Wednesday, 27 July 2016

HFMD - Jangkitan Kaki Tangan Dan Mulut

HFMD - Jangkitan Kaki Tangan Dan Mulut

Part 1
Assalamualaikum.. Hi!.. 

Agak lama je rasa nak share artikel ni kat blog. Mencari masa, mencari mood nak bercerita kat sini. Rasa macam lost sangat perasaan ni bila haritu raya kelima zara tiba-tiba je demam panas malam tu mencecah 39c!..


Kisahnya tak tahu nak kata bermula dari mana zara boleh terkena jangkitan HFMD - Jangkitan Kaki Tangan Dan Mulut ni. Yela, raya kan. Macam-macam orang kita jumpa. Pastu pula raya kali ni zara ni senang sangat nak dihandle. Memang dia pandai bawak diri. Mesra je dengan sedara mara walaupun sedara mara tu bukan selalu jumpa. 

Memang tak tahu dia kena tu dari first raya ke penghujung-penghujung puasa. Ceritanya yang boleh diingat, masa raya kedua saya gerak balik ke kampung di segamat. Masa tu perasan kat belakang leher dia ada merah-merah. Terpikir juga, banyaknya zara kena gigit nyamuk. Tapi kenapa bukan macam bintat-bintat kena gigit nyamuk.

Masa tu zara mood ok je. Takde la nak mengamuk tak sedap badan ke apa. Masa malam raya kedua tu, zara mulanya tido awal. Masa tu dalam buai. Pastu nampak kat kaki dia naik merah-merah. Terpikir lagi, banyaknya nyamuk gigit. Sapu la vicks. Tapi macam tak hilang kesan merah tu. Malam tu dia terjaga tengahmalam. Dalam pukul 3 lebih macam tu. Kebetulan kat kampung segamat tu cuacanya sejuk ya amat!. Umah kampung, umah kayu, pepaham je la kan. Masa tu terpikir, mungkin zara tak boleh tido sebab sejuk sangat kut.

Last-last cuba tepuk dia. Pastu tak jalan. Dia dah macam tak keruan je. Tak boleh nak tido balik. Asik tunjuk nak keluar je. Tunjuk pintu keluar. Memang sepanjang balik kampung dia suka ajak acik dia alan-alan (jalan-jalan). Saya ingatkan kut dia rasa dah puas tido, tu dia nak ajak keluar berjalan. Pastu pujuk dia sampai la pukul 5pagi. Masukkan dia dalam buai. Enjut kat setengah jam jugak kut baru dia nak lena.

Bila dia bangun pagi alhamdulillah la takde meragam. Lambat juga la dia bangun. Pukul 10pagi rasanya baru jaga. Opahnya nak gerak balik ipoh awal pagi pun dia belum sedar.   Cuma bila dah nampak acik syikin dia (my cousin) mula la dia ajak acik dia jalan-jalan lagi. Tengok dia happy je lagi masa raya ketiga (jumaat) tu. Petang jumaat tu kitorang gerak la berjalan raya ramai-ramai. dengan makcik-makcik. Lawat sedara mara dikampung belah dalam. Zara masa tu pun okay je. Tapi kesan merah yang ada pada badan dia still tak hilang.

Macam pelik la juga, kenapa kalau kena gigit nyamuk, still merah je. Tengok zara still ok, so takde nak pikir bukan-bukan. Malam tu dari dalam kereta zara dah tertido. Masa balik tu dah lepas isyak kut. So tak dapat nak mandikan zara. Tapi sebelum keluar beraya tu memang dah mandikan la. Malam tu dia terjaga pukul 1. Saya pula mujur la masa balik beraya tu pun, lepas mandi sume terus lelap. Sebab takut zara berjaga malam. Malam tu masa zara terjaga, dah nampak merah-merah kat kaki dia. Terus terpikir, banyaknya nyamuk gigit. Bubuh vicks seluruh kaki. Still Merah tu tak hilang.

Raya keempat (sabtu) kitorang bergerak pula ke Palong. Masa ni zara masih dalam keadaan baik. Cuma kesan merah-merah yang ada tu, memang tak hilang. Sampai tepikir, teruknya zara kena gigit nyamuk ni. Mama bubuh ubat pun tak hilang. Rasa macam, nyamuk apa la yang gigit ni?? Confius!..

Lepas selesai beraya dipalong, saya terus la gerak balik ke gemas. Balik umah. Ya Allah, leganya dapat berehat kat umah sendiri. Mujur la Palong dengan gemas tak jauh. hihi.. Sampai umah, zara masih ok. Tapi lepas mandi perasan macam badan dia hangat! haaaaa, terus syak dia nak demam!.. 



Esoknya ahad, memang dia demam. Tapi suhu dia masih boleh bertahan lagi. Macam hangat gitu je la. Yang perasan, dia asik la nak tido. Macam senang sangat nak handle. 


Masa ni bawak pergi TF. Memang kena keluar juga cari stok barang basah. Barang dapo dah settle sebelum balik beraya. Masa ni dah perasan airmata dia menitik-nitik. Tapi dia tak nangis pun. Pastu tak berapa aktif. Nak dukung je. Bila dukung dia rebahkan kepala macam nak tido. Memang nampak sangat masa ni dia dah start tak larat. Mungkin juga jangkitan kaki tangan & mulut tu baru nak bertindakbalas!..


Masa ni malam. Suhu memang naik tinggi. 39C. Masa tu macam terkejut pun ada tiba-tiba panas macam tu suhu dia. Bubuh cool fever, letak kain lembab kat kepala dia masa nak tido. Mujur la tak berapa meragam sangat. Malam pun dia tido elok. Cuma kita ni la nak kena berjaga-jaga kan.


Hari isnin tu ddy zara ajak balik melaka. Sebab cuti masih berbaki lagi 4hari. So, gerak ke melaka tu, ddy zara bawak la berjalan ke Aeon Ayer Keroh. Terus cakap kat ddy zara, nak belanja zara KFC. Sebab zara taknak makan dari semalam. Belanja zara kentang fav dia. Makan pun macam tak sungguh. Masa ni meleleh airmata, hingus. Allah, kesian sangat. Bawak berjalan pun dia macam tak berapa larat. Selalu ligat. Ni nak berdukung je.

Haaa, balik tu, masa dalam kereta saya dah perasan, kaki dia dah startdah naik macam ruam. Banyak. Ingatkan chiken pox. Adik ipar nurse. Kebetulan masa sampai umah, adk ipar pun dah balik. Terus tanya. Zara kena chicken pox ke? Dia kata bukan ni. Tapi tak sure. Yela, sebab benda tu belum naik banyak.

12 julai 2016

Permulaannya. Naik macam ni.. Kalau orang yang tak perasan, mesti tak terpikir pape kan. Kut ingat anak banyak main, kena gigit nyamuk. Saya masa ni dah syak dah bukan nyamuk gigit sebab nyamuk gigit berbintat. Bukan naik macam gelembung air.

Masa hari selasa (12julai2016) ada bawak zara ke klinik kesihatan masjid tanah. Masa tu dah start dah meragam. Dengan selsemanya. Dengan suhu dia turun naik. Tak senang duduknya.
Dengan ramainya orang. Allah.. Dugaan masa raya..

Masa check tu doc cakap kena jangkitan kaki tangan dan mulut. Saya masa tu macam, Allah, teruk sangat ke sakit ni. Tapi tak tunjuk riak muka cuak. Still masih boleh bertanya itu ini dengan doc. Doc cakap boleh juga naik ke muka. Masa tu dalam hati allah je yang tahu. Takut sangat merebak 1 badan. Ntah macam mana ragamnya.

13 julai 2016

Masa pergi kkia masjid tanah, dapat Calamine Lotion dengan ubat demam. Pastu kena ambik darah juga la anak dara tu. Menjerit jangan cakap. Sampai kita pun nak ikut menangis. Sebab tahu sakit. Then dia pun dalam keadaan yang tak sihat. Tahu bila kena macam ni, mesti badan pun berbisa-bisa kan. Orang dewasa kena chicken pox pun terlepek, ni kan budak kecik kena macam ni.

13 julai 2016

Bila dia tido, memang ddy dia automatik sapukan calamine lotion. Nampak teruk sangat memang dekat kaki. Sampai zara taknak berjalan. Agaknya bila tapak kaki cecah lantai rasa tak selesa sebab macam gelembung-gelembung tu..

13-14 julai 2016

Masa ni merah-merah tu naik makin banyak, macam kat tapak kaki tu. Memang sampai 1 tahap takut kalau tengok. Sampai cakap dengan zara. Kalau orang lain tengok ni, mesti geli dengan zara kan.. :'(

15 julai 2016

Masa ni still dalam pemantauan dirumah. Belum baik sepenuhnya. Tapi nampak dia macam happy sikit. Memang layankan je apa yang dia nak buat. Takde nak mara-mara. Tegur dia baik-baik. Dah mau berjalan.



Alamak.. Panjang sangat dah entry ni.. Nanti saya sambung seterusnya ya..

3 comments:

  1. Semoga cepat sembuh..takut juga dengar penyakit kuku dan mulut ni...

    macam chicken pop pun ada....

    semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah zaea dah makin sembuh. Alalala..gambar last tu nmpk zara ceria sangat. Omeylahhh.. Gerammm nk cubit pipi tuu

    ReplyDelete
  3. alahai zara....

    aeon ayer keroh? dekat sgt dgn umah aida.
    jemput ler dtg bebila ekk :)
    wassap jer.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments