Friday, 7 October 2016

Kisah Anak : Zahra Cucuk 2Tahun


Kisah Anak : Zahra Cucuk 2Tahun




Assalamualaikum.. hai readers.. Kisah semalam. Zara selesai cucuk sehingga umur 2tahun. Lega dah settle. Ikutkan 2 minggu lepas cucuk. Tapi kebetulan masa tu balik ipoh, so cucuk bila dah balik gemas balik la.

Malas nak tumpang kkia kat ipoh tu. Paham-paham je la kan, bila menumpang ni kadang tak dilayan je. So tunggu je la sampai balik gemas. Lagipun dah bagitahu nurse, tak dapat nak datang pada tarikh sepatutnya.

Zara ni sejak kena cucuk ambik darah masa kena hfmd masa raya haritu, sampai ke sudahlah dia takut bila jumpa nurse. Lagi takut bila nampak jarum. Meronta jangan dikata la. Meraung dia.. Macam tadi  masa nak cucuk pun terpaksa la suruh ddy dia yang pegang. Mama dia takut nak pegang. Sebab tenaga dia boleh tahan kuat juga. 

Lepas cucuk, dia cakap sakit. Nak buat macam mana kan. Dah besar, dah boleh rasa, dah boleh bagitahu rasa sakit tu. Tapi nak tak nak kena juga tempuh. Ni dah selesai, lega la sikit. Sebelum cucuk tu, nak timbang la dulu. Taknak bagi kerjasama. Takut katanya. Adoiyai zara.. parah betul. Tak ingat bila ada dia timbang berat dalam 10.6kg. Tadi nampak macam 10.7kg. Ok la nurse ambil berat yang tu. 



Next checkup 3bulan akan datang. Bulan januari 2017. Hope berat akan naik la hendaknya. Tadi dapat sekali ubat cacing. Hope takde masalah kecacingan la. 

8 comments:

  1. Kakak masih teringat N3 Mimie masa dalam pantang tahu-tahu dah injek 2 tahun
    Dah pandai mengadu dan tahu sakit kena injek

    ReplyDelete
  2. Zahra dah besar kot. Sebab tu dia boleh rasa sakit.

    ReplyDelete
  3. COMElnya..

    bw dri segmen sis Mia

    ReplyDelete
  4. heeee.. zara dah pandai ngadu sakit... dah beso dah zara

    ReplyDelete
  5. besar dah, complete semua imnusasi
    smoga zahra membesar dgn sihat..

    ReplyDelete
  6. ALhamdulilah habis dah vaksin Zara.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments