Jumaat, 30 Oktober 2015

NUFFNANG : Akhirnya..

11:10 PTG 9 Comments
Assalammualaikum.. Hai readers.. Selamat malam..

Setelah setahun menanti.. Akhirnya....

CASHOUT jua duit dalam tabung ni..!


Ingatkan nak biar membiak banyak.. Apakan daya. Sakit mata dok tengok amaun yang tak berganjak tu. Moga lepas ni membiaklah dikau banyak banyak ye. Jangan mandul je sudah.

Tahun depan ada rezeki selepas setahun kita kuarkan awak lagi ye.. Orang lain sebulan sekali boleh korek duit tabung tau. Kita ni kena tunggu setahun.


Khamis, 29 Oktober 2015

Fuyooo !!! Giveaway by Mama Darwiish

9:10 PTG 15 Comments

klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Follow Blog  : http://mamadarwiish.blogspot.my/ http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/ http://unclezuan.com/ http://mrspuex.blogspot.my/ http://mekzumbie.blogspot.my/ http://www.hafizhafizol.my/ http://aderakukeysah.blogspot.my/ Follow G+ :  : Khalid Kyle Blurrydino
Like Page Penaja :
Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram :

BAKAT : Wajib Ke Pergi??

4:25 PTG 6 Comments
Assalammualaikum.. Hai readers..

Sebelum ditanya apa itu BAKAT, lebih baik kita terangkan dulu ye. Hihi.. BAKAT ni BADAN AMAL KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA. BAKAT ni selalunya aktiviti yang dijalankan untuk para isteri TENTERA. Actually saya saja nak share ni bukan nak tunjuk yang saya ni seorang yang bagus sangat ke yang baik sangat dok join BAKAT ni ye.. Bukan juga seorang yang pandai dalam menerangkan perjalanan BAKAT ni.

Selama duduk di kaurters ni, sejak berkahwin hampir 2tahun ni, dah beberapa kali juga la join BAKAT ni. Orang kata, 'ORANG KATA' ye.. BAKAT ni MENGARUT je.. Actually depends la pada yang mengelola.. Taklah setiap kali ada BAKAT, semua aktivitinya mengarut. Ada juga yang saya dengar dari wife kawan kawan ddy zara, asik orang yang sama je masuk aktiviti tu.. Aktiviti ni. Kadang aktivitinya ntahhapehape. Setakat ni saya tak pernah la kena lagi.

Dulu masa ddy zara unit 'A' ni, memang banyak aktiviti BAKAT nya.. Bagi orang yang tak suka ber'aktiviti', memang rasa nak ngamok je. Yela, asik ada je aktivitinya. Masa saya mula mula muncul dalam BAKAT ni dah set dalam otak. BAKAT ni bukan mengarut. Alhamdulillah setakat ni saya boleh terima lagi BAKAT ni. Cuma bila diberitahu ada BAKAT, time tu tengah takde mood, memang hangin juga nak kena pergi. Hehehe.. *Tapi pergi juga ye*

Sepanjang saya hadir ke BAKAT ni, ok la.. Takde la mengarut mana. Kita kena set dalam diri kita, actually BAKAT ni ada kebaikkannya. Macam saya surirumah sepenuh masa, bila ada BAKAT memang la saya hadir. Sebab kalau tak pergi risau la pula kalau suami naik nama kut la kena duty 3hari berturut ke apa. Lagi 1, BAKAT ni mengajar kita tuk bergaul. Dapat juga kawan baru. Macam saya duduk kauters. Tak semua dalam blok saya ni saya kenal. Tapi bila pergi BAKAT jumpa macam macam orang, so dapat kawan baru.

Rata-rata tak minat nak hadir BAKAT. Nak nak yang bekerja. Kadang bagi alasan. Ok la kalau diterimakan. Tapi tak kan dalam setahun tu sekali je hadirnya kan. Macam saya kat sini, kadang majlis tertentu bertegur juga dengan wife wife army dari Unit lain. Kadang tanya juga tinggal di mana. Ada yang dari KL pun sanggup datang. Ada yang dari Pahang pun turun. Berkorban sungguh demi suami. Ok.. Bukan nak mengarut panjang bab orang yang pikir negatif dengan BAKAT ni.

Macam sabtu yang lalu (05.09.2015). Ada bacaan Yassin serta solat sunat untuk anak anak anggota yang bakal menduduki peperiksaan. See, BAKAT ni ada aktiviti yang bermanfaat sebenarnya. Saya hadir terlewat sikit sebab ada anak kecik ni paham paham je la. Tapi saya tak skip ye even lewat. Sempat la dengar sedikit sebanyak apa yang disampaikan.

Then dah akhir majlis sebelum berakhir untuk ke jamuan makan, diselitkan juga. Di surau pada waktu pagi kalau tak silap saya diadakan kelas untuk belajar agama. Belajar mengaji dari mula. Ada yang hadir langsung tak kenal huruf. Bak kata ustazah tu la. Seronok saya dengar. Tapi saya sendiri kekangan masa. Mungkin one day.. If diberi peluang, teringin juga untuk hadir. Perkara yang baik kan.. :)



Okay la..  Setakat ni dulu perkongsian saya. Nanti saya share program yang lain ye. :) Mekasih sebab sudi luang masa untuk membaca.



#SayaIsteriTentera

Rabu, 28 Oktober 2015

NUFFNANG : CARA MENINGKATKAN PENDAPATAN

8:40 PG 16 Comments
Assalamualaikum.. Hai readers..

Rasanya dah lama tak share kat blog ni pasal nuffnang kan? Selalu share pasal budak banyak akai si Zahra tu je. Harini saya nak share pasal pertanyaan saya pada pihak nuffnang.

Sebelum tu, saya bukanlah terlalu mengharap income dari sumber berblog ni banyak berkepuk kepuk sampai 2.6bilion.. Ehhh.. hehehe..
Cuma, kita nak juga ada income sampingankan? Paling tidak orang kata boleh la buat beli baju 2-3 helai gitu tuk pakai setahun.. kekeke.. setahun sekali dapat cashout pun okay la juga. At least nak juga la ianya mencapai 3 angka. Kalau 4 angka tu mungkin saya boleh la buat makan-makan tuk kengkawan, ye dok?



Ok, nampak kan income saya sekarang ni berapa?? Only Rm67.01 tuk semalam saya check. Berbulan-bulan sebelum ni dok di takuk Rm66 je. Dah tak tahu nak buat macam mana. Mungkin la kut rezeki saya kat tempat lain. Tapi kalau boleh nak la meriah sikit macam kawan kawan yang lain. Yela, blog sekadar diari buruk je kan. Takde siapa pun pandang. Hehehe..




Okay, ni last payment saya. Last tahun 2014. Setahun cashout, sekarang ni susah sangat nak masuk balik. Orang lain sebulan boleh cecah Rm100. Kadang tu blog dorang tak berupdate pun. Ye, saya paham konsep REZEKI. REZEKI masing masing tak sama. Mungkin rezeki saya dibahagian lain. Cuma… kita ada hak juga untuk bertanya dan minta pandangan dari pihak berwajib kan.. hehehe..



Ni soalan simple dari saya. Perlu juga bertanya untuk pihak NUFFNANG tahu akan kewujudan kita kn? Betul tak? Alhamdulillah, nuff saya pun berupdate..




Okay… yang ni jawapannya..






Harap juga kawan-kawan yang punyai masalah yang sama,dah tahu kenapa income kita susah nak masuk.. hope sedikit sebanyak info ni dapat membantu..

Mekasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca penulisan saya yang tak seberapa ni ya.

Isnin, 26 Oktober 2015

Jumpa Blogger 'Qasehnya Rania'

10:43 PG 11 Comments
Assalammualaikum.. Hai readers..

Sebenarnya ni cerita hari ahad yang lepas lepas. Peram dah berminggu. Hehe.. Alhamdulillah.. Rezeki berkenalan dengan ciksu di alam maya, last last niat nak berjumpa terlaksana. Itupun rasa macam kalut je saya ni time tu..

Sebenarnya saya kena turun kL untuk ke majlis makan malam rejimental tu. Pastu tak tahu nak tumpang mana. Sebab saya terpaksa bawa zahra. Sebab dia bfeed kan. Kalau dia mahu susu Fm, saya tinggalkan je dengan mak. Boleh tido hotel bajet je. Kebetulan ciksu ada wsap2, last last ambik keputusan la tuk tumpang rumah ciksu..



Seronok dapat jumpa depan depan dengan ciksu. Baik ramah sangat orangnya. Cuma saya la segan nak tumpang rumah orang. Sebab tak biasa. Alhamdulillah ciksu pun okay je orang nya.. Sebagaimana kita baca penulisannya di blog, begitulah orangnya.. :)



Moga ukhwah yang terbina kekal hingga ke akhir hayat.. Moga ada rezeki lagi untuk berjumpa dengan ciksu. Mana tahu, berjumpa di rumah mak saya di Ipoh mahupun di Gemas.

 :)

*Rindu nak sembang dengan ciksu lagi face to face* Mekasih sangat sudi tumpangkan rumah..

Ahad, 25 Oktober 2015

Simple, Janji Kenyang..

2:56 PTG 4 Comments
Assalammualaikum.. Hello readers..

Dah lunch? Mesti lunch best best kan menu? Today masak simple je. Ehh.. Hari biasa pun simple juga.. Haha!!



Ddy zara kerja penuh minggu ni. Sebab bz dgn audit. So masak je la apa yang terhadap.. Hehe..

Yang penting.. Simple janji kenyang. :p

Nak Adik???

9:03 PG 8 Comments
Hahh??



Ohh.. Nak adik???

Zara nak kawan??

Erm...
Tu la yang dok dengar orang dok cakap cakap seksrang ni..

Belum masanya lagi.. Sekarang zaman gst.. Kewangan pun tak stabil..

Tunggu la ye..

Zara sorang ni pun lintang pukang.. Tunggu la zara 2tahun paling tidak 'kut'.. :-p

Khamis, 22 Oktober 2015

Dugaannya..

9:03 PG 12 Comments
Assalammualaikum.. Hai readers..

Sekarang mood rasa down je. Nak nak sejak balik gemas ni. Haritu zahra demam. Hat pagi semalam selsema dengan batuk pula. Demam takde dah. Dok menangis je la kerjanya.. Nak buat apa pun tak boleh. Banyak benda terpaksa hold.  Stress tau..


Lagi stress bila dengar anak nangis. Pastu tengok dapur pinggan mangkuk kuali periuk ada dalam singki. Haaa.. Tu memang betul betul buat double stress. Haha!! Tapi tak boleh buat apa dengan stress tu. Sejak dah pandai jalan ni, lagi macam macam pe'el nya. Nak berdukung je la pula..

Haaa.. Part paling best, sekarang ni pandai merajuk dah. Kalau tak dapat 1 benda tu, dia punya menangissssss.. Siap lari bawak diri. Kadang tu dari ruangtamu boleh berjalan masuk bilik. Haha.. Kadang tu merajuk pergi kat rak kasut. Adoyaiiii.. Boleh tahan sekarang ni dia punya protes.. Pening layan perangai dia..


Memang geram je. Yela, tipu la kalau kata kita boleh tahan sabar kan anak merengek je. Saia taa kuad awaaa.. Haha.. Adoiyai.. Harap zahra cepat la baik.. Sebab banyak kerja tertangguh.. :'(



Bila stress camni rasa nak shopping boleh?? Ada yang nak belanja tak?? Haha.. Saiaa tak kuad awaaa.. Tak kuadd..  :-P

**Sediakan list tuk shopping dulu la**

Ahad, 18 Oktober 2015

Ulangtahun 1tahun 1bulan.

9:41 PTG 11 Comments
Assalammualaikum.. Hai readers..

Kalau sebelum ni tiktok tik tok kira bila la zahra nak jangkau umur setahun. Sekarang dah masuk setahun terlupa nak kira umur seterusnya malah perkembangannya. Bila mood malas datang kan, cenggitu ler..



Perkembangan Sekarang ni dah laju berjalan. Still dalam lesen L lagi.. Haha! Tapi boleh la kan. Ada usaha dok praktis berjalan je. Tapi.. Start balik gemas ni buat perangai balik. Nak berdukung je. Kena tinggal jap pun dah menjerit. Jauh beza perangai balik ipoh haritu. Agaknya sebab kat ipoh macam macam dia boleh buat kan. Kerjakan kucing. Panjat meja. Panjat kerusi.

Duduk gemas dia macam terbatas. Dia macam boring je. Pastu kat gemas ni takde sapa nak layan dia. Adoi.. Naik geram juga dibuatnya. Yela, kita nak kejar masa nak buat itu ini kan.. Kalau kat ipoh ramai yang boleh layan dia.. Bertabahlah dengan karenahnya..

Sekarang baby girl kurang sihat sikit. Haritu keluar cari barang dapo. Dalam pukul 3 petang. Balik tu beli coolblog. Agaknya sedap je dia minum, esoknya mula rasa badannya dedar. Then jerebu pun tak habis lagi kat gemas ni. Still boleh terbau asap jerebu tu. Saya sendiri pun kurang sihat sejak balik dari kl haritu..



Hope cepatlah zara baik.. Risau je. Sebab dia kurang makan..

Khamis, 15 Oktober 2015

SENARAI NAMA PEMENANG GIVEAWAY BROOCH

5:25 PTG 24 Comments
assalamualaikum.. selamat petang..

okay.. tiba masanya saya listkan nama pemenang ye.. :)

terima kasih buat kawa-kawan yang join sama.. saya tak jangka boleh terlewat macam ni nak umumkan pemenangnya.. terima kasih buat kawan-kawan yang sabar menanti keputusannya..

1.  http://eiraaikawa.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html



2. http://adianiez.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


3. http://www.maisarahsidi.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


4. http://blogashalya.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


5. http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


6. http://akutechikmolek.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


7. http://cikash.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


8. http://kathyrbain.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


9. http://kupukupupurple.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


10. http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html



alhamdulillah... akhirnya dapat juga saya selesaikan giveaway saya ni.. tinggal 1 step je lagi.. menanti pemenang beri details.. :)


mohon pemenang beri details

nama, alamat dan no.tel ye.. send kan di page saya >> CINTA ITU INDAH <<
SEND DETAILS DI INBOX YE SAYANG.. :)

SENARAI NAMA PESERTA MINI BROOCH GIVEAWAY

10:45 PG 9 Comments
Assalamualaikum.. Hai readers..

Saya minta maaf yang teramat sangat sangat.. terlalu bizi sehingga lambat umumkan senarai nama peserta serta siapakah pemenangnya.. saya sediakan dulu senarai nama peserta ye.


Kawan-kawan boleh check dulu. in shaa Allah kalau tiada halangan, harini juga saya umumkan pemenangnya ye..

1. http://norminieza.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


2. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

3. http://cikhanicruzier.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

4. http://www.efaothman.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

5. http://akutechikmolek.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

6. http://pemilikcintahati.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

7. http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

8. http://duniamedanperjuangandiri.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

9. http://athirahdiyana87.blogspot.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

10. http://myemosaid.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

11. http://jombercontest.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

12. http://www.mrsyatie.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

13. http://zzqil.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

14. http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

15. http://eiraaikawa.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.htm

16. http://lobaksusue.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

17. http://aishahamin.com/wp/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

18. http://msvelentine.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

19. http://sihatsegarbahagia.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

20. http://farahanasharif.blogspot.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

21. http://cahayanurlight.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

22. http://ombakbergigis.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

23. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

24. http://www.nooratikahramli.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

25. http://fififizahresepi.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

26. http://wanzulfa.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

27. http://storymoryluahanku.blogspot.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.htm

28. http://zarachingu.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

29. http://ibunoey.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

30. http://kupukupupurple.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

31. http://adianiez.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

32. http://cikash.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

33. http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

34. http://cikpinky2704.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

35. http://ummidihatiku.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

36. http://norshamimi.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

37. http://www.mariafirdz.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

38. http://huhahuhajerr.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

39. http://mummyhealthyvitastore.blogspot.my/2015/09/giveaway-brooch-mini-giveaway-by-cinta.html

40. http://www.azlinamy.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

41. http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

42. http://anabiha.blogspot.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

43. http://www.azhafizah.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

44. http://vitaminkesihatansejagat.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

45. http://bicaraummi.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

46. http://ainniah.com/brooch-mini-giveaway/

47. http://strawberrysgurls.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

48. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

49. http://mardiahdiana.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

50. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

51. http://sigilerceloteh.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

52. http://emalinmohd.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

53. http://www.maisarahsidi.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

54. http://www.sayidahnapisah.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

55. http://bajuwarnacoklat.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

56. http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

57. http://st0ryab0utprincess.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

58. http://cahayadiatascahaya22.blogspot.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

59. http://blogfiefi.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

60. http://mamadarwiish.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

61. http://tengkubutang.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

62. http://miamorzafirah.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

63. http://famf-tower.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

64. http://nam-comel.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

65. sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

66. http://blogashalya.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

67. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

68. http://www.mialiana.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

69. http://ahlamsjourney.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

70. http://edrina-dafinites94.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

71. http://norazua10.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

72. http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

73. http://blognisalpunya.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

74. http://yangbaik.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

75. http://dorayakino.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

76. http://najihahsyuhada.blogspot.com/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

77. http://kathyrbain.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html

78. http://zazanizam.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html


kalau korang kurang yakin kenapa link korang tiada boleh rujuk di >> SINI << 
sama ada saya yang tertinggal letak atau awak awak yang terlupa letak ye.. :)

ok.. petang ni pukul 5 kut saya umumkan pemenang ye.. good luck ye.. ;)

Selasa, 13 Oktober 2015

Majlis Makan Malam Rejimental..

4:16 PTG 8 Comments
Assalammualaikum.. Hai readers..

Ni cerita ahad malam isnin yang lepas. 11 oktober 2015. Saya hadiri majlis makan malam rejimental ptt kanan kor ordnans diraja ke-58 di PWTC. Semuanya terlalu cepat berlalu. Tak sangka seawal ni saya akan hadirinya. Alhamdulillah.. Rezeki diusia 27tahun.



Ddy zara dalam orentasi. Sebelum majlis penutup, mereka adakan majlis tersebut. Bagi saya ianya penuh protokol. Siapa wife army yang berpangkat sarjan ke atas mesti tahu dan pernah alami. Kalau tak banyak kali pun, mesti sekali pernah merasa.

Ini kali pertama saya hadiri. Sejujurnya memang kekok. Nama pun makan beradat kan. Perasaan gugup tu sememangnya ada. Tapi kita kena la control.  Alhamdulillah.. Allah permudahkan semuanya walaupun terpaksa tinggalkan sekejap (beberapa jam) my princess..



Agak kekok sebenarnya untuk makan beradat ni sebab kita dah terbiasa dengan cara kita sendiri. Pegang sudu garfu ikut sedapkan. Alhamdulillah, walaupun kekok, ddy zara banyak membantu. Yela, dia lebih arif bab garis panduannya. So, ikut la arahan dia. Hee

Permandangan atas. Cantikkan.. Teruja saya..

Okaylah, just ke point disekitar majlis ye. Majlis yang cukup bermakna bagi saya. Saya memang teringin sangat nak tengok ddy zara berpakaian mess kit ni. Tak sangka pula ada rezekinya. Malah dapat join sama majlis makan malam ni walaupun pelbagai dugaan pada mulanya.

Kalau tak silap saya, majlis bermula pada jam 8setengah malam macam tu secara kasarnya. Dimulakan dengan nyanyian lagu.. Saya tak ingat lagu apa. Setelah selesai, hadirin duduk. Lampu dimalapkan. Indah sangat saat tu. Bagaikan candle light dinner. Actually bila kita nak makan, kita kena dengar alunan music yang dimainkan.

Bila makanan dihidang masuk, then dah ready semua, lagu pertama dimainkan. Lagu tu bukan la ada yang nyanyiannya ye. Tapi pancaragam tentera mainkan alunan muziknya. Maka bermulalah kita untuk makan. Bila lagu stop, maka kita kena stop dulu. Then masuk lagu kedua, kita boleh sambung makan lagi. Then stop lagu kita pun kena stop makan.

   Menu Pertama.

Menu kedua : Mushroom soup. (Tiada gambar)

Then dah selesai, tukang hidang makanan tu (tentera juga) akan ambil pinggan tadi. Setelah selesai, tunggulah kita sehingga ke makanan seterusnya. Nak makan pun macam tu juga. Kena tunggu sehingga music seterusnya dimainkan. Begitulah sehingga ke menu ke-4. Selesai menu ke-4, lampu diterangkan.

  Menu ketiga.

   Menu keempat : Dessert

Masa lampu diterangkan, masa rehat diberikan. Take 5 minute. Mungkin ada yang nak ke toilet. Time tu saya tak keluar pun. Sebab dorang hidangkan coffee or tea. Saya ambik coffee je. Dengan harapan jangan mengantuk. Heee..



Dah habis waktu rehat, masuk semula, ada 2 orang pegawai atasan la kiranya, saya lupa pangkatnya, mereka berucap tuk penutup. Oohh lupa.. Ada acara potong kek sempena harijadi kor ordnans. Masa tuk lagu yang dipasang memang merancakkan lagi majlis. Lampu dimalapkan. Hanya lampu bulat disuluhkan kepada mereka yang membawa kek. Majlis selesai dalam pukul 11 lebih juga la malam tu. Then selesai berucap, kita berbaris diluar untuk beri penghormatan kepada tetamu terhormat.

Then bersurai. Time ni nak berselfie puas puas pun dah takde siapa kisah. Hehehe.. Saya takdelah nak berselfie pun. Tempat orang. Segan. Hihi.. Sekadar bergambar kenangan dengan ddy zara je la..

**Coretan saya hanya sekadar sebuah kenangan. Mana tahu, akan datang ada rezeki lagi untuk hadir. Moga moga janganlah ddy zara inform last minute!

Jumaat, 9 Oktober 2015

Kuatkah Aku!

6:39 PG 14 Comments
Assalammualaikum.. Selamat Petang..

Mood rasa down sangat dari kelmarin. Bila ddy zara bagitahu kena hadir majlis makan malam di kem tu. Makan malam istiadat kalau tak silap saya. Majlis tu tak boleh bawak anak. Saya paham.

Cuma yang tak sanggupnya, kuatkah hati ni nk berpisah dengan zahra beberapa hari?? Kuatkah?? Ya Allah.. Rasa tak kuat je. Sebab zahra kan breastfeed. Dah ajar susu Fm, dia taknak lagi. Betul betul kena kuat dan tawakal. Dah la kena gerak awal. Harini ddy zara ambik. bawak pergi kL. Majlis hari ahad malam.

Ddy zara kata tumpang umah kawan dia. Kena jemput awal. Tak kan nak bawak zara. Sebab nanti siapa nak jagakan dia masa beberapa jam saya pergi majlis tu. Maklumlah, orang kita tak kenal ni. Karang ntah macam mana dengan anak kita kan. So adalah lebih selamat, tawakal je mintak mak jagakan.

Tawakal je nak tinggalkan zara esok.. Pertama kali nak berpisah dengan zahra buat seketika. :(
Moga hati ini kuat. Cepatlah ianya berakhir.. Tak sanggup nak berpisah dengan anak.. Belum lagi pergi, tapi nak majlis tu cepat berakhir.. :(

Dah la pagi semalam tiba tiba zahra demam. Selsema. Harap taklah teruk. Susah hati sebenarnya nak tinggal anak tak sihat. Dia nak ngempeng je. Merengek je.


Kuatkanlah hatiku.. Moga Allah permudahkan segala urusanku.. Moga Allah membantu mak tolong jagakan zahra.. Harap harap la zahra tak banyak meragam. :(

Khamis, 8 Oktober 2015

Perasaan Itu. . .

11:31 PG 13 Comments
Assalammualaikum.. Selamat Pagi..


Mood tengah kelaut. Perasaan bagaikan di badai ombak!..
Ewah! Bermadah bagai.

Nanti la saya share ye. Banyak benda tertangguh. List peserta gA pun belum publish. Harap kawan kawan bersabar ye. Saya masih ingat tugasan penting tu. 



Selasa, 6 Oktober 2015

Throwback : Zahra and Daddy birthday

9:41 PG 14 Comments
Assalammualaikum.. Hai readers..

Ni kes malas nak update awal awal. Mood kelaut sangat. So jadilah entry throwback ye. At least ada juga kenangannya kat sini. Nanti zara dah besar, dah pandai belek internet, kut kut terbaca blog cabuk mamanya ni, mesti happy kan.. Tu pun kalau google masih lagi berfungsi dengan baik. Haha..

Terus ke ceritanya la ye.. Kisah ni masa ddy zara hantar kami balik ipoh 19 sept. 2015. Besday zara 18 sept. 2015. Jadi kalau nak beli kek awal awal pun sapa nak perabikan, kan.. Jadinya saya plan beli kat ipoh je la. Boleh kongsi rezeki dengan family sekali. Besday ddy zara 12 sept. Selang 6 hari je.. Jadi suprisekan sekali ddy zara la.


Kalau nak suprisekan zara dia tak paham pape pun.. Belikan kek je. Tu je yang saya mampu nak suprisekan dengan masa yang suntuk. Nak pergi makan makan tempat yang best, tak mampu pula. Jadi potong kek je la eh.. At least besday pertama zara, dia ada kenangan. Hee
Itu pun dah buat saya happy sangat.. Nilai bersama lebih penting bagi saya, kek yang dibeli pun kek biasa je.. Takde nak secret recipe ke apa.


Akan datang, zara dah besar sikit, mesti best kalau nak celebrate besday dia. Setakat potong kek je pun.. Takde la nak berparti bagai.. Untungnya la hai anak zaman sekarang.. Mama ni tak pernah pun dibuat potong kek harijadi. Kalau potong kek bukan pada harijadi tu selalu sangat la.. Haha..


Moga Allah merahmati keluarga kecil saya.. Amen..

Isnin, 5 Oktober 2015

Ohhh.. Dugaannyaaaaaa...

12:11 PG 15 Comments
Dugaan.. Dugaan..
Sabar.. Ohhh sabar..

Dapat order tuk brooch 150set.. Tapi zahra tak bagi kerjasama.. Huaaaaaaaaaa..



Seteresssss..

Zahra ohh zahra..

Payahnya sekarang dia nak tido.. Ni dah masuk pukul 12 pun tak tido tido.. Mamanya ni nak terlelap dah..

T________T

Huaaaaaaa...

Jumaat, 2 Oktober 2015

Perkembangan Masuk Usia Setahun.

10:08 PG 14 Comments
Assalammualaikum.. Hai readers..

Alhamdulillah.. Harini zahra genap setahun 2minggu. Semalam kena cucuk setahun. Lambat sikit cucuknya. Sepatutnya buat di HTD gemas. Disebabkan saya masih di Ipoh, so cucuk kat kkia sini je la.. Good girl sangat. Langsung tak menangis masa dicucuk tu. Lagi hebat dia boleh pandang nurse yang tengah nak cucuk dia. Mamanya ni awal awal dah pandang ke lain. Tiba tiba seram pula tengok jarum. Hehehek..

Mujur la semalam urusan settle cepat. Datang awal, turn pun awal. Perkembangan tang berat tu ok la.. Ada kemajuan sikit. Masa checkup bulanan (10bulan) beratnya 7.55kg je. Stress juga bila tengok angka 7 je. Alhamdulillah, semalam timbang berat elok ngam je 8kg.


Selama kat ipoh ni Alhamdulillah la zahra ni kuat makan. Memang terkejut kalau tengok dia makan. Non stop. Pagi makan nasi lemak. Banyak suapan juga la.. Tak pernah tengok dia makan banyak macam tu. Belum lagi makan kuih, kuat minum air. Saya layankan je.. Selagi dia nak makan, bagi je. Tuk tenaga dia juga.

Sekarang ni dah ligat berjalan. Terjatuh terantuk kat meja jangan kata. Dah terkena sekali, jadi lagi. Tengah gian nak cekapkan berjalan. Sebelum masuk setahun memang dia dah praktis berjalan. Tapi setakat meniti tepi meja, kerusi je la. Masa masuk umur setahun 2hari ada la dia tunjuk perkembangan sikit.

Masa tu dalam 3-4 langkah jatuh. Pastu ulang lagi banyak tu juga langkahnya. Tapi semalam (01.10.15) dia dok ralit belajar lagi, dia boleh melangkah banyak tapak. Alhamdulillah.. Seronok tengok. Pastu mula la tak duduk dah. Asik berjalan je.

Zahra.. Zahra.. Usaha selagi mampu.. Mesti nak tunjuk kat ddy ni nanti dia dah boleh jalan dengan laju ni kan..



**curi masa taip entry**