Thursday, 26 March 2015

Kisah Anak : Makin Aktif!

Assalamualaikum.. hai semua..

alhamdulillah.. zahra sekarang makin ligat. kadang tu tak terkontrol kita dibuatnya. maklumlah dah dapat akal nak teroka semua perkara kan? syukur la anak aktif, tak risau sangat.



sekarang ni tak boleh tinggal sembarangan. karang ntah mana-mana perginya. tu tengok la tu, kejap je dah sampai ke meja. masa saya snap ni kaki dia dah keluar dari bawah meja tu. sikit masa lagi silap-silap duduk bawah bangku pula.

sekarang nak masak pun payah. syukur daddy zahra makin memahami. bukan apa, if kita tengah menggoreng pun, karang nak dukung dia, dia tarik rambut kita ni pula. adoiyai zahra. pantang nampak rambut terjurai sikit.

seronok sebenarnya tengok dia dah mula memahami sikit demi sedikit sesuatu perkara tu. dan yang paling bestttttt.. zahra dah kenal orang. jenuh kalau orang teringin nak dukung dia. yang kelakar, nenek yang sebulan 2x jumpa pun dia boleh mencebik bila nenek dukung.. ayoyyoo..

ni kalau opah kat ipoh tu nak dukung tak tahu la camne. dah la last jumpa opah bulan 12 haritu. ni dah penghujung mac.. bilaaa laa dapat jumpa opah kan zahra.. mama rindu dengan opah. atuk.. pakcik, pakngah, maksu.. rindu nak ronda ipoh..

ehhhh.. macam la zahra baca blog mama ni kan.. krrikk krrikkk kriikk..  
ok la bye.. nak sambung buat brooch.. kalau nak order jangan segan segan.. kikiikki

11 comments:

  1. Assalamualaikum mimie, hahhaha best tengok perkembangan anak. ni adam makin membesar, dah rindu dia masa baby dalam pantang.. hehehhehe.

    ReplyDelete
  2. Comehnye Zahra.. aktif dan semakin ligat :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tunggu dapat 'kaki' pulak hahaha..

    ReplyDelete
  4. Semalam anak akak masukkan batu dalam telinganya..huhu, budka2 kan..terus ke emergency, nasib dapat keluar

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. takpe aktif tu normal, kalau dok diam pun bahaya jgk kan :)

    ReplyDelete
  6. Ewah2 zahra...geng ngan azwalah ye...

    ReplyDelete
  7. alolo! kaki tu macam nak gigit2 je. hihi.
    xpe. nnti zahra besar bolehlah zahra baca blog mama

    ReplyDelete

Sponsor

Comments