Muhammad Zhareef is Turn 8Month

Saturday 26 August 2017


Muhammad Zhareef is Turn 8Month

Assalamualaikum.. 
Rasanya jarang sekali nak bercerita tentang anak bujang hero kesayangan sorang ni kan!..
Tak tahu la kes mamanya malas ke, mamanya terlalu busy!


Sungguh..
Rasa cepat sangat masa tu berlalu..
22 ogos baru ni genap adik zhareef 8bulan. Macam tak percaya je cepat dia membesar!

8 bulan dah adik berada dimukabumi ciptaan Allah yang indah ni.. Allahuakhbar!
Terima kasih ya Allah
Banyak perkara yang jarang nak ceritakan diblog berbanding kisah kakak zara dulu..

Pandangan mama, adik ni budak yang bijak. Yang baik. Yang sangat memahami.
Biasalah kalau rengek rengakan biasa tu..
Jarang nak bagi masalah.. Jarang nak merap. Jarang nak berpegang..

Mudah tido, tak suka 24jam ngempeng je! haha
Ligat! Tapi masih terkawal. 

Yang paling buat orang jatuh hati, suka senyum!
Allah.. terasa indah sangat bila tengok senyumannya!..

8 bulan yang tak banyak ragam. Senang dijaga..
Moga adik membesar dengan baik & sempurna..
Biarlah kesenangan ni sehingga ke alam dewasa nanti ye dik. 


1 comment