TESTIMONI SENDIRI SEBAGAI PENGGUNA FEMILAC!

Friday 28 July 2017



TESTIMONI SENDIRI SEBAGAI PENGGUNA FEMILAC!

Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. Salam pagi jumaat penuh barokah!
Harini saya nak share pengalaman saya sendiri sebagai pengguna setia FEMILAC.
Yela, nak menjual pada orang, tentulah kita kena guna jugakan? Barulah kita dapat berkongsi cerita dengan kawan-kawan, berkongsi pengalaman sendiri yang menggunkaannya adalah lebih best kan?




Saya guna femilac ni dah 3 bulan rasanya. Dah 3 botol juga la habis. Sebelum puasa lagi dah start. Bukan sebab susu drop ke apa, tapi saya ambil tu sebab nak kan baby nyusu dengan lebih puas lagi. Atau erti kata lain, mungkin ianya dapat membantu untuk memekatkan susu badan. Haaa, gittuuu..

Bulan puasa memang saya amalkan. Nak-nak puasa dah la tak boleh nak makan minum waktu siang. Melainkan time tengah keuzurankan? Betul tak?
Sepanjang berpuasa, saya amalkan Femilac waktu sahur. Dah hujung-hujung sahur tu cepat-cepat la kunyah femilac tu. Pastu pastikan minum air dengan secukupnya ye. 


Lepas sahur, bila dah makan femilac, minum air secukupnya, haaaa, kadang tu lepas setengah jam je baju lenjun!.. Adoiii.. apa laa nak buat. Saya jenis directkan BF terus pada baby. Tak buat stok pun. Sudahnya bila susu dah keluar banyak, angkat baby tengah tido, mama dia paksa nyusu. Hehehehe..

Baby pun minum macam terpaksaaaaa je. Sampai tak larat! Ngamuk kena paksa minum susu. hehehe.. Nak buat macam mana. Takkan nak buang pulakkan?
Alhamdulillah.. Kiranya Femilac ni membantu & serasi jugak la dengan badan ni. Syukur sangat-sangat.

Dan lagi 1 yang saya perasan, masa bulan puasa haritu, walaupun baby nyusu badan, badan tak rasa letih pun tau. Sebelum-sebelum ni lemaunyaaa la hai badan bila baby asik nyusu. Masa zara dulu la. Sebab masa zara tak ambil apa-apa milkbooster pun. Badan segar, perut kenyang, agaknya bahan apa la dalam Femilac ni kan sampai boleh buat rasa kenyang. hahaha.. Ada ubat anti kekenyangan ke hape?? :P
Nanti saya share apaaa yang ada dalam Femilac ni tau..

Perkongsian saya ni bukanlah nak pung pang pung pang nak ambik hati big boss femilac tauuu... hihi.. Tapi kita share la sesuatu yang baik ni. Lagi lagi untuk mommy semua.. Opkos laaa mommy semuaa sayangkan anak kan. Nakkan anak mendapat susu badan yang secukupnya kan? At least mommy yang bekerja pun dapat juga buat stok susu sendiri untuk anak yang dihantar ke nursery tu. Betul tak?

Mungkin ada yang tanya, kenapa saya makan dah sebotol, macam tak nampak jeeeeee kesan? Haaaaa, ni mesti ada silap kat mana-mana ni kan.

'Mommy minum air banyak tak? Bukan air maneeeeehhh ye.. Air masak!'

Kena minum air masak banyak tau. Sebabnya susu yang terhasil tu air kan? Kalau badan kita sendiri kekurangan air sebab kita sendiri pun kurang minum air, macam mana badan nak memproses susu badan tu sendiri. Betul kan? Jangan salahkan milkbooster tu tau..

Lagi satu, ada yang tanya, 'kenapa saya dah kunyah 2 biji tablet ni pun takde pun susu tu terus memancut mancut keluar'..

Amboiii mommy.. ingat susu badan tu macam paip air pancut tu ke.. buka-buka terus air melimpah terus.. tak ye.. Badan kita kena la proses dulu. Macam saya kalau lepas makan ke, makan pulak femilac tu, tunggu la dalam masa setengah jam ke 1 jam ke camtu, memang boleh terasa tau. 

Kadang tu si adik zhareef ni sampai tolak-tolak dah tak mau minum. hehehe.. Kesnya susu dah banyak, dia dah tak larat nak susu. Tercungap-cungap dia dikerjakan. hehe

Pernah la konon-konon nak try juga ni. Buat testimoni sendiri gitu.. Malam sebelum tidur makan 2 biji femilac. Pastu malam tu pulak zhareef kurang nyusu. Bagi pun belah kanan je. Sekali bangun pagi, habih bengkak susu belah kiri tau. Terkejut sangat. Selalu kalau tak ambil Femilac tu, malam nyusukan belah kanan je, belah kiri mesti tak bengkak pun. Nampak dah perbezaannya kat situ.


Mommy-mommy kalau nak try femilac ke, meh la pm kita. whatsApp je tau. Kita boleh tolong. Don't worry, saya adalah salah seorang agent sah Femilac Milkbooster dan juga Feedmilk Wear ye. Meh la saya tolong guide mommy sampai berjaya. :)

www.wasap.my/601124181178 

Ada yang pernah tanya saya, tak MAHAL ke Femilac tu. Beli pun tiap bulan.. Kan mimi ni tak kerja. 

Mommy.. nak bagitahu ni. Saya memang tak kerja. Saya usaha semua ni pun ada sebab. Sebab bagi saya. RM45 tak termasuk postage tu bagi mommy yang tak bekerja ni mahal kan? Ye saya akui. 

TAPI!

RM 45 ni kalau saya tak leburkan untuk Femilac sebotol ni, saya sendiri tak tahu mana perginya. Mungkin pergi ke jajan jajan di kedai tu ke.. mungkin lebur untuk beli coklat keinginan hati ke.. mungkin lebur untuk coolblog sebulan ke.. haaaa, tak nampak mana perginya tau. 

Takkan untuk stok jajan ada duit, untuk menyusukan anak tersayang takde duitnya kan?

Yang penting, niat untuk anak. Itu je. 😉




nota : Entri saya adalah sebagai salah 1 perkongsian saya sendiri selaku admin blog ini. Tidak DIIZINKAN sama sekali diambil TANPA KEBENARAN hanya untuk dijadikan testi kepada yang lain atau diedit untuk kegunaan produk milkbooster yang lain!

3 comments

  1. macam best je baca story mimi pasal femilac ni.. insyaAllah akan try satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la try kak. Mna tahu ada keizinan blh tmbh susu bdan ke..

      Delete
  2. boleh bagi adik try dia pun kurang susu badan

    ReplyDelete