Wednesday, 18 February 2015

Kisah Anak : Zahra 5bulan

assalamualaikum.. hai semua..

alhamdulillah, harini genap 5bulan si cintahati kecik ni.. hehehe.. dah macam-macam ragam dah budak kecik ni. kena banyak-banyak bersabarrrrrrr je la.. kadang-kadang mamanya jadi singa juga. hahaha!!!..

*sebijik muka daddy* T____T


perkembangan zahra ye.. ermmm..
sekarang ni dah pandai kenal orang. if orang lain pegang dia pun, kena ada mamanya kat sebelah. kalau takkkkk. buka volume.. kalau daddy ada pun ok lagi..

pastu tak takut dengan 'amboiiiiiiii'..
bila kita mara, dia gelak-gelakkkkkkk balik.. hai laaaaa anak.. bertabah je laaa.. kita dok amboiii kat dia, dia elok gelak sengih-sengih.. T____T

kena sentiasa dekat..
yang ni bukan start 5bulan je, dari sebelum-sebelum ni pun gitu laaa.. tido pun nak kena berteman. adoiii.. macam puteri raja budak kecik sorang ni. kalau dia tido bawah, kita bangun, dia pun elok jaga. padahal nak tidokan dia cukuppp la payah.. tido kat buai pun sama.. manja bebeno nih.. ikut perangai sama ni zahra?? mama tak kan?? kahkahkah

kuat menjerit/melalak..
haaaa, yang ni memang tak tahan telinga dibuatnya.. dia kalau melalak, bukan kemain lagi. kadang tu kita nak masak, tinggal dia kat depan, bukan kemain nangis nya. padahal dapur ngan ruang tamu setentang je.. bukan tak nampak pun. nangis sampai kuar airmata. bila datang dekat, elok gelak-gelak.

pandai minta dukung..
yang ni tak tau la sapa yang ajar.. hahaha.. nak kata kita ni rajin dukung dia tak pun. daddy nya pun takde la ajar nak berdukung je.. ni nampaknya dia ajar diri dia sendiri ni. haha.. 

apa lagi eh???

erm.. nanti la cerita perkembangan lain eh.. panjang sangat dah ni.. kang jemu nak baca.. hihihi..



nota : masih mengharap ada masa untuk balas jejak kengkawan. T______'T

16 comments:

  1. macam2 ragam anak sekarang.. sabar jelah, sementara zahra masih kecil lagi.. nanti bila dia dah besar, rindu plak nak dia kecil balik..

    ReplyDelete
  2. Separation anxiety tu normal pd semua baby..bila dah setahun ke atas baru ok sikit. Dah kurang melalak insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Seronok kan Mimie tengok perkembangan anak depan mata.
    Semakin cerdik. Amboi marah tu masih tak faham lagi Zahra ingat mesti begurau itu yg dia sengih ketawa aje:)
    Makin comellah:)

    ReplyDelete
  4. alahai comelnya dia. geram kat pipinya tu

    ReplyDelete
  5. Seronok melayan kerenah dia masa kecik ni

    ReplyDelete
  6. amboiiii.. pipi diaaaa... geramnyaaaa... hihihi..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. bak "cekodok" dua biji tu.. ehee

    ReplyDelete
  8. SALAM DAN HI , JEMPUT UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' MENANGI HADIAH LUMAYAN SEBUAH IPHONE 5S ORIGINAL DAN HADIAH-HADIAH LAIN. ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan. Sama la nama anak kita. Anak nuha pun nama zahra. and sama.. tak boleh ditinggalkan sorang. Bersungguh dia nangis!

    Jemput ke blog nuha.. ada entry "saya dah boleh main bola..!"

    ReplyDelete
  10. firash xkenal org lagi.
    ok lagi lah xmelalak
    tapi bile orang lain yg dia xpernah jumpe mesti dia tenung lame2 pnye
    besar dah zahra
    lagi macam ragam la kan

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah...
    Comel sgt zahra ini tau,geram aunty azie tengok
    Hope 1 hari nanti kita jumpa yerk zahra leh geng dengan alisya

    ReplyDelete
  12. Hehehe...comel je...azwa sampai 8 bulan okey je orng amik..lepas tu xmo dah...kena umpan dulu..hehe...

    ReplyDelete
  13. haha! ajar diri sendiri utk dukung eh zahra. pandai. good job girls. hhihi!!!

    cantiknya mimie :D

    ReplyDelete
  14. seronokkan bila diingt blk.

    rania pon sama kalu kita hilang dr mata dia pergi dpur msti cri.dia akan menyulur sampai ke dapur.

    nk bunyi tu tak la. td nth mcm mna kening terkena bucu.nangis la. sian sangat. salah ciksu la saja main nyorok2.huhu

    ciksu x buat lagi perkembangan rania.
    nk gabung terus 1-6 bulan. sekali harung. pastu 7-12 tpi utk sendiri puny sntiasa update.

    ReplyDelete

Sponsor

Comments