Rabu, 24 Ogos 2016

Lempeng Pisang.


Lempeng Pisang.


Assalamualaikum.. Selamat petang.. Ni kejadian pagi tadi. Tak tahu nak buat sarapan apa. Pening pikir sarapan apa nak dibuat pagi- pagi tuk makan 2 beranak je pun. Sebab hari kerja, ddy zara tak makan pagi pun. Minum je sebelum gerak kuar pergi kerja.



Haritu tercari-cari pisang. Teringin nak makan cekodok pisang. Teringin ya amat. Hehehe. Maklumlah fav. Selalu kat ipoh mak buat. Dok gemas ni payah nau nak jumpa pisang. Apatah lagi cekodok pisang kan. Haha..

Pastu balik kampung kat segamat ahad kelmarin. Sekali makcik bagi pisang ni dalam 6biji. Rezeki namanya. Semalam petang dah buat cekodok. Nikmatnyaaaa dapat makan. Puas rasanya keinginan dipenuhi gitu..



Pagi ni kita melempeng pulak. Hehehe. Budak zara ni tak reti nak makan pulak. So, mamanya sorang la bedal. Sedapnyaaa. Budak zaman sekarang kan. Mana nak reti makan lempeng yang sedap penuh nikmat ni. 

Nak buat pun bukan susah. Lenyek pisang, pastu bubuh tepung sikit. Ada kelapa parut, bubuh sikit. Garam sikit, gula sikit. Kalau pisang masak ranum tak perlu dah nak bubuh gula kn.  Sebab dah manis.

Ada lagi 3 biji tak tahu nak buat apa. Tengok gaya macam nak masak dah.. Tunggu je la kejadiannya apa. Haha.  Repeat cekodok pisang ke lempeng pisang lagi..


6 ulasan:

  1. Balasan
    1. makan pula panas2 kan kak suria.. hehe

      Padam
  2. perh...lama sangat tak merasa lempeng pisang. terus berselera tengok lempeng deme :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun dah lama tak makan. sebab susah nak jumpa pisang. hehehe

      Padam
  3. hukkkk.. bila tgk gambo lempeng pisang mimi... teringat lempeng pisng mak.. rindu lemopeng pisang makkk..

    BalasPadam