Caliph - Membantu Menambah Selera Makan

Thursday 3 November 2016

Caliph - Membantu Menambah Selera Makan


Assalamualaikum..

Saja nak share tentang Caliph ni. Bila rata-rata ramai orang bagi suplement makanan sunnah tambahan ni pada anak-anak dan menunjukkan kesan yang positif, so saya pun ambil la peluang untuk mencubanya pada zara.

Tak ingat masa zara umur berapa, dalam umur setahun 3 bulan ke setahun 6 bulan macam tu, time tu selera makan dia pun macam tak berapa nak ada. Paksa la makan macam mana pun, dia tak nak makan. Pastu bila checkup pun, beratnya naik sikit sangat. Sampai nurse tanya, macam mana pemakanan zara ni. Sebab dalam tempoh 3 bulan, berat dia naik sikit. Then nampak macam susut sikit badan dia.

Last-last ambil ikhtiar untuk bagi zara cuba caliph ni. Alhamdulillah, kesannya positif. Mula bagi tu zara kata masam. Time tu risau la juga kalau dia taknak makan. Maklumlah, harganya pun kan mahal. So risau la membazir pula kalau dia tak nak teruskan makan.

Kali kedua bagi, zara dah suka. Kalau bagi 1 sudu, tak cukup!!.. Mau sekali makan 4-5 sudu. Itu pun jenuh la bergado dengan dia sebab kalau boleh sebotol terus dia nak makan. Then kesannya, selera makan dia mula datang. Mula-mula memang tak perasan. Cuma yang pelik kenapa zara ni makan tak stop. Asik la mintak makanan

Dah lama-lama tu baru teringat kesan dari pengambilan Caliph ni, selera makan dia sentiasa ada. Dan sekarang ni, memang selera makan dia tak pernah lagi la tiba-tiba down. Tapi mak dia yang down sebab anak tak reti-reti kenyang. hahaha..  Stress mak sebab anak jap-jap dok mintak makan. :P

Setakat ni zara makan caliph ni belum lagi habis sebotol. Terpaksa skip-skip bagi padanya sebab dia sekali makan sampai 4sudu. So, kena la bagi ada masa-masanya sahaja.

Bagi saya, Caliph ni membantu juga la untuk menambah selera makan anak. Bagi yang nak mencuba elok juga. Yang penting kita sebagai ibu ikhtiarkan yang terbaik untuk anak kan. :)
Yang penting, bahan-bahannya juga adalah dari makanan sunnah.

3 comments

  1. Assalammualaikum....

    anak mselim3 pun makan caliph nie... bagus dapat meningkatkan selera anak2 ... agar sihat dan kekal aktif.. :)

    mselim3

    ReplyDelete
  2. ank sy pon mkn caliph. 1y 3m. beli stage 1 pnye. tp dia lg suka scott's.

    ReplyDelete
  3. Saya dah pernah bagi.. tapi takde kesan pape pun pada anak-anak, akhirnya belikan scott baru nampak perubahan... Setiap Anak lain2 juga keserasiannya..

    ReplyDelete