Throwback : Konvokesyen Kali Ke-19

Friday 13 November 2015

Assalammualaikum.. Hai readers..



Alahai.. Ntah macam mana terbelek gambar lama. Kisah adik konvo diploma. Tak sangka pula, rezeki dia konvo diploma saya dapat pergi lagi sekali. Masa konvo sijil, time tu tak kawin lagi. Tapi rasanya dah tunang dah. Malas pula nak cari entry lama. Hehe.. Cuma bezanya tahun lepas dia konvo diploma ni zahra dapat ikut sama.


Alhamdulillah.. Rezeki kan. Mana tahu masa kecik dah jejak ke PICC tu, nanti dah besar pun akan jejak kaki konvo di sama. Ingat lagi, masa konvo ni zahra umur baru 56hari. Hebattt.. Habis pantang fasa pertama (44hari) dah berjalan jauh. Hihihi.. Cuma takde rezeki la nak masuk dewan sama. Lagipun masa tu dah terhad. Tak macam masa pergi konvo sijil. Boleh masuk. Konvo diploma ni ketat sikit peraturannya.


Ingat lagi, zahra masa baby pantang sejuk sikit. Mulalah menjerit kuat. Masa hari konvo tu, adik sesi petang. Nak dijadikan cerita hujan. Dah la duduk dalam aircond. Of course la sejuk giler kan. Dia punya melalakkkkkkk.. Fuhhh, give up mama nak.. Mati akal juga la dibuatnya. Mujurlah masa ke sana gf adik ikut sekali. Dia la tolong handle sama. Yang bestnya, zahra nak tido kat gf adik je. Sedap kut kena dodoi dok celah ketiak acik nana dia. Hehehe..

Bila mama ambik mula dia buka alarm balik. Bagi acik nana, elok diam tido balik. Budak bertuah betul. Alhamdulillah, sampai sekarang dia ok je ngan acik nana dia tu walaupun jarang jumpa.. Hai la zahra.. Sabar je la.. Time tu awak buli acik nana awak kan..

 Majlis ni kalau tak silap habis dalam pukul 6 macam tu. Bergambar pun bila petang dah suram kan.. Pastu rushing. Kejar masa sangat. Karang bergelap pula nak jalan balik. Dengan bawak zahra yang terlalu kecik lagi masa tu. Hampir pukul 7 kut gerak keluar dari PICC tu lepas adik hantar jubah sbg.nya.. 

Alhamdulillah.. Selesai juga konvo adik.. Setakat ni 3kali adik konvo, ketiga tiga saya dapat pergi. Tunggu maksu zahra konvo pua. Tapi tak tahu la tahun bila. Ehehe.. Belajar pun tak habis lagi.. Kalau ada rezeki, boleh la pergi sama.. Nak tunggu zahra konvo tadika pun lambat lagi.. Haha.. :p


Dah setahun masa berlalu.. 
12 November 2014

3 comments

  1. nanti giliran maksu Zahra pulak..

    ReplyDelete
  2. yana pun tak sbar nak konvo lagi next year konvo nye

    ReplyDelete
  3. rindunya time ni hihihi tak boleh lupa sungguh lah zahra nak tidor gan acik nana hihihi

    ReplyDelete