Hidup SEGAN, Mati TAK MAHU.

Tuesday 26 January 2016

Assalamualaikum.. hai readers..

Pokok Kunyit .


Tanam dari tahun lepas lagi. Minta dari makcik kat kampung. Maklumlah, duduk kat gemas ni macam susah je nak cari daun kunyit. Kalau nak guna untuk masakan pun bukanlah banyak. Nak membeli macam tak berbaloi. Maklumlah, kalau beli dah berkeping-keping daunnya. Dah tu beringgit-ringgit gamaknya. Kalau beli banyak-banyak pun, bukannya nak guna hari-hari untuk masakan, kan? Setakat ni memang tak pernah beli lagi la. Tapi perasan ada terjual.



Haritu pasu ni berkongsi dengan pokok cili. Pokok cili tu saja tumpangkan dulu sementara belum ada pasu lain. Agaknya pokok-pokok ni rimas, nak hidup pun segan, matinya tak mahu!.. Lebih kurang macam tu la agaknya kan. hihi

Alhamdulillah.. haritu pindahkan pokok cili. Pindah pasu lain. Elok naik balik daun-daun kunyit tu. Seronok tengok dia hidup. Hari-hari siram. Pagi dan petang. Moga-moga membesarlah dengan baik yerk!..

Duduk rumah kaurters ni, mampu tanam dalam pasu je la. Mujur la ada balkoni. Boleh juga letas pasu kat situ.. :)



pstt : Dalam plan nak tanam pokok lain.. pokok apa eh??


4 comments

  1. pokok kunyit kami pun tengah subur sekarang.. dulu pun segan2 je nak naik..

    ReplyDelete
  2. salam singgah mak saya pon selalu tanam tanam ni :)

    ReplyDelete