Perkembangan Masuk Usia Setahun.

Friday 2 October 2015

Assalammualaikum.. Hai readers..

Alhamdulillah.. Harini zahra genap setahun 2minggu. Semalam kena cucuk setahun. Lambat sikit cucuknya. Sepatutnya buat di HTD gemas. Disebabkan saya masih di Ipoh, so cucuk kat kkia sini je la.. Good girl sangat. Langsung tak menangis masa dicucuk tu. Lagi hebat dia boleh pandang nurse yang tengah nak cucuk dia. Mamanya ni awal awal dah pandang ke lain. Tiba tiba seram pula tengok jarum. Hehehek..

Mujur la semalam urusan settle cepat. Datang awal, turn pun awal. Perkembangan tang berat tu ok la.. Ada kemajuan sikit. Masa checkup bulanan (10bulan) beratnya 7.55kg je. Stress juga bila tengok angka 7 je. Alhamdulillah, semalam timbang berat elok ngam je 8kg.


Selama kat ipoh ni Alhamdulillah la zahra ni kuat makan. Memang terkejut kalau tengok dia makan. Non stop. Pagi makan nasi lemak. Banyak suapan juga la.. Tak pernah tengok dia makan banyak macam tu. Belum lagi makan kuih, kuat minum air. Saya layankan je.. Selagi dia nak makan, bagi je. Tuk tenaga dia juga.

Sekarang ni dah ligat berjalan. Terjatuh terantuk kat meja jangan kata. Dah terkena sekali, jadi lagi. Tengah gian nak cekapkan berjalan. Sebelum masuk setahun memang dia dah praktis berjalan. Tapi setakat meniti tepi meja, kerusi je la. Masa masuk umur setahun 2hari ada la dia tunjuk perkembangan sikit.

Masa tu dalam 3-4 langkah jatuh. Pastu ulang lagi banyak tu juga langkahnya. Tapi semalam (01.10.15) dia dok ralit belajar lagi, dia boleh melangkah banyak tapak. Alhamdulillah.. Seronok tengok. Pastu mula la tak duduk dah. Asik berjalan je.

Zahra.. Zahra.. Usaha selagi mampu.. Mesti nak tunjuk kat ddy ni nanti dia dah boleh jalan dengan laju ni kan..



**curi masa taip entry**

14 comments

  1. salam jumaat...
    Alhamdulillah...
    semoga membesar ngan baik...

    ReplyDelete
  2. Hehe gigih sungguh Zahra mau bejalan kan.. Alhamdulillah hehe :)

    ReplyDelete
  3. Zahra comelll . Kipidap n dongibab keyhh . Ain ni part time baby sitter tau . Berat bby tu dah cecah 10 kg lebih . Dumokk sgt . Haha . Umo dah setahun 5bln .

    ReplyDelete
  4. Bagusla zahra da kuat mkn..ok la kan mungkin suasana d kg kan ari tu

    ReplyDelete
  5. Bagus zahra , kuat semangt.
    yana dtg sini tag akak
    http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.my/2015/10/segmen-blogwalking-hanis-masturina.html

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sya mimie, comel Zahra..
    Teringat masa anak saya cucuk dulu, saya pun tak berani tengok.. huhuhu tak sampai hati kann..

    ReplyDelete
  7. go zahra go :)

    agaknya kat kampung ramai kawan dia teman makan kot tu yang berselera sikit.

    hepy belated bersday Zahra :)

    ReplyDelete
  8. ramai orf di kg itu buat zahra suka
    suka mkn mmg ciksu suka. sronokkan bila tgk anak suka makan. bru sng hati

    muka daddy la zahra ni.. hihihi.. mama jgn sentap tau.

    ReplyDelete
  9. semoga zahra membesar dengan sihat...comel jak zahra ni...

    ReplyDelete
  10. zahra da jalan ekk? good girl :)
    nape amik gambo x senyum wahai zahra?

    ReplyDelete
  11. Comella zahraa......jeles kiteee hihi

    ReplyDelete
  12. comelllnya......cute sgt
    ummirdinacong.blogspot.com

    ReplyDelete