Tuesday, 19 April 2016

LAZADA : Powerbank Pineng 20000Mah

Assalamualaikum.. 

Rata-rata pun sekarang ni orang suka je beli barang dari online kan? Tapi kena cari web yang boleh dipercayailah kan. Kalau rasa syok nak beli, tapi tak selidik dulu web tu ok ke tak, naya je kan. Duit lebur, barang tak dapat. Kan..kan?

Macam saya kalau sesuatu barang tu boleh dibeli secara online sebab banyak pilihan dan harga berpatutan, saya pilih juga. Tak perlu nak susah payah round gemas yang kecik cinonet pekannya ni haa tuk cari barang. Rata-rata kalau tak banyak pilihan, harga pun..paham-paham je la kan. Mahal, Nak minta kurang pun susah.



Haritu nak cari powerbank. Kebetulan adik pun nak beli juga. Jadinya pakat ngan dia, beli sekali kat LAZADA la. Banyak pilihan serta banyak juga pilihan harga. hehehe.. Pilih je nak mahal ke nak murah. Betul tak?

Kebetulan dah niat nak beli 2 kan, so cari la set kombo macam ni. Dapat harga RM104 kalau tak silap. Kira murah la juga. Sebab banyak survey harga lain, semua RM110 ke atas. 



Duit shipping pun tak dikenakan. GST pun takde. Tak sure kalau dah masuk sekali kan. hihihi.. Kat situ dah jimat dah, jimat masa dengan duit minyak nak survey-survey barang kat luar.

Alhamdulillah barang diterima dalam keadaan baik. Dan sekarang pun masih elok.
Powerbank ni dibeli pada 17 Mac 2016. So, kalau ada kawan-kawan yang tak yakin nak beli online, carilah di LAZADA. :)

Dibeli dari ACE COMM. Kuala Lumpur..

Sekian review dari saya..

4 comments:

  1. Ada beli juga.. Tak sampai lagi...

    ReplyDelete
  2. Lazada ok juga. Powerbank beli yg biasa je selalunya.

    ReplyDelete
  3. suka shopping dekat lazada, kejap je sampai barang dan puas hati.

    ReplyDelete
  4. Kathy pun dah beli powerbank kat lazada..

    ReplyDelete

Sponsor

Comments