Sunday, 22 February 2015

Realisasikan Wishlist Terakhir

assalamualaikum.. hai semua..

maaf la ye, kalau ada antara komen saya tak reply, atau saya tak terjah balik kawan-kawan buat masa ni. segala entry saya adalah autopublish. T_____T
terpaksa buat secara pukal, then jadualkan, sebab time zahra lena la saya pulun berblog. kalau tak, blog ni tak bernyawa la jawabnya.. hukhukhuk..


sebelum ni saya ada buat wishlist kat sidebar ni. tapi dah delete. ntah napa rasa serabut. haha!!.. pastu boleh pula lupa nak printscreen benda alah tu. kebanyakkan perkara saya hampir terlaksana. cuma satu je yang tak terlaksana!.. iaitu menjahit.

sejujurnya, mak saya menjait, makcik saya menjait, cousin saya menjait, sedara mara lain pun pandai menjait, keluarga belah mak saya memang pandai menjait. tapi kena tang saya, malaaasss nak belajar jait. haha!..

bak kata orang, selagi tak terseru, memang payah nak buatkan??

sekarang ni saya duduk rumah, jaga anak. sambil jaga anak tu suka belek instagram. kalau sempat la. pastu tengok baju-baju dress shantekk shantekkk, tapi mahal mahal.. pada saya, kalau teringin selalu tu memang tak mampu kut nak beli. mampu tengok je.. memang la boleh minta kat suami belikan, tapi kalau asik minta je, botak la kepala suami i..

terus tanam niat. masa pregnant lagi dah niat. if baby girl yang kuar dulu, saya nak tunaikan niat saya ni. masa tu cakap dalam keadaan 50-50 je perasaan tu. ntah iye ke tidak nak buatnya. then bila yang lahir ni baby girl, terus cuba untuk tanam niat tu dalam-dalam.

dan sekarang ni tengah berjinak-jinak kumpul barang jait. haha.. saya dah jadi macam mak aje la pula. pantang tengok perkakas jait, mesti nak beli. so en.suami saya sila lah bertabah ye. ada juga terniat nak beli mesin jait nanti. tapi hold dulu la. beli cecepat tu takut tak terguna je. maklumlah, perhatian pada zahra kena lebih lagi buat masa ni.

so sekarang ni saya buat pin tudung handmade dulu. supaya niat nak menjait tu makin mendalam. if ada peluang balik ipoh nanti nak minta mak ajarkan jait baju baby. hihihi.. untung anak perempuan dulu. boleh la bagi dia melaram puas-puas. paling best, boleh la hasilkan sesuatu tuk dia kan. hihihi

7 comments:

  1. Untung ada bakat menjahit..akak ni ha nk jahit suar koyak pun maleh...atau dlm erti lain..x reti menjahit...huhu

    ReplyDelete
  2. bagosla dah tanam minat menjahit tu.. mcm saye ni lg la.. mak menjahit.. tp bakat tu tak menurun kat ank die ni haa.. lagi satu saye ni malas sebenarnye nak menjahit.. hihik

    ReplyDelete
  3. Mak sue juga pandai jahit tp sue x pandai dan x penyabar utk belajar menjahit. Jd nya kiv dulu la bab menjahit. Bagus la kalo dah ada niat nk menjahit. Teruskan niat murni ni ye. Nnt untung zahra melaram bj cantik2...

    ReplyDelete
  4. btl tu mimie..
    ayu pon buat mase ni nak menjahit susah sikit
    sebab asyik2 tangguh
    buat pon sekejap2 je..
    heeee xpe
    chiyok2..
    nanti leh geng menjahit da

    ReplyDelete
  5. Menjahit ni untungkan...good luck mimi...cik mah pun ada niat juga..tp slow2lah kan..

    ReplyDelete
  6. mimie ni mmg ada bakat menjahit kan. kalau kita, hampeh laaaaa

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    ok la ada minat..
    pelan pelan kayuh mimie..

    good luck

    ReplyDelete

Sponsor

Comments