Style Instant Shawl Terkini

Tuesday 15 March 2016

Assalamualaikum.. Hai readers yang setia..

Siapa kat sini sukakan sesuatu yang instant? Sebut saja instant, mesti ramai yang tertarik untuk mencubanya,kan? Nama pun ‘instant’, dah tentu dia memudahkan kerja seharian kita kan?



Kali ni saya nak share sikit tentang Shawl instant. Siapa suka shawl instant? Dah tentunya majorit diantara kita semua sukakan Shawl Instant kan? Termasuklah saya salah seorangnya.. hehe
 Meh nak share sikit story pasal ‘instant’ ni..

Perasan tak zaman sekarang semua orang gemarkan perkara yang instant dan mudah. Kerana ia mencepatkan segala urusan kita. Daripada makanan instant, air instant hinggalah tudung instant. Maklumlah, keperluan instant ini bukan sahaja memudahkan rutin harian kita malah ia juga menjimatkan masa. Bagi kaum wanita yang bekerja dan bekeluarga pula, kadang kala kita terpaksa mengetepikan penampilan sendiri untuk menguruskan hal suami dan anak-anak.

Oleh kerana itu, ketika mula-mula koleksi instant shawl keluar di pasaran, ia terus mendapat sambutan yang mengalakkan dikalangan wanita berhijab terutama sekali mereka yang bekerjaya. Rekaan tudung yang amat ringkas dan mudah dipakai menambat hati semua wanita dan sehingga kini ia tetap menjadi fenomena dan boleh ditemui dalam aneka style terkini seperti berikut;



Menjadi pilihan ramai. Berikut merupakan koleksi instant shawl cotton yang paling basic dan paling mudah untuk anda temui di pasaran. Jenis instant shawl ini juga mudah dipakai dan sesuai untuk semua bentuk muka.


Bagi anda yang inginkan pemakaian tudung yang lebih kemas pula, sarungkan koleksi instant shawl ber-awning seperti berikut. Ya, ni juga salah satu pilihan saya. Sebab? Sangat senang untuk disarung. Dan tak perlu banyak perhatian pada tudung jenis ni. Cantik elok terletak pada muka bila dipakai.


Dan majority berpendapat pula koleksi instant shawl lycra adalah jenis tudung yang paling selesa dipakai dan mudah dibentuk pada muka. Jenis kain ini juga tidak panas untuk dipakai. Rasa selesa sepanjang hari apabila mengayakan shawl lycra ini..


Style instant shawl yang ke-empat pula adalah koleksi instant shawl satin yang sesuai untuk anda gayakan ke majlis-majlis istimewa. Bagi yang menggemarkan shawl satin, ianya sesuatu yang menampakkan anda unik.. Sekali sekala mengayakannya, anda nampak begitu menawan. 


So, mana satu pilihan anda yang terkini? Banyak pilihan shawl yang kini boleh didapati dan digayakan dengan penuh style.. Selamat mencuba..

8 comments

  1. D akui prmintaan instant shawl memg sgt mggalakkn,
    Lya lbh suka jns kain chiffon sbb x melekat hhehe

    ReplyDelete
  2. Instant shawl memang pilihan ramai. Yg pasti sue suka kain yg x perlu digosok...

    ReplyDelete
  3. Setakat ni ada dua je dlm koleksi... Ingat nak tambah juga.. Pi tggu da bajet dulu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...ada juga pakai shawl...jenuh juga nak lilit...

    ReplyDelete
  5. instant cantik..tpi kzaza lebih suka shawl biasa hehe. suka belit mcm2 pattern kita nak. pernah beli instant tpi pkai 2x je.. mcm tak kena je huhu.

    ReplyDelete
  6. Mcm2 kan skrng...sarung je tu oaling best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cikmah.. yang instant sarung ni kira wajib ada. hehe

      Delete