SAPS Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online

Saturday 5 November 2016

SAPS Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online

Assalamuaalaikum.. 

Rata-rata kebanyakkan ibu bapa zaman sekarang bekerja kan. Jadi memang agak sibuk dan agak kesuntukkan masa untuk mengambil tahu hal persekolahan anak-anak. Namun, pada zaman serba canggih ini, ibu bapa tidak perlu bimbang, kerana masih dapat memantau hal pembelajaran anak-anak di sekolah.

Dengan adanya SAPS, ibu bapa masih boleh melihat sejauhmana tahap prestasi anak-anak yang masih bersekolah.

Apa itu SAPS ? 

Ok, meh saya berkongsi sedikit apa itu SAPS ya. Boleh juga baca penerangannya di sini.
>> " Apakah SAPS Ibu Bapa " << 


SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. SAPS telah diperkenalkan dan dibangunkan untuk mengumpul serta menganalisis Data Peperiksaan Dalaman untuk setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini telah dimanfaatkan oleh golongan ibubapa atau penjaga bagi memantau perkembangan prestasi anak-anak atau jagaan mereka melalui aplikasi ini dengan cara memuat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak mereka.

Bagaimana Cara Untuk Membuat Semakan?

Ibu bapa boleh membuat semakan dengan mengikuti beberapa langkah tersebut .


1. Layari Laman Portal Rasmi SAPS, atau klik pada pautan yang berikut :


2. Seterusnya, klik pada butang hijau 'SEMAKAN IBUBAPA'. Dan akan terpapar seperti gambar dibawah. Dan masukkan segala maklumat yang diperlukan.



Dalam memastikan pendidikan anak-anak sentiasa dikawal dengan baik, ibubapa harus sentiasa menitikberatkan soal pendidikan anak-anak. Tetapi, bagaimana kita dapat memastikan anak kita terus cemerlang dalam pelajaran dan dalam masa depan mereka?

Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!


Mungkin dulu susah untuk dapat tengok keputusan anak-anak, sekarang ianya telah menjadi mudah dan senang serta mengambil masa yang singkat untuk mengetahui keputusan anak-anak tanpa perlu pergi ke sekolah semata-mata. Ibu bapa masa kini tidak boleh memberi pelbagai alasan demi untuk memastikan tahap pendidikan anak sentiasa dalam keadaan baik dan dikawal. 

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.




Sebelum wujudnya SAPS ni, ibubapa perlu mencari masa yang sesuai untuk ke sekolah anak kan apabila tiba musim keputusan peperiksaan dikeluarkan. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat appointment dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga.
Kini, wujudnya "Semak Keputusan SAPS ibu bapa", ianya sangat membantu serta memudahkan banyak perkara.

Sebenarnya, Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.

Ibubapa digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Diharapkan sedikit sebanyak perkongsian dari saya ni dapat membantu golongan ibubapa dalam memudahkan urusan pemantauan pendidikan anak-anak. Tiada lagi alasan anak-anak akan menyorokkan keputusan peperiksaan mereka kerana ibu bapa telah dapat mengakses keputusan mereka dari masa ke semasa.




4 comments

  1. Kemajuan teknologi yang digunakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Bagus untuk memantau keputusan anak-anak..

    ReplyDelete
  3. saps ibu bapa

    saps ibu bapa Providing you our best berita semasa at www.beritasemasa.com.my/semakan-saps-ibu-bapa.

    ReplyDelete
  4. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    Saps Ibu Bapa

    Melihat untuk yang terbaik Saps Ibu Bapa online di Malaysia. Mysaps membantu anda semak keputusan peperiksaan sekolah anda daripada masa ke semasa.

    Visit Now - http://mysaps.co/saps-ibu-bapa

    ReplyDelete