Rabu, 3 Ogos 2016

Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri


Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri

31 Julai 2016
Kem Syed Sirajuddin
Assalamualaikum.. Hai..

Harini saya nak abadikan kenangan majlis hari raya ni dalam blog. Sambutan hari raya di kem ni sememangnya saya ternanti-nanti. Mana taknya, programnya bukan selalu kan? Setahun pun sekali je. Lagi-lagi dalam unit ni, BAKAT pun tak kerap. So, segala aktiviti yang ada nak la juga disimpan disini sebagai kenangan.


Program sambutan hari raya tahun ni dibuat pagi. Dalam pukul 8.30pagi macam tu kut orang baru berpusu-pusu datang. Kami pula terdatang awal. Sebab ddy zara cakap pukul 8pagi dah kena berkumpul. Awal giler. Memang kalut juga la pagi tu nak-nak zara dalam keadaan tak berapa sihat.




Sampai sana lepak dalam kereta sambil selfie selpieeee kejap. hehehe.. Sementara nak menanti yang lain datang. Pastu tengok dah boleh masuk dewan, kami pun gerak la ke dewan. Datang awal ni untungnya 1 je, boleh cari tempat mana yang kita nak duduk. Sambutan kali ni best sebab tak perlu berpanas matahari. Buat di dewan kan. Tapi tetap jugak panas sebab tempat kitorang takde kipas. T___T
Tapi still boleh redha lagi, sebab buat majlis siang, boleh bergambar banyak-banyak. Tahun lepas buat malam. Dengan kebetulannya hujan renyai. Nak bergambarpun terhad sebab gelap malam.




Kali ni sempat la bergambar sementara boleh. Majlis start dengan berucap kata aluan then bacaan DOA. Pastu dijempt tetamu makan. Sambil tetamu ambil hidangan dorang mulakan majlis dengan nyanyian tau. Memang best la lagu yang dinyanyikan secara live tu. Pemilihan lagu pun menarik. Memang tak boring sepanjang majlis. Rasa macam rugi sangat-sangat kalau tak pergi.




Banyak juga la menu yang disediakan. Antaranya lemang, nasi impit, kauh lodeh, satay, kuah kacang, nasi goreng, sambal, rendang ayam, hati tu je ingat. hehe.. Air pula air bandung. Ingat tu je sebab yang tolong ambikkan makanan ddy zara. Kebanyakkan para isteri duduk je. hehehe..




Pastu dah sambil-sambil nak habiskan makan tu, still nyanyian masih dinyanyian. Ada juga pegawai yang menyanyi. Hebat la dorang ni. Sambil tu, ternampak pula budak-budak makan aiskrim. Zara macam biasa la, budak kan. Aiskrim tu favourite dia. Tak cukup 1 okeh. Kena la ddy pergi ambil lagi sekali.



Sebelum selesai majlis, CO sempatlah berucap. Then penutup majlis, diberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak anggota yang berumur dibawah 10tahun. Merasa la zara duit raya kali ni. hehe
Sekalipun nilainya tidaklah sebesar mana, tapi nilai tu pun dah cukup buat-budak-budak happy kan?




Selesai pemberian duit raya, majlis pun bersurai..

Moga tahun depan merasa lagi majlis sebegini.. In shaa Allah..











4 ulasan:

  1. wah macam2 hidangan hari raya disediakan. sedapnye.. untung la zara dapat makan ais krim hari tu ye.

    BalasPadam
  2. best tuu ada majlis raya

    dpt mkn mcm2 hehehe

    BalasPadam
  3. waa bestnye ada makan2 cmtu yer.. bnyk juga hidangan yang disediakan.. menarik2.. selamat hari raya..

    BalasPadam