Holiday Hujung Tahun 2015 (Part 4)

Monday 4 January 2016

Assalammualaikum.. Hai readers..

Nak habiskan cerita yang bajet bajet holiday selama seminggu tu.. Buat kenangan dalam diari ni. Sekurang kurangnya akan datang, baca balik, boleh la imbas balik kenangan lalu. Haha..

Sambung cerita kisah hari sabtunya pula eh..

26.12.2015

Pagi tu tak kemana pun. Tapi tengahari start la program. Ada kenduri kawin kat sekitar kampung tu. Bawak mak mertua yang nak ke umah kenduri. Ingatkan 1 rumah je. Rupa-rupanyaaaaaa.. 4buah rumah okeh. Tu pun ada yang skip. Rasa nak pengsan dengan panas menggelegaknya kat melaka tu.

Rumah pertama pergi okay la. Makan kat situ. Ya Allah.. Sedapnya la hai. Nasi beriani beras panjang. Lauk pun sedap. Serius, memang sedap. Ddy zara kata pengantin lelaki tu kawan sekolah dia. Ooooo...





Settle rumah pertama, pergi rumah kedua. Dalam kawasan kampung juga, kena naik kereta la ye. Jalan kaki jauh. Tak sanggup uii dengan panas camtu. Kat rumah kedua tak makan pun. Tengok khemah ada 2 je. Confius sebenarnya kenduri apa. Kalau kawin, tak pula nampak pengantinnya. Tapi meriah macam kenduri kawin. Ntahlah.. Pastu orang pun dok tercari cari seat. Pastu m.i.l kata pergi rumah lagi 1.

Rumah ketiga pula, sekitar kawasan tu juga. Kata mil sedara dia. Saya follow je. Hehe.. Masa sampai, pengantin baru berarak. Sudahnya follow belakang pengantin. Haha. Dah serupa jadi pengiring pengantin. Ramai tetamunya. Khemah pun banyak. Kat rumah ketiga pun kami semua tak jamah nasi. Sebab masih kenyang.

Nampak aiskrim. Makan aiskrim je la. Ddy zara dengan mil pun sama. Cuma tambahannya, ddy zara sempat jamah cendol. Saya? Cukuplah aiskrim je. Tak lalu nak makan dengan keadaan terlalu panas. Sempatlah rehatkan diri dalam 15minit kut, kami pun minta diri dulu.

Sebelum ke rumah terakhir, singgah kedai runcit sekejap. Sebab nenek zara nak beli sedikit barang dapur. Sambil tu katanya boleh kosongkan perut balik sebelum menjamah kenduri umah keempat tu. Serius, dengan keadaan panas, saya dah tak larat, rasa nak balik je.. Huaaa..

Dekat rumah keempat tu, jamah juga la nasi sikit. Itu pun paksa je makan. Sebab cuaca panas, selera pun takde. Akhirnya.. Berakhir juga.. Ya Allah.. Pertama kali rasanya pergi umah kenduri sampai EMPAT rumah sekaligus. Rasa nak nangis sebab penat. Panas. Sampai ke rumah, terus capai tuala,mandi. Berlengas badan!

27.12.2015

Cerita terakhir percutian seminggu. Fuhhhhh.. Semangatlah sesiapa yang baca ni ye. Panjang sangat. Malas nak asing asingkan entry. Haha..
Hari ahad ni sebenarnya dekat rumah mil ada buat majlis aqiqah. Majlis aqiqah along ddy zara. Abang pada ddy zara buat aqiqah tuk keempat-empat anaknya. Tumbang lembu sekor!.. Kalutnya macam nak kenduri kawin. Hikhiks..



Masakan gotong royong. Orang orang kampung kan. Seronok tengok. Hari sabtu lembu disembelihkan. Jadi petang tu lembu dihantar ke rumah. Jadinya petang tu ada la sesi lapah melapah. Nak tolong tak mampu. Nak tengok pun rasa tak mampu. Badan rasa berlengas je. Pastu bau lembu kan. Tak lalu la pula..

Sesi masak memasak pagi hari ahad. Saya nak menolong pun tak mampu. Zara tak bagi kerjasama. Baru je nak tolong sikit, dah menjerit. Suruh dukung. Agaknya dia rimas ramai-ramai, dia jadi tak selesa. Menangis. Ada masa je okay. Bila rimas je, mula la start enjin volume.



Majlis start pukul 12tengahari. Dimulai dengan majlis tahlil dulu. Selesai tu majlis makannya.. Zahra agaknya kepenatan, lagi 10 minit tahlil dah nak mula, dia bantai tido. Lama juga tidonya. 1jam ada kut.



Nak kata tetamu ramai, tak la juga. Biasa biasa je. Ingatkan ramai. Rasa macam ramai lagi kenduri aqiqah zahra even tumbang kambing je.. Takpelah, mungkin ada jemputan yang tak datang kut. Balance lauk tak habis, mil hantar pada rumah anak yatim. Alhamdulillah.. Rezeki buat mereka. Jiran tetangga, sedara mara ada dibekalkan dengan juadah 'berkat' tu..



Bila majlis dah selesai, lega.. Ehhh.. Majlis siapa sebenarnya ni?? Hihihihiks..
Malam boleh la memasing tido lena..

28.12.2015

Hari isnin last ddy zara cuti. Ya Allah, time tu membuak buak perasaan rindu kat umah sendiri tau. Seminggu kan balik melaka. Gerak balik gemas pukul 4 lebih. Pukul 6 lebih sampai gemas. Nikmatnya rasa dapat tido kat umah sendiri pula. Zara pun bukan kemain seronok dapat balik gemas. Ceria semacam!..

Alhamdulillah.. Seminggu cuti hujung tahun saya terisi dengan pelbagai perkara. Sempat jumpa mak, sempat pergi kenduri. Hihihiks..

Kalau ada rezeki lepas ni teringin nak bercuti ke negeri lain jika diizinkan. :)

Cuti hujung tahun saya taklah berapa menarik bagi orang lain. Yang penting, saya dapat buat bnyk perkara.

Okay.. Settle cerita bab bercuti.. :)

6 comments

  1. Seronoknya sekurangnya masa cuti tu trisi dgn prkara brfaedah kn hihi

    ReplyDelete
  2. salam , kak yana tak pergi memana pun kak duk rumah je baking makan tidur hahah

    ReplyDelete
  3. sukanye kalau dapat pergi kenduri kendara macam ni..^^

    ReplyDelete
  4. Masa cuti la bestkan dpt spent time dgn family lama sikit...

    ReplyDelete
  5. wahhh seminggu tuuuuu syoknyaaaa. tapi yang baca pegi kenduri sampai 4 rumah ni pun rasa nak tumpang pitam jugak hahahahahahha

    ReplyDelete