Sup Tulang.

Tuesday 5 January 2016

Assalammualaikum.. Hello readers..

Kisah hari jumaat kelmarin. Tak tahu nak Masak apa. Jemu dah makan lauk ayam. Kebetulan ada tulang lembu ni sikit, (lembu aqiqah) makanya buatlah sup. Ingatkan dapat isi, boleh juga goreng sambal macam selalu. Hihi.. Dapat tulang, merasa la buat sup kan.

Minta resepi dari mak. Sebab mak buat selalu tak berminyak. Tak macam beli. Berenang minyak.



Bahan bahannya :
1. Tulang lembu
2. Kayu manis
3. Buah pelaga
4. Bunga lawang
5. Lada putih @ lada sulah
6. Halia
7. Bawang putih
8. Air untuk merebus
9. Garam
10. Daun bawang
11. Daun sup
12. Kentang
13. Bawang goreng

Cara-caranya :

1. Basuh tulang sebersihnya. Buang kotoran yang melekat.

2. Masuk dalam periuk. Masukkan air untuk didihkan/untuk dijadikan kuah.

3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih, halia serta sedikit lada putih. (Anggaran ikut banyak mana tulang yang dimasak)

4. Biarkan didih.

5. Kalau suka kentang, masukkan kentang. Jangan lupa perasakan dengan garam.

Siap.

*Taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng. Nikmat!

8 comments

  1. salam
    jom tukar link dlm bloglist.
    saya dah masukkan link blog anda dlm
    http://www.kembaraminda7.com/
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..blh.. Nanti saya update link dlm bloglist sy ya. :)

      Delete
  2. Lya klau msk sup jrg guna rempah, just letak kiub ayam,halia,bwh merah putih n sedikit sos tiram..sup ala2 chinesse gitu ihik

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa sup tulanggg~ hehe

    ReplyDelete
  4. salam salah timing tekan entry ni sebab perut ngah lapaq!

    ReplyDelete