Resepi Roti Jala

Thursday 2 June 2016

Assalamualaikum.. Morning!..

Resepi Roti Jala Sedap! | Pagi ni berkeRAJINan nak menjala. Ingat semalam petang nak buat. Tapi rasa macam lemau pula badan ni. So pagi ni gigih la buat. Alaaaa, buat tak banyak mana pun. Dapatlah dalam 7-8 keping macam tu. Ddy zara pun dah pergi kerja. So buat sikit je tuk breakfast pagi ni 2 beranak.


Semalam buat lauk kari ayam. Ayam dipotong kecik-kecik. Baru ada feel nak makan kan. Nak suruh mak buat jauh nau. Mai la buat sendiri. Bukan susah pun.


Ehhhh, ada yang terliur ke.. Alaaa, sori la ye.. kita ni teringin. Tu buat tu. Gigih la ingat balik nak bancuh tepung tu apa bahannya. hahaha!.. So, sementara ingat bahannya tu, meh la tepek kat sini. Otak kita ni bukan macam google. Godek-godek keluar maklumat. haha!..

Bahan bancuhan tepung.

- tepung (agak-agak la ye nak banyak mana)
- sedikit santan
- sedikit garam
- sedikit kunyit
- sedikit planta
- sedikit air untuk membancuh (jangan terlalu pekat / cair)
- sebiji telur


Dah selesai bancuh tu, nanti awak blend la ye. nak bagi tepung tu supaya tak berketul-ketul. Kalau berketul karang, susah pula tepung tu nak keluar kat acuan yang berlubang tu. Selamat mencuba.. ^_*

4 comments

  1. salam singgah. sedapnya kak roti jala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih yana sudi singgah sini.
      Sesekali merasa, sdap juga. Hihi

      Delete
  2. sedapnya..makan petang-petang..lagi nak puasa ni

    ReplyDelete
  3. cantiknya roti jala awak. elok je terbentuk

    ReplyDelete