Saturday, 3 December 2016

"Jangan Ucik Mama"


"Jangan Ucik Mama"




Assalamualaikum.. Hai semua.. 

Zara ni makin besar, macam-macam keletah dia. Kena mood baik, baik la. Kena mood tak ok, memang boleh buat kita pun jadi singa sekali. 😅😅
Mana tak nya, naik geram la juga kan kalau dia dah start buat perangai kan.

Dulu-dulu dah niat dah, nanti kalau ada anak sendiri tak nak mara-mara anak tu. Tapi bukanlah bermaksud akan manja-manjakan dia juga. Tapi nak buat macam mana, kalau dah hilang sabar, memang keluar jugak marah tu kan. 

Marah tak bererti tak sayang kan. Cuma banyak sebab kadang kena bertegas dengan cara mara tu. Supaya next time dia ingat. Macam sekarang ni, dia dah banyak potpet-potpet. So, layankan je la. Tapi yang tak bestnya bila time tengah masak, dia boring, mula terjerit-jerit. Ingatkan kenapa, rupanya dia suruh duduk depan temankan dia.



Alahai anak.. pandai pulak tu buat macam tu. Pastu sejak balik dari ipoh dah pandai sebut 'cit down' (sit down). Haha.. Dek kerana opahnya suka cakap camtu, cepat pulak dia dia ingat. Pastu haritu opahnya ajar kiraan 1-10 dalam bahasa jawa, kadang-kadang dia kira dalam bahasa jawa jugak. 😅😅

Pastu sekarang ni pulak dah pandai. Kalau ddy dia nak dekat-dekat ngan mama dia ni, dia mara. Haha.. siap bagi amaran lagi. 'Jangan Ucik (usik) Mama'.. 😂😂

Amboi la hai.. kecik-kecik dah pandai backup mama ni. Haha.. kelakar pun ada. Tak tahu mana dia dapat akal macam tu. Walhal takde sesiapa ajar pun. Kadang ddy dia saja nak ngusik-ngusik. Saja cubit pipi mama dia ni, sekali dia nampak, terus tolak ddy dia suruh duk jauh. 

Alololo.. comel je gaya zara ni.. Kalau nanti zara ada adik 1 hari nanti, harap-harap zara jadi kakak yang lindungi adik tau. Jangan pulak buli adik. 😅😅
Buli adik siaplah..



6 comments:

  1. alolo..dah pandai yer zara..comey geram akak tengok dia..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerdik bebeno kak. Hehe.
      Potpet² je dia..

      Delete
  2. Comeinya dia... Makin besar makincute dia...

    ReplyDelete
  3. memang anak masa umur ni suka kita luangkan banyak masa....

    ReplyDelete
  4. alaaaa sweet sangat zara ni tau. kira berpegang pada kata ni. didik ank biar tegas dlm pada sama bila dorg ok kita pun berlembut.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments