Syahirah Vitalis - Wangian Terbaru Pilihan Setiap Wanita.

Monday 14 November 2016

Syahirah Vitalis - Wangian Terbaru Pilihan Setiap Wanita.


Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang satu produk kewangian yang baru dikeluarkan. Rata-rata sebut sahaja kewangian, tentunya sahaja dikaitkan dengan kaum wanita kan? Betul tak? Walaupun ada sahaja kaum adam yang meminati 'kewangian', tetapi harini saya nak share tentang kewangian untuk kaum wanita.

Agaknya wangian apa yang dimaksudkan tu? Jom kita teruskan pembacaan.


Syahirah Vitalis. 


Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri. Haruman yang menjadikan wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.


Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda.

Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan ke arah kejayaan dan hubungan sesama individu menerusi kuasa harumannya.



Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. 

Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona mu raih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:


1. Haute Couture



Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

2. Femme Chic




Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

3.Celebrite


Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.

4.Glam Star



Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.


Agak-agak ada tak yang nak mencuba wangian terbaru dari Syahirah ni? Kalau tanya saya yang mana bau paling best, rasanya macam tak dapat nak bagi jawapan. Sebab? Semua haruman ni sangatlah best. Rugi rasanya kalau kawan-kawan yang gemar mengumpul perfume tu, tak mencuba produk terbaru dari syahirah ni.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati wangian terbaru dari syahirah ni ye. Harga juga sangatlah mampu milik!


20 comments

  1. Ciktie sukakan haruman natural..tak keterlaluan camtu hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kalau ikut hidung kita, bau nya sedap2 la. Xde la terlalu tajam sngt kak.

      Delete
  3. Botol dia lawaaaaaaaa. Sayang saya allergic perfume. Cuma boleh kumpul botol dia je.

    ReplyDelete
  4. Haaa..Hari tu dapat, mak nak satu.. mak suka bau dia.. semua bau best .. yang hijau tu pilihan teman..

    ReplyDelete
  5. kena beli keempat2 perfume ni sebab banyak juga karekter dalam diri..macam nak pergi event kena pakai yang glam star..kalau nak pergi talk2 ni kena pakai haute couture..nak rasa glamour pakai celebrite dan kalau nak rasa santai2 pakai femme chic.

    ReplyDelete
  6. Akak pernah nampak perfume ni tapi tak berkesempatan nak cuba sebab minyak wangi sedia ada pun tak habis lagi .wangi tak mimi ?botol perfume ni nampak menarik .

    ReplyDelete
  7. wow the packaging of Syahirah Vitalis Eau De Cologne are very nice and elegant. but it is priced at so affordable prices! Nice la must buy!

    ReplyDelete
  8. murahnyaaaa!!!
    kita ni jenis tak kisah tau mahal ke murah, janji bau wangiii.
    ni terasa nak beli semua pulakkk! ahhahahaha

    ReplyDelete
  9. airah dah beli yang warna biru tuuu memang wangi sangat.nak kumpul warna lain pulak lepas ni.

    ReplyDelete
  10. Wangi terbaru ke ni? Suka tgok packaging die sebab nampak cantik dan premium.Bau die mesti wangi. hehehe. Boleh suggest kt kwan ni. huhuhu

    ReplyDelete
  11. cantiknya botol Syahirah Vitalis EDC ni. best kalau hadiahkan dekat kawan-kawan perempuan, mesti diorang suka.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah cuba lagi.semua nampak macam best je nak try. Suka bauan lembut dan feminin. Botol sgt cantiklah.. tergoda tengok warna merah tu.. nampak eksklusif..

    ReplyDelete
  13. Aduyai cantik nya botol dia! Suka laaa... Kita belum pernah try bau wangian Syahirah ni, nanti nak pi try bau. Kita suka bauan yang lembut tak strong sangat. Tapi kalau colonge biasanya tak kuat sangat kan... Harga pun mampu beli. Thanks sharing

    ReplyDelete
  14. Ni kalau bagi hadiah birthday ke hadiah untuk apa apa event pun sesuai sangat ni. Dah lah wangi, bekas die cantik pulak tu kan

    ReplyDelete
  15. Memang wangi wangian syahirah ni. Selalu juga buat stok kat rumah. Terutama yang merah tu mmg wangian feveret

    ReplyDelete
  16. Botol dia kiut giler tau. Syahirah sebelum ni nad tau pasal skincare dia je.. Wangian dia belum prnh try. Nangi boleh cari mesti wangi juga kan. Murah pun mumurah senang didapatai

    ReplyDelete
  17. pernah bau perfume ni kat watsons. wangi juga..lembut gituh..sesuai untuk wanita. kalu ada gf,mak,kawan perempuan elok bagi hadiah ni

    ReplyDelete
  18. Cantiknya fusion warna botol2 tu - terpikat Rawlins nak try especially yang GLAM Star tu. Sesuai pula dengan nama Rawlins GLAM. Hahaha. Ini memberikan idea untuk hadiah next birthday ye

    ReplyDelete
  19. Aummmm... cantik nyer the packaging. I love the fragrance bottle so much and the one that i like most is the Femme Chic, so calm and cool.

    ReplyDelete