10,000 Jawatan Kosong Kerajaan Boleh Dimohon.

Thursday 17 November 2016

10,000 Jawatan Kosong Kerajaan Boleh Dimohon.

Assalamualaikum..

Rata-rata diantara kita sekarang dibelenggu dengan masalah mencari kerja kan? Lebih lagi bagi mereka yang baru keluar dari pusat pengajian. Memang pening bila memikirkan soal kerja kerana ianya merupakan kerjaya yang kita akan pegang untuk membantu kita meneruskan kehidupan yang mendatang.

Kalau ditanya pada saya , semenangnya mengimpikann sebuah kerjaya sebagai pegangan hidup. Namun apakah daya, setelah berumahtangga, kini dah mempunyai anak, rasanya lebih selesa pula untuk berada dirumah. Jika bekerja pun, mungkin lebih selesa dari rumah walaupun hakikatnya bukanlah mudah. 

Dan dari apa yang boleh saya katakan, bagi mereka yang lebih tinggi tahap pengajian, adalah lebih elok untuk mencuba dalam memohon Jawatan Kosong ini bagi mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang tersebut. Rasanya peluang untuk kerjaya masa depan ni kita perlukan usaha dan mencarinya kan? Tidak salah rasanya kalau kita boleh mencuba. Kerana lebih 10,000 jawatan kosong yang boleh dimohon.


Dan hari ini saya ingin memberitahu tentang satu laman sesawang iaitu Government.My telah menyediakan Jawatan Kosong Kerajaan dan memberi anda peluang untuk mohon kerja kerajaan dengan lebih mudah dan effektif. Oh ya, kerja kerajaan adalah satu peluang kerja yang sangat menarik dan menjamin masa depan. Jika anda mencari security dalam pekerjaan, silalah apply dan memohon jawatan kosong kerajaan.

Antara kerja kosong yang popular dan senang untuk dimohon di laman web Government.my adalah jawatan kosong maybankjawatan kosong kastamjawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas . Antara kelebihan jika anda apply pekerjaan dengan website ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya. Jadi kenapa tidak mencubanya dari sekarang? Jangan pernah mensia-sia kan peluang yang kita sendiri tidak menjangka.


Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia haruslah bertindak dan mengorak langkah proaktif bagi mencegah kenaikkan kadar penggaguran di negara kita. Ini kerana, jika dilihat dari sudut tertentu, terlalu ramai graduan lepasan universiti contohnya tidak mendapat kerja yang sepatutnya. Ini telah mengakibatkan kadar pengangguran yang sangat tinggi dikalangan mereka.

Hal ini sepatutnya dapat dielakkan dengan lebih awal kerana, terdapat banyak kekosongan yang boleh mereka isi melalui bidang lulusan yang telah mereka perolehi.
Dan pihak yang bertanggungjawab perlu melihat juga keupayaan mereka dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi sesebuah negara yang giat membangun.




3 comments