Throwback : Zahra Khadijah Is Turn 2

Tuesday 1 November 2016

Throwback : Zahra Khadijah Is Turn 2

Assalamualaikum..

Harini buat entri throwback je la ye.. Dah lama nak share kat blog ni. Tapi dek kerana sedih sebab banyak gambar dalam fon hilang, so ter-pendinglah entri ni. Harini gagahkan jari jemari ni nak menaip. hehehe..

Ni antara gambar yang ada dan terselamat. Sebab ambil gambar pakai kamera. Kad SD fon buat hal. Habis gambar-gambar hari kejadian besday zara tu hilang. T________T
Bertabahkan hati je la..

Alhamdulillah, dapatlah buat small celebration besday zara ngan ddy nya. Kan zara ngan ddy kebetulan lahir bulan yang sama. September, cuma tarikh je lain-lain. Dan kebetulan juga, time besday zara ni kitorang ada di Ipoh. So, raikan la di Ipoh dengan family.

Budak yang very excited dengan besdaynya sendiri

Kek tu beli hat biasa-biasa je. Takde la wajib ber-secret resepi bagai. Janji ada. Actually nak buat 2 beranak ni happy je. hehe.. Mak mana taknak tengok anak happy kan? Yang penting ni la kenangan masa zara kecik-kecik. Mama zara ni dari kecik tak pernah pun sambut besday semua ni. So dapat kat anak, excited la sikit. hehe


Dominos pizza ni adik yang belanja. Hat paling besar dia beli. Sampai tak lalu nak makan. Muak. I like lagi pizza hut. hehehe.. Tapi dah orang belanja kan, rezeki jangan ditolak. Tak baik. 


Time ni tak menyempat-nyempat dah zara nak potong kek. Dia paling excited kalau nampak kek. Macam mama dia juga la suka kan kek. hehe..


Disebabkan teruja sangat, panggil ddy nya cepat sebab ada budak tu tak sabar nak potong kek.. hehe.. Actually mama nya la paling happy. Sebab dapat juga celebrate kecik-kecik macam ni tuk zara ngan ddy. Sebab nak bagi hadiah paling special pun, apa nya. hehe.. 
So mama zara bagi la hadiah kasih sayang yang termampu je la kan.. hehe


Alhamdulillah.. Terlaksana niat dihati untuk buat majlis sambutan besday zara dan ddy.. 

2 comments