Naik Lagi? Jadi Apa Yang Turun?

Tuesday 1 November 2016

Naik Lagi? Jadi Apa Yang Turun?

Assalamualaikum..

Berkesempatan nak menaip malam hari, harini. Rata-rata isu hangat harini NAIK! Ehh, apa yang NAIK tu? Bila tiba awal bulan, perkara pertama yang orang akan risaukan ialah isu harga kenaikan Minyak Petrol.

Kali ni bukan setakat minyak petrol je yang NAIK. Dengar-dengan harga minyak masak pun NAIK. Allah.. Kenapalah semuanya naik. Bila agaknya sesuatu barang asas yang digunakan sepanjang masa ni akan menurun nilai harganya?

Bagi yang bekerja, mungkin bolehlah bertahan lagi. Walaupun bajet mungkin bertambah. Tapi bagi kehidupan seperti saya? Seorang isteri yang bertugas hanya sebagai seorang surirumah? Walaupun mungkin saya tak begitu nampak kesan sebab segala keperluan diuruskan suami, tapi kesian juga la padanya.

Memang kadang kala hak kita ni tiada siapa peduli. Tapi janganlah sampai tahap begini kan?
Mungkin lepas ni demi nak menjimatkan kewangan untuk petrol, kegunaan kenderaan mungkin hanya kepada perkara yang penting sahaja. Rasanya hari cuti pun kena la duduk rumah rehat, tengok tv layan anak je. Mungkin sebulan sekali je boleh keluar berjalan. Takde lagi istilah keluar berjalan bersama keluarga tersayang. Moh ler kita duduk rumah diam-diam.

Minyak masak pun katanya naik harga. Alamatnya lepas ni saya tak dapat la nak berbisnes 'sambal ikan bilis kering' seperti selalu. huhuhuk.. Mungkin orang tak perasan apa kaitannya kan. Hanya yang membuatnya sahaja yang tahu. Bukan setakat harga minyak masak je naik. Malahan harga ikan bilis juga boleh tahan harganya! Rasa macam tak mampu je nak buat selalu. Mungkin hikmahnya kita perlu masak seperti masakan orang berpantang!

Masakan berasaskan rebus-rebus sahaja. Adakah pisang goreng juga akan naik harga? Ehh, apa kaitannya dengan pisang goreng?? Dah confirmnya peniaga gorengan memerlukan minyak masak yang sangat banyak kan?

Nampak gaya, para isteri yang bekerjaya sebagai surirumah ni kena lebih bekerja keras lagi. Perlu membantu para suami untuk meningkatkan tahap kewangan yang kian semput dek kerana keNAIKkan ni..



Nota : tiba-tiba rasa rindukan hujan yang TURUN!

1 comment

  1. Itula kn, sedih smua naik..klau da satu naik pastinya smua naik

    ReplyDelete