubaan Pecah Rumah??

Cubaan Pecah Rumah??


Assalamualaikum.. selamat malam semua. Malam ni update entri fresh la ehh.. kisah awal pagi tadi. 


Kisahnya macam terjaga, masa tu nak kalih badan ke kanan macam tu.. Tersedar Zhareef tido jauh sikit, macam nak bangun angkat dia, sekali dengar gedebuk macam ada benda jatuh. Macam orang jatuh dari siling. Jelas dan kuat. Macam dekat sangat! Masa tu pikir, haaaaa, macam dari bilik depan ni je.

Kitorang tido kat ruangtamu malam tadi. Masa tu takut + terkejut tu jangan dikata la. Dok pikir anak anak je. Memang ddy dorang ada. Tapi pikir anak je dulu. Terbayang kalau betul orang jatuh, nanti kalau dia kuar bilik macam mana??

Lepas bunyi gedebuk kuat tu kan, bunyi macam sesuatu suara tau. Macam uhuuukk.. uhuukk.. masa tu cuba cam bunyi tu. Bunyi manusia ke bunyi binatang pape. Takut masa tu Allah je laaa yang tahu. Tak terkata takutnya. Tak pernah alami situasi tu kan. Tiba tiba jadi.

Bunyi uhuukk tu macam seragam je tau. Dalam kat 10minit ada kut. Pastu hilang. Pastu yang pelik, sikit pun tak dengar bunyi tu dah tau. Bunyi tapak kaki orang berjalan pun takde. Masa tu dalam kepala otak dok pikir, ke ada orang 'ngantar' ni.. haisshh.. sempat kan pikir ke arah situ. Ada sebab kenapa saya boleh pikir ke arah tu. 

Walaupun bunyi tu dah takde, kita dah rasa tak tenang. Takut nak bergerak dah. Sampai jam 4pagi juga la berjaga. Ntah macam mana boleh terlena sendiri. Jaga pagi tu dah pukul 7 lebih. Bangun macam orang terkejut kelam kabut pun ada. Terus cerita kat ddy dorang ni. Ddy dorang macam terkejut. 

Pastu kita bangun nak ke bilik air jenguk ke bilik. Tengok ada pape ke.. Tengok sume bilik okay je. Tengok secara rambang je la pun. Tengok takde pape yang jatuh. Pastu lepas basuh muka sume, kita ke dapur buat air. Ddy zara check bilik teliti. Dia nampak kesan retak kat siling. Pastu ke bilik kedua, nampak renggang. Bilik belakang pun sama, renggang. 


Haa, sah la, terjawab apa yang kita dengar awal pagi tu. Bukan monyet yang gedebuk jatuh tu. Mesti orang! Sudahnya sampai sekarang perasaan takut tu ada dalam diri. Walhal sebelum ni kita jenis berani. Walaupun ddy zara duty. Ni ddy zara ada pun kita takut. 



Tadi kitorang dah ambik tindakan lock kat 1 tempat yang ada tangga yang memungkinkan dorang boleh naik dari situ. Esok nak lock kat 1 lagi tempat. Takut la benda macam ni. Lagi-lagi memikirkan keselamatan diri dengan anak anak yang masih kecil lagi ni. Doa² allah lindugi kami semua hendaknya..

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku.Hati-hati ya sis

    BalasPadam
  2. Saya baca pun seram..

    Buka lampu..

    Kalau ada kereta buka alarm supaya semua orang terkejut.

    Lepas pastikan telefon untuk dapatkan bantuan

    BalasPadam
  3. semoga mimie dilindungi Allah selalu..aamiin

    BalasPadam