Majlis Pemakaian Pangkat Dan Jamuan Ringan

Friday 18 November 2016


Majlis Pemakaian Pangkat Dan Jamuan Ringan



Assalamualaikum. Salam jumaat. 

Semalam dapatlah join sama Majlis Pemakaian Pangkat bagi mereka yang dinaikkan pangkat serta diadakan juga Jamuan Ringan Sempena Kepulangan Anggota yang terlibat dengan Misi Operasi. Alhamdulillah. Selesai sudah segala debaran juga bagi diri ni. Mau tak berdebar, kita pun terlibat sama. Peluang semua ni bukan kita boleh jangka bila akan merasa lagi kan. 

So, selagi boleh cuba hadir, kita akan cuba hadir. Lepas dapat tahu majlis ni isteri wajib hadir sebolehnya, terus bagitahu mak abah haritu. Mujur la mak abah boleh hantarkan balik ke gemas. Tapi dalam hati masa tu, terasa macam susahkan mak abah je. Sebab jauh kan? Menangis juga kenangkan mak abh sanggup tolong sebab last minute. 



Kenapa saya rasa nak sangat hadir? Alhamdulillah, mungkin orang kata, setiap rezeki tu kan kita tak boleh nak duga. Rezeki anak barangkali. Kalau Allah nak beri, DIA akan beri juga. Kali ni merasa pakaikan pangkat ddy zara. Sebelum ni masa kenaikan pangkat 2 tahun lepas, dorang tak buat majlis pun. So takde la buat pemakaian pangkat oleh para isteri. 

Bila tiba kali ni, nak sangat merasa. Peluang tu kita tak jangka bila akan tiba lagi kan? Alhamdulillah. Di usia semuda 28tahun ni merasa pakaikan pangkat suami. Hehee.. Perasaan masa tu janganlah ditanya macam mana. Mengigil pun ada. haha.. Siap pakej berpeluh tapak tangan tau.. Dah merasa detik indah ni, Agak-agak tahun bila akan naik lagi ye. 😍😍😍

Bila dah naik pangkat ni, makanya bertambahlah tugasan kerja ddy zara. Hope ddy zara dapat jalankan amanah yang diberikan ni dengan sebaiknya. 

P/s : Gambar masa pasangkan pangkat takde dalam simpanan peribadi. Sebab kita pakaikan pangkat, macam mana kita yang nak ambil gambarnya kan. Hehe



Nota : ddy zara naik pangkat, mama zara pun naik juga kan. Hahaha..

9 comments

  1. Alhamdulillah tahniah untuk ddy zara..moga terus menggalas tugas sebaiknya dengan sokongan isteri dan ahli keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. mekasih PC.
      In shaa Allah.. ☺☺

      Delete
  2. Tahniah hasben naik pangkat! Pengalaman bermakna tu pakaikan pangkatnya :)

    ReplyDelete
  3. Wah tahniah ye Sya. Seronok bila suami dpt naik pangkatkan. Ohh...isteri yg kena pakaikan pangkat ek. Gitu pulak ye...

    ReplyDelete
  4. Hehehe.. Sampai pakej tangan berpeluh tu.. Alalala.. Heeee

    ReplyDelete