Saturday, 13 February 2016

'DAZS - DONUTS & COFFEE


Assalamualaikum.. Hai readers..

Cerita minggu lepas. Jalan-jalan ke bahau. Kata ddy zara nak ke Billion. Udah ku bilang mesti tutup sebab raya cina pertama. Tak percaya. Kan... Sangkaanku benar belaka.. Ehhh, macam lagu pula.. hehe


So, perut pun dah berlaug riang minta diisi. Ajak ddy zara ke Tesco. Laparrrrrr.. Nak makan... Zara pula ntah bape kali nyusu. Naik lembik mamanya ni haaa..

Pergi tesco dengan harapan nak makan sizling nasi. Sekali ddy zara pergi order sizling kari ayam + nasi.. Blurrr sekejap.. Ehhh, salah sebut ke.. Ni mesti mamai ni ddy zara ni.. Mujur la sedap. Ke sebab perut lapar, ntah laa.. Mujur juga karinya tak pedas. Boleh suap sikit-sikit kat zara.. Tapi nanti nak repeat juga makan sizling biasa tu..

Balik tu teringin pula nak makan donut ni. Selalu jeling je nak beli ke tak.. Nak beli ke tak.. Mengalahkan orang mengidam. Makanya haritu beli la 3 ketul ni. Rasanya sebiji big apple.. Tapi tak tahu kenapa namanya lain?? Rasanya Big Apple belum tukar nama lagi kan???


Nyumnyummm...

Zara suka hat tengah tu.. Suka tang coklat. Pantang nampak coklat. Mulalah mintak.. Nak beli banyak, takut nanti termenyesal. hahaha.. So beli 3 ketul ni dulu. Rm7.50.

Lepas ni boleh la repeat lagi.. Sedap!



nota : kenapa la tesconya jauh sangat.. :( kalau tak boleh beli selalu.. winkwink

3 comments:

Sponsor

Comments