Monday, 5 September 2016

Nile.Com.My : Barang Dah Sampai!

Nile.Com.My : Barang Dah Sampai!


Assalamualaikum.. Hai!..

Selamat pagi semua.. Waaa, berkenan pula blouse merah ni.. Macam cantik je.. Rasa nak grab!!.. Tapi kena hold dulu shopping-shopping online ni. Sebab dalam bulan 8 je, dua kali shopping Online.



Shopping di nile.com.my dan juga lazada.com.my. Harini just nak share je la apa barang yang kita beli dari nile.com.my ni. Kira macam review la sikit. Kali ni dah 4x kut dapatkan barang dari nile.com.my ni. Dan setakat ni berpuashati la. Nak-nak dengan harga yang ditawarkan juga. Haaaa, servis pun laju tau.. Kita order 29 ogos, 30 Ogos dah sampai. Haaaa, cepat tak? Tapi kita order awal pagi laa..

Kalau kat nile.com.my cari perkara penting je. hehe.. Contoh macam Storage Box ni la. Ada sebab kena beli. Sebab if kena pindah, boleh buat simpan barang kan..
Contoh yang saya beli macam ni.


Besar tau box besar tau.. kira kalau letak helmet boleh la masuk 2 biji macam tu.. Kalau isi kain baju ke, shawl ke, haaaa, memang boleh masuk banyak. Sebelum ni dah pernah dah beli 1, warna biru. Ada ceritanya di ENTRY NI.

Boleh terjah SINI kalau nak tahu details barangan ni.

Then, 1 lagi box yang di beli ialah ni..


Dah ada 2 dah Storage Box macam ni. Tujuan utama beli sebab nak masukkan barang permainan cik zara ni laa.. Banyak sangat. Bubuh dalam bakul pun rasa macam semak mata memandang. So, nak senang, humban terus dalam ni then tutup. Haaa, tak nampak dah. lagi 1, zara pun kurang nak punggah barang tu. Maybe sebab tak perasan kut. heheh

Fungsi lainnya, boleh dijadikan tempat duduk.


Contoh macam zara duduk ni haaa... kalau budak-budak duduk ok la lagi. Tapi kalau orang besar rasanya tak yakin juga. haha.. Takut bolossss je nanti..
Memang dah lama cari storage box macam ni. Ntah macam mana baru terperasan ada kat nile.com.my ni.

So apa lagi, wajiblah grab kan.. kalau korang pun berminat, boleh la survey di nile.com.my ni.. Ada pelbagai storage box disitu..


Untuk barangan yang dibeli di Lazada tu, nanti saya survey ye.. Sebab harini baru kena ambil di pejabat pos. Gara-gara ingatkan hari sabtu minggu pertama tutup poslaju. Tengok-tengok beroperasi. Kitorang pula ada hal haritu. Dah dapat barang nanti boleh la kita share.. :)


6 comments:

  1. Singgah pagi...
    ala...dah lama x shopping online...

    ReplyDelete
  2. alolo omei ye zara tu,menyengeh nmpak gigi
    hahha

    ReplyDelete
  3. salam..

    yaya pun suka beli kat nile.cepat je hantar.brg pon so far ok la..
    not bad =)

    ReplyDelete
  4. Wah.. bestnya kalau ada box macam nie..

    ReplyDelete

Sponsor

Comments