Lazada : Lenovo ThinkPad Business Backpack BP100

Wednesday 7 September 2016

Lazada : Lenovo ThinkPad Business Backpack BP100

Assalamualaikum.. Hai readers..

Just nak share je pengalaman membeli belah atas talian ni. Kali ni di Lazada. Beberapa kali juga la beli barang kat Lazada ni, sebab senang, mudah dan cepat. Bergantung pada barang yang kita inginkan tu la. Kalau terlalu Urgent, terpaksa la cari diluar kan? Kalau bukan Urgent, boleh la beli awal-awal atas talian.

Hujung bulan 8 haritu, belikan ddy zara bagpack ni. Lenovo ThinkPad Business Backpack ni. Sebab ddy zara tengah cari bag untuk gantikan bag kerja dia tersedia ada tu. Kebetulan pula, bulan 9 ni birthday ddy zara. Dah niat nak belikan sesuatu. Tapi tak tahu apa. Jadi, ambil keputusan, nak belanja la bagpack ni pada ddy zara sebagai hadiah. 

Maklumlah, pening jugak kan nak bagi hadiah apa pada orang lelaki ni. Sebab kita tak tahu kang bagi benda lain, dia suka ke tak. Better bagi je benda yang memang yang dia nakkan. Bag ni saya suruh ddy zara yang pilih. Tapi ada la bajet-bajetnya kan. hehehe..



Then ddy zara berkenankan bag ni.. Bagitahu ddy zara, make sure pilih dengan betul. Sebab sebelum ni ddy zara ada beli bag. Tapi malangnyaaaa.. Haaa, nanti la kita share bag yang tu ye. Story di lain entry..

So, bagnya pun dah diterima. Dan rasa sangat-sangat berpuashati serta berbaloi dengan harga tau. Masa saya order tu, tak sure la Lazada ada buat free shipping ke apa. Sebab takde duit postage pun dikenakan. Kut la ada sale haritu kan sempena Kemerdekaan ke. Untung sangat..

Masa saya order bag ni, harganya Rm54.80. Now dah naik tau. Rm63. Alhamdulillah dah beli awal. hehehe.. Jimat la sikit duit. Ye dok.. Bukan kes kedekut. Tapi kalau boleh dapat dengan harga yang murah, kenapa tidak memilih dengan harga yang murah tu kan?


Sumber gambar dari lazada. Berpuashati sangat sebab rupa barang yang dibeli sama dengan yang ditunjukkan.. :)

Alhamdulillah.. Niat untuk belanja hadiah besday zara untuk tahun ni dah terlaksana.. Kita just share disini sebab walaupun orang tahu lazada ni pusat membeli belah atas talian, tapi ada yang kurang berkeyakinan untuk mencubanya..kan..


Sekian sahaja review personal dari saya.. ^_^






9 comments

  1. Salam Pagi...
    Nieyl singgah sini...♥

    ReplyDelete
  2. wahhhh cantiknya..... nampak berkualiti

    ReplyDelete
  3. Morning! Sally singgah sini…wahhh! Best gila kalau macam ni Sally pun nak!

    ReplyDelete
  4. nasib bek beli awal kan..happy besday untuk ddy zara!:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk bli awl sbb tkut nti lmbt smpai pulak. Hee

      Delete
  5. salam..
    singh tghri kat sini.. =)

    yaya pon pernh beli kt lazada. so far mmg ok ^_^

    ReplyDelete
  6. husna sekarang ada duit ke xdak duit, semedang nak cari yang murah je.. hahaha.. tapi kena laa tgk jugak pada kualiti nnya..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl2.. Sama ngn akk. Ada duit lbih skit pn, kna berjga2 jgk nk mmbeli kn.

      Delete