YES Dah Bermula Ke??


YES Dah Bermula Ke??



Assalamualaikum. Hai..

Ehh, YES (Year End Sale) dah start ke? Semalam pergi Aeon Ayer Keroh, Melaka. Tak plan pun nak shopping ke apa. Sebab tak terlintas langsung la kiranya pasal nak shopping, pasal ada less ke apa kan. 



Kebetulan ddy zara ajak balik umah mil. Kira plan pun last minit la ni. Pastu ddy zara cakap nak pergi jusco tak. Ehhh, peluang, tak kan nak tolak kan? Betul tak? Sekali pergi tengok banyak nya sale.. Menangis tengok tau. 

Tshirt tak perasan brand apa, 3 helai Rm49. Ehhh, murah la tu kan. Dok pikir gak nak beli, tapi tak jadi. Beli la tshirt lain. Brand scarlet. Ok la juga. Rm29.90 & Rm39.90. Pastu kebetulan nak cari selipar sandal. Dapat brand Asadi. Murah je la Rm20.90. 



Terus cakap kat ddy zara, naik giler tengok murah-murah camni. Rasa nak je shopping banyak-banyak . 
Nanti start tahun depan nak buat saving tuk shopping hujung tahun la. Hehe.. 

Nampak gaya kena buat peruntukan macam tu. 1 tabung saving tuk anak. 1 tabung saving tuk shopping. Hehe.. ehh, bukan la hari biasa-biasa tak boleh shopping. Memang jenis saya ni setahun sekali pun kadang payah nak shopping. Beli apa-apa yang penting je. Barang anak memang selalu didahulukan.

So, korang-korang yang memang ada peruntukkan tu, boleh la pergi shopping dengan hati yang gumbiraaaaa. 😍😍😍😍


2 ulasan