Rabu, 17 Ogos 2016

Air Dan Elektrik!


Air Dan Elektrik!


Assalamualaikum.. Start isnin kelmarin, tiba-tiba je air takde. Ehh, air start takde hari ahad malam. Masa tu jam 12tengahmalam. Punca? Tak tahu la puncanya apa tiba-tiba air slow then terus terSTOP. 



Kelmarin ddy zara cakap, air takde sebab kekurangan sumber bahan mentah-AIR. Aikk.. Sumber air dah kurang?? Rasanya bukan musim kemarau pun sekarang ni. Pelik pula air boleh kurang. Dalam kem ni selalu sangat kut kekurangan air..

Memang la dekat rumah ni dah standby air 2 tong. Masalahnya, 2tong tu nak diguna untuk 3orang. Then keperluan mandi, basuh baju pun sekali je, then masak. Tapi.. Sekarang ni pinggan mangkuk kat dapur tu dah macam orang kenduri!!!!... Nak cuci kenalah guna air banyak kan. Karang tak guna air banyak, mulalah kesan minyak tak hilang. Takpun, kesan sabun tak hilang. Kan bahaya. 

Kebetulan time nak masak mengalir la air slow. Sambil masak, sambil la tadah air. Air penuh cuci sikit. Air tadahan habis, sambung masak. Tapi tu pun bertahan berapa jam je pun. 

Pastu kitorng ni tinggal kat tingkat 4. Boleh dikatakan dalam sebaris tingkat ni, umah kitorang je yang nampak berkeluarga. Hat lain tak tau la. Pastu bila orang orang bawah pulun la tarik getah tadah air kat umah dorang, sudahnya air kat umah kitorang langsung tak
 keluar! Sekalipun keluar halus, boleh bersabar lagi. Ni kalau setitik pun takde, agak agak apa rasanya??

Of course laaaa stress kan?? 

Nak tak nak kena la jugak hadap. Yang tak pahamnya, sejak duduk kat gemas ni, masalah air menjadi masalah UTAMA je saya rasa. Sejak duduk gemas ni, tak tahu la nak kata berapa kali air takde. Kerap sangat. 

Dah la duduk umah atas. Pastu air takde. Rasa naik mental kut. Nak bersabar pun dah tak tahu tahap mana nak bersabar. Tapi diam je la kan.. Kut la nak catu air ke, ada masalah air ke, bagitahu la awal-awal supaya boleh standby. 
Dah la kalau jadi masalah air ni berhari hari. Pernah jadi seminggu genap okay. Naik giler je rasa. Tetap jugak kena hadap dengan kesabaran! Kalau takde anak ok lagi. Bila dah ada anak tu paham paham je la kan. 

Kalau terjadi masalah letrik, paling lama pun tak sampai 12jam. Boleh bertabah lagi. Tapi takde air, down terus! Banyak perkara terbengkalai. 
Air dengan letrik kedua duanya sama penting. Tapi, antara 2 tu, air la paling utama diperlukan, kan?.. 

Ohhhh, air... Bila la agaknya nak ada balik ni.. Kalau hari jumaat keadaannya still macam ni, rasanya nak cabut balik segamat la. Hari sabtu ada kenduri kat sana. Boleh wakilkan mak tuk makan kenduri. Heee.. 

2 ulasan:

  1. Kalau takda air memang stress dibuatnya. Lagi teruk daripada takda elektrik

    BalasPadam
  2. alahai.bab air ni mmg blh stress kan..
    sabar j la gayanya kan,..

    BalasPadam