Ahad, 31 Ogos 2014

Baru Je Berpisah Kejap..

8:49 PTG 7 Comments
Assalamualaikum.. Selamat malam…

Baru je berpisah kejap.. dah terbit rasa rindu 200% tu.. sabar je la.. sekarang dah ada kat ipoh.. en.suami pagi tadi dah gerak balik Melaka.. balik Melaka sebab ada kenduri disana. Esok baru balik gemas..

Aduhai hati.. sabar je la.. dugaan.. dugaan.. Yela, berbulan kan dah dok sekali.. tup-tup berpisah jap sebab tengah tunggu masa ni.. kena kuatkan hati.. kena kuat!.. kalau x, karang bergenang airmata la pula..

Kat ipoh ada family.. so en.suami tak perlu nak risau sangatkan.. lagipun permintaan mak abah nak saya bersalin kat ipoh. Sekurang-kurangnya saya kat ipoh ada family. Kut-kut kalau saya nak deliver, time tu en.suami kat sana kena duty malam ke, tetiba kena pergi memana ke, susah juga kan?

Segmen : Blogwalking Bulan Kemerdekaan.

12:00 PTG 65 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera Semua..


Seperti yang dijanjikan, harini saya nak start buat segmen. Segmen yang mudah je pun.
Tujuan Segmen : Saya nak blogwalking blog kawan-kawan semua. Senang bila ada link blog ni. Tak la tercari-cari. Yang penting sila letak URL BLOG YANG BETUL ye.
Sambil tu saya nak penuhkan masa terluang yang ada sebelum baby lahir.. =)



Syarat :

1.   Buat Tajuk Entry : Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan.
2.      Tempekkan Banner yang ada ni dah linkkan ke blog saya ye.
3.      Kalau sudi follow, follow la ye. ( Bagi yang pertama kali jejak diri ke blog saya) Jangan risau, saya pasti akan follow awak semua balik.
4.      Tarikh Bermula : 23 Ogos 2014
5.      Tarikh Akhir : 31 Ogos 2014
6.      Jangan lupa,tinggalkan URL Segmen awak semua di kotak komen ye.

Mudahkan?



Mekasih Buat Yang Sudi Join Sama. ^_^



Senarai Peserta saya akan update bila tamat segmen ye..



Jumaat, 29 Ogos 2014

Pro & Kontra Alahan Mengandung Buat Diri Saya

1:30 PTG 14 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Petang semua..

Tajuk Bukan kemain panjangkan. Kena tulis jelas-jelas, supaya nanti orang tak tersalah paham pula. Apa yang pro & kontranya bila saya kena alahan mengandung? Erm, besar juga la perubahan ni dalam diri saya.

Saya start mabuk dari awal pregnant lagi. Lebih kurang 4week tahu pregnant, saya dah start pening, tak sedap badan. Tapi time tu hanya saya & suami je yang tahu. Orang lain tak tahu lagi. Masa mabuk tu, saya paksa diri untuk makan. Sebab saya tahu, nanti masuk 2-3 bulan ke atas, confirm tak lalu nak makan kan.

Masa awal-awal tu paksa makan sampai mak pelik saya ni asik makan je. Memang kuat makan la senang cite. Saya terpaksa cover, minum air banyak. Takut kurang air, badan lembik, kang kena pergi hospital masuk air pula. Tak sanggup rasanya nak serah diri seawal tu. Masuk 2-5 bulan akhir, memang tak lalu makan. Makan pastu muntah.

Bila makan, pastu muntah, maknanya saya kena jaga makan. Kadang rasa macam bagus betul bila kena jaga makan ni. Ambik makanan yang kita serasi je. Even boleh muntah, tapi kita akan ambik makanan yang takde la nak merapu raban kan.

Tapi lepas dah habis alahan, masa tu ngam-ngam masuk 6bulan, saya dah boleh makan itu ini. Tapi masih dalam keadaan berjaga-jaga. Takut nanti tak kena ter-uweek balik. Ada la kut sekali 2 masa 6bulan jadi camtu. Pastu dah ok. Masuk 7bulan, bulan puasa time tu. Time tu menggila nak makan kuih. Haha..

Makanan macam nasi ke yang lain xde sangat. Tak heran. Time tu mood makan membuak-buak. Selagi boleh makan, nak makan je.. geleng kepala en.suami tengok. Nak buat macam mana. Asik lapar je. Trimester pertama dan kedua alahan kuat kan, masuk trimester ketiga mula balun makan merapu-rapu.

Pro & kontranya kat sini, sampai ke 9bulan ni, bila kena alahan, makan berjaga-jaga. Bila dah hilang alahan, makan menggila. Tu pasal la MGTT pun boleh sangkut. Haha.. padanlah dengan diri sendiri. Nak buat macam mana, nafsu makan tu susah nak stop. Bak kata en.suami, ada membela kan.. ye, membela yang dalam perut ni sekali. Sebab tu la mulut tak henti-henti makan. Hehe..

Sampai 1 tahap, dress labuh yang biasa pakai pun nampak sendat tang perut. Confirm baby naik mencanak juga dalam perut ni. hehe.. takpelah nak, janji awak sihatkan.. Tetiba rasa rindu pula dengan mabuk alahan tu. Ehh, bukan la minta, TAPI, walaupun mabuk alahan tu kadang-kadang kita rasa lembik, tak larat dibuatnya, tapi tu la kenangan terindah buat diri saya. J

Jangan pernah merungut/mengeluh tau kalau kena alahan even sampai dah nak bersalin, semua tu ada hikmahnya. Saya sendiri nampak apa yang baik & buruknya pada diri saya bila kena alahan tu.. =)


Khamis, 28 Ogos 2014

Keperluan Baby Baru

9:03 PG 45 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Pagi semua..

Pagi ni saya just nak share antara barang keperluan baby yang baru lahir. Senang kata baby first macam saya ni la.. senang bila buat list kan.. Nanti akan datang senang nak rujuk. Ni pun list yang orang bagi pada saya, yang saya rujuk dari mana-mana blog (minta halal ye) dan juga PaMa.




If ada yang saya tertinggal ke, inform la ye kut-kut benda tu penting tapi saya tak perasan. Maklumlah, first baby kan. Macam baju memang saya tak beli banyak pun. Setakat ni ada 7pasang je. Tunggu nak scan kat ipoh minggu ni hope dapat la nampak jantina baby. Adakah sama dengan yang HTD bagitahu ke tidak.

Pastu kalau dah sure, baru tambah. Bukan tak nak beli yang unisex. Kang keluar perempuan, banyak pula pakai baju tshirt je.. hehehe.. nampak tak cun pula kan.. :P
Kang asik beli kaler biru, hijau, putih, tup tup girl, takde pula baju pink-pink kan.. haha.. (pada hakikat mama awak kureng ngan kaler pink2 nak oii)



Macam mandian, bedak tu saya ambik pek travel je. Sebab kecik comel je kan. Senang nak bawa sana sini. Lagipun kita tak tahu baby nanti alah ke tak dengan benda tu. So nak selamat, saya ambik pek travel dulu. Kalau habis kita beli hat lain pula kan.. J


Ok la.. setakat ni je la dulu ye.. nanti saya share yang lain pula ye.. ^_*

Maaf kalau ada terkurang ye. list yang korang boleh rujuk dari segi perkara la.. macam bilangan tu sebab saya nak tahu berapa kuantiti yang saya ada.. tu je.. ^_*
Yang mana kosong tu, maknanya memang saya tak beli lagi la..

Rabu, 27 Ogos 2014

WW : 37 Weeks

10:06 PG 19 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Pagi..


alhamdulillah.. 3minggu lagi dari sekarang.. semoga dipermudahkan segala urusan untuk berjumpa dengan Permata Hati ini..

amin..

Selasa, 26 Ogos 2014

Sample Pampers Free

9:30 PG 40 Comments
assalamualaikum..

ni cerita sebulan lepas juga. malas betul kan nak update awal-awal. yang ni tak update awal pun sebab barang ni sampai kat ipoh. raya haritu minta adik bawakan masa balik kampung.
tetiba bulan puasa haritu terlebih rajin. hihi..

isi form mana-mana yang boleh tuk dapatkan sample free.. hehehe.. dah nama pun free kan.. siapa yang tak nak. betul tak?


dapat 2 pek pampers baby. 1 pek tu ada 4. boleh la kan buat tambah-tambah. sambil tu kita gunakan nanti kita tahu ketahanannya macam mana. pihak dorang pun minta bagi feedback balik. tunggu baby i keluar dulu ye.. baru dapat bagi feedback.. hihi

pastu bila kita sign up, dapat beg comel ni tau..


comel je beg ladybird ni. kecik je begnya. jadilah kan.. 

kalau ada mummy-mummy yang nak sample ni, sila la terjah sini >> http://www.drypers.com.my << ye.. 

^_^

Isnin, 25 Ogos 2014

Hadiah Sebagai Pengomen Tegar

10:00 PG 15 Comments

assalamualaikum..

ni cerita dah basi sebenarnya.. dah bape bulan berlalu pun.. T_____T
rasanya cerita bulan 4 ke bulan 5 ntah. lupa dah.. masa ni kak farah a.k.a +mrs. secretary pos hadiah ni. saya bagi alamat di ipoh. sebabnya baru pindah gemas. jadi tak tahu macam mana keadaan kat sini.

so bila pos kat ipoh, bulan 6 dah penghujung baru balik sana. pastu ambik bawa ke gemas ni. pastu penyakit malas dah datang, langsung tak update pun kat blog. tapi ada inform kat kak farah kan kak.. nak whatapps takde nombor fon la pula.. hehe

actually saya suka je masuk blog kak farah ni. best. ngan kisah dia berjalan sana sini tu yang syok nak baca tu. rugi tau kalau tak kenal dengan kak farah ni. dia peramah orangnya.. :)

so kalau nak kenal ngan kak farah, terjahlah blog beliau ye.. ^_^

Ahad, 24 Ogos 2014

BAKAT dan Majlis Penghargaan

11:00 PG 20 Comments
Assalamualaikum..

Ni cerita hari sabtu (23.08.2014) ye. Hari sabtu tu ada program BAKAT tuk wife army (Armor). Ikut hati malas nak join. Malas join tu cakap mulut je. Sebab tengah badmood masa en.suami bagitahu. Tapi dalam hati biasa je. Sebab tahu boleh pakat ngan wife kawan en.suami, so xde la sunyikan..

En.suami kata wajib pergi. Sebab dia last dalam unit tu. Isnin ni dah lapor dalam unit baru. Tapi masih dalam kem gemas ni. Jadi pegawai dia minta wife hadir sama sebab last join bakat dalam group armor tu. So hati rela kan je la pergi. Ntah napa hati ni okey je pula.

Masa majlis mula-mula dorang adakan perbincangan tentang etika dalam bakat. Dari segi pemakaian dan sebagainya. Tapi dek kerana saya duk belakang, pastu dalam dewan masing-masing pun dok bersembang, jadinya saya pun bersembanglah. Hehehe.. duk dengar sikit-sikit je. Nak tumpu tak boleh sebab bising.

Nak tengok slide kat depan, tak berapa clear. Cermin mata pula tak bawa, tu yang layan sembang tu. Tapi kalau masing-masing kusyuk, rasanya dewan senyap, dapat juga tumpu. Tetiba rasa rugi la pula.. tetiba nak menyesalkan.. ntah pape je.. T_____T

Selesai perbincangan tentang tu, dorang adakan majlis penghargaan kut. Tak tahu nak kata majlis apa yang sesuai. Dorang serahkan plaka pada wife-wife army yang mana suami nak bersara, pastu posting unit. Actually saya tak tahu pun akan terlibat sama. Sebab en.suami tak bagitahu pun. Maybe dia takut kalau bagitahu nanti saya nervous ke tak nak pergi pula.

Alaaaaaa, relax la.. bab-bab naik stage ni I like je okeh.. hehehe.. masa sekolah dulu jadi MC laa.. ok, back to the topic, masa dorang nak serahkan plakat tu dorang ikut skuad.. ehhh, betul ke ejaan??? Hentam la.. masa tu dengar tak dengar. Tumpu tak tumpu. Pastu tetiba turn dorang nak bagi pada 35wksyp. Terus tumpu jap. Sambil tu kawan en.suami cakap, dia tak suka nak naik-naik stage. Sembang kitaorng spontan je.

Tak terpikir pun kitorng memang kena naik nanti. Haha. Saya pula cakap kat dia sambil gurau, ntah-ntah nama kita pun ada tak. Haha!.. klakar je rasa. Sekali dia sebut nama, then diikuti nama suami. SAH! Nama kena panggil. Baru je lepas gurau-gurau. Tapi sebab tak jangka kan, jadi takde la nervous sampai tak terlangkah ke apa. Hehehe

Yang serahkan plakat tu wife CO, wife OC dan sapa eh sorang lagi.. adeh.. tak perasan la pula.. maaf ye.. sebab saya masih baru. Jadi tak kenal sangat orang kat dalam bakat tu. Kenal tak habis, dah kena tukar join bakat dalam unit baru en.suami nanti.

Kebanyakkan yang terima plakat ni kalau tengok muka akak-akak senior je. Maklumlah, suami pun dah bersara kan. Tup-tup kena kat kitorang, ada yang pelik. Sebenarnya suami saya tukar unit lain. Tak sangka diberi juga. Rezeki baby.. ^_^



Masa naik stage sempat lagi wife CO tegur, pregnant ke.. haha.. bila cakap ha’ah, terkejut dia. Bila dia kata dah bape bulan lagi dia terkejut sebab saya kata tunggu hari..hehehe.. yela dah 36week 4day kan. Hehe.. rezeki baby la daddy awak dapat tukar unit baru.. hehe.. wife OC pula terkejut sebab nama saya kena panggil. Yela, tetiba je kan. Bila saya kata sebab suami tukar unit, terkejut dia..

Tak sempat nak kenal rapat dengan wife OC tu pun. Sebabnya sekali dua je jumpa. Tu pun masa baru-baru pindah haritu. Pastu saya pula tak cam orang sangat. Hehe.. Pastu saya pula dah tak join dah group bakat tu sebab suami bertukar unit.

Selesai majlis tu semua, dorang ada la jamu makan sikit. Siap ada kuih raya juga. Pastu pasang pula lagu raya. Ewaaaaaahh, feeling raya lagi ko.. hehe.. Rupanya gitu la majlis bakat kalau time raya. Petang ada jamuan raya. Tapi tak dapat nak pergi. So tak tahu la macam mana suasananya.

Kita dapat attend yang ni pun ok la kan. Majlis selesai ngam-ngam kul 12tenghari.. ^_^

Nanti kita tengok bakat di unit baru en.suami tu macam mana pula kan.. best ke idok.. huhu



BAKAT : PROGRAM yang diadakan buat para isteri tentera. Hanya isteri-isteri sahaja yang terlibat. Program ni termasuklah sesuatu perbincangan ke, aktiviti permainan ke, pertandingan ke, apa-apa je la yang boleh dilakukan. BAKAT ni juga penting bukan setakat untuk para isteri. Yang saya tahu, ia juga penting untuk menyokong suami kita dari belakang. Contohnya dalam kenaikan pangkat dan sebagainya.

Penglibatan para Isteri dalam BAKAT ni diambil kira. Setiap majlis yang diadakan akan dicatit setiap kali kehadiran sebagai rujukan. Tapi saya tak pasti pula BAKAT ni singkatan pada apa. hehe





Jumaat, 22 Ogos 2014

Perbincangan Bersama Pakar Pemakanan

10:33 PTG 8 Comments
Assalamualaikum..

Haritu saya ada kata yang 22hb kena dengar ceramah kesihatan kan? Actually bukanlah ceramah pun. Sekadar perbincangan kut. Sebab bukan ramai pun yang kena dengar. Tadi pun 1 group saya just 3 orang.

Kenapa tak ramai? Sebabnya dorang pilih. Pilih sebab haritu lepas buat BSP doctor dah tulis siap-siap kena dengar la perbincangan sikit dari pakar yang datang dari putrajaya tu. Ok la bagi saya. Ingatkan tak dapat pergi. Tapi sebab en.suami kerja, so saya luangkanlah masa pergi ke sana. Dengar la apa yang patut.

Perbincangan tadi pakar tu tanya juga makan apa pagi sebelum hari yang kena berpuasa tu. So dia pesan supaya berjaga-jaga takut nanti lepas masuk umur 40tahun kita boleh dapat kencing manis yang kekal. Huh! Kena jaga-jaga makan ni.

Then pakar tu bagitahu juga tentang sukatan makanan yang perlu diambil. Actually apa yang menyebabkan kita boleh dapat kencing manis ni kalau kita terlebih ambik karbohidrat dalam pemakanan kita. Contohnya macam nasi, mee, roti, biskut dll..

Gulp! Terkejut jap. Saya sekarang menggila sukakan roti gardenia yang Rm0.80 tu. Patutlah kalau kurang makan pun, berat still naik sebab kuat makan roti. Nak buat camne, tersuka pula dengan roti tu. Then sebaiknya juga makanlah buah sebelum kita makan nasi.

Pastu pakar tu juga bagitahu, buah kalau kita buat jus, kandungan gula dia tinggi walaupun buah tu kita tak bubuh gula. Sebabnya bila kita buat jus, bermakna kita blender buah tu. Jadi kandungan dia terkumpul. Fuhh, gitu.. baru plan nak buat jus buah selalu balik ipoh nanti.

Erm, lagi 1, saya tanya juga adakah minum soya tu tak bagus. Sebab banyak pandangan yang saya dengar macam-macam akan terjadi pada baby bila lahir. Bak kata pakar tu, kacang soya elok sebenarnya. Cuma ianya bergantung pada ketahanan badan seseorang tu. Fuhhh, lega sekejap bila dapat tanya tentang isu soya ni.

Ada yang kata nanti anak kena eczema la, ada yang kata kena kanser la, sapa yang tak risau kan? Betul tak? So bila ada peluang bertanya, jadi saya bertanya la. So lepas ni tak perlu la nak ragu-ragu sangat tentang minum air soya ni. boleh minum, tapi janganlah minum sampai tak berhengat ye..

Then lagi 1 elok juga makan tempe, tauhu. Haaaaa, yang tu pun kang dibuat dari kacang soya juga. Jadi macam mana nak elak kata kacang soya not good kan? Dah la saya suka makan tempe goreng sekarang ni. bak kata pakar tu, goreng tempe tu biar sampai minyaknya tos betul-betul baru makan.

Baiklah.. kena beringat sekarang ni. apa-apa pun semua ni bergantung pada ketahanan seseorang. Jangan terlalu risau nak makan itu ini. Tapi saya tetap juga risau. Mana taknya, risau baby dapat sakit, kita juga yang salah sebenarnya kan. Sebab tak jaga makan.

Apa-apa pun tawakal la.. moga-moga baby kita akan sentiasa dilindungi Allah.. buat masa ni minum air zamzam. Dah habis stok la pula. Ingat nak cari air safran la pula esok. Harap-harap la jumpa.





Nota : sedih.tak dapat balik ipoh harini.postpone next week.hope baby belum bagi hint nak kuar lagi ye nak.tunggu sampai ipoh.sedih mama awk ni.. :’(

Khamis, 21 Ogos 2014

Suka & Tak Suka

11:39 PG 9 Comments
Assalamualaikum..

Orang selalu kata, kalau time pregnant ni mesti ada benda yang kita suka buat dan ada benda yang kita tak suka buatkan.. kadang benda tu kalau tak pregnant, jangan harap la nak buat.. tapi time pregnant mesti sebaliknya..

Sama la macam saya sekarang ni pun. Sepanjang 9bulan pregnant ni, ada beberapa perkara yang saya perasan yang dulu suka buat, time pregnant tak suka buat / tak buat langsung. Adatlah tu kan.. Perubahan yang normal sebenarnya pun.

Salah 1 perkara yang saya perasan bab pakai tudung. Kalau sebelum pregnant, ok je kalau nak pakai tudung bawal ke, selendang ke, tapi time pregnant ni selendang langsung tak tersentuh. Sentuh nak kemas adalah. Nak pakai memang tak la.. kalau tudung bawal pula time kerja suka pakai. Tapi kena time pregnant ni cukup malas. Malas nak iron. Haha!..

Pastu kalau sebelum pregnant ok je kalau nak bermakeup-makeup sikit kalau nak kuar. Tak kisah la nak pakai mascara ke apa.. Kena time pregnant ni, usah harap la ye. Cukup la sekadar tempek krim muka ngan bedak je. Lipstick pun jangan harap la.. aduhai.. pemalas sungguhkan.. Bajet dah cun sangat okeh kalau tak bermakeup pun. Lepas beranak ni takleh la nak comot-comot. Lari cik abg karang xmo jalan sebelah. Hehe

Pastu barang kemas. Kalau dulu nak kuar mesti nak pakai cincin tunang ke, cincin risik ke, cincin kawin ke, mesti nak terselit la antara 1 tu. Tapi kena masa pregnant ni, cukup malas nak pakai. Pakai pun cincin sedia ada yang mak bagi tu. Cincin yang dah dipakai dari tahun 2008 lagi. Tapi sekarang tak pakai apa dah. Takut jari gemok, lupa buka bengkak pula kan. Kalau rantai leher ke, jangan ditanya la ye. Memang tersimpan rapi je.

Pastu kasut kalau time keluar. Dari awal pregnant sampai ke sudah 1 kasut tu je kalau digunapakai. Haha!.. Jimat sesangat. Langsung takde keinginan nak beli kasut lain. Memang la time pregnant tak boleh nak pakai heel kan, tapi ntah napa nafsu nak shopping kasut memang takde. Maybe sebab saya pun tak bekerja kan.. Jadi duit yang ada kena pandai guna.. kan..

Warna Pink. Ntah kenapa kurang berminat. Saya ada beli 1 dress yang bunganya warna pink, sampai ke sudah saya tak pakai.. huaaaaaaa… punya dasyat penangan pregnant ni. sampai nak pakai warna pink pun tak lalu. Kalau beli barang pun takde nak belek-belek yang kaler pink. Hehehe.. Tapi tak semestinya tak suka pink, baby boy dalam perut ni kn..

Pastu perfume. Sepanjang pregnant xpakai pun. kalau pakai pun sekadar deodorant je. tak tahan dengan bau perfume. naik pening dengan bau wangi2 ni. sampaikan sabun mandi pun takleh yang wangi2 sangat.

air soya. kalau tak pregnant tak suka minum. kalau minum kadang tu rasa nak muntah. kalau minum banyaklah. tapi masa pregnant suka sangat. tapi bila tahu yang air soya ni tak elok tuk kesihatan and baby, memang stop. hope baby takde pape lah. risau sebenarnya. tu pun memang tanya pendapat orang dan sebagainya.

kuih serimuka. masa belum kawin ke, belum pregnant ke, jangan harap la nak makan sangat. tapi masa pregnant ni boleh pula sampai terngidam-ngidam. tu la penangannya. kalau makan hari-hari pun tak kisah tau. tapi sebab bila makan baby asik laaaa nak tido, maka terpaksalah tinggalkan niat nak makan kuih tu. kuih berpulut menjadi kesukaan time pregnant. 

Erm, perkara-perkara lain, biasa-biasa je kut. Cuma ni antara yang saya rasa memang ketara la pada diri saya la kut. Senang bila kita catat kat blog ni kan. Kut-kut nanti pregnant second boleh tahu pe’el nya macam mana..

Yang first ni pun tak kuar lagi.. ada hati terfikir second baby.. haha.. :p
Ohhh, tidak..





Nota : Agak-agak baby girl ke boy eh penangannya ni.. erm.. tak sabar nak tunggu baby kuar.. sangat surprise baby ni.. 

Selasa, 19 Ogos 2014

Masuk Angin Pulak Dah!

8:30 PG 16 Comments
Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Harini baby dah masuk 36week. 9bulan dah dia dok dalam perut ni.. Alhamdulillah.. Macam tak percaya je dah 9bulan dia membesar dalam rahim ni. Macam tak percaya je ngandungkan anak sendiri. Syukur alhamdulillah Allah bagi nikmat merasa pregnant ni macam mana.

Pe'el terbaru sekarang ni yang saya alami ialah badan mudah masuk angin pula.. Allahuakhbar.. Dugaan Allah.. Tak merungut. Cuma bersabar je la debgan semua ni. 

Apa yang saya perasan start rasa tak sedap badan ni dari sabtu lepas kut. Sabtu tu saya ada tido dilantai. Mula2 berlapik. Sekali datang cik abang ni nyendeng sebelah, terus baring tak berlapik. Kebetulan cuaca petang tu sejuk. Last-last sampai ke malam effect nya seram sejuk badan.

Esoknya rasa macam dah ok je. Pastu cik abang sua kekacang. Ambik sikit. Dalam 2-3 biji kut. Pastu malam badan masuk angin. Sendawa angin. Pastu sendawa tu dok rasa kekacang tu. Padahal lepas makan kekacang tu ada je makan benda lain. Yang pelik bila sendawa, sendawa yang kalau kita masuk angin tu. Bukan sendawa kalau kita kenyang makan.

Pastu isnin semalam, tak tahu apa yang tak kena, malam dalam pukul 9lebih badan seram sejuk. Masuk angin lagi. Ya Allah.. Bertahan je la. Ambik sweater, pastu sekitar leher bubuh minyak cak kapak. Lega sikit bila rasa panas-panas badan. Tak tahu la apa punca. Tapi tadi siang ada minum air teh o laici sejuk.

Air teh O ni angin ke? Tak tahu pula saya.. Sebab sebelum ni minum okey je. Pastu yang saya perasan, saya makan keropok ikan yang digoreng tu pun boleh buat masuk angin badan ni. Pelik pelik. Makan kopok ikan pun angin???? Sebab apa saya kata angin, lepas makan dok sendawa angin, pastu rasa kopok tu..

Allah.. Dugaan mengandung pertama ni banyak juga ya.. Start masuk trimester ketiga ni macam macam wujud. Bertabah la demi baby. Fikir positif. Allah sayangkan kita.

Nanti la saya share yang lain ye.. Sementara memory masih ingat, kita share la pengalaman ni semua ya walaupun ianya tak menarik mana..

Nota : masuk angin dalam badan sampai nak membuang pun susah. Baby kerap mengeras. Sangat aktif. Baby dah nak kuar ke????

Isnin, 18 Ogos 2014

Checkup Ke-Sebelas

11:20 PG 15 Comments
Assalamualaikum..

Harini rutin seperti biasa la, pergi checkup. Harini checkup last di HTD (Hospital Tentera Darat). Harini juga keluar awal. Padahal rumah dengan HTD tu kalau naik kete 5minit je dah sampai. Nurse pelik kenapa saya datang awal. Huaaaaaaa.. Saya keluar awal niat nak beli kuih dulu sebenarnya. Tup-tup kuih semua dah licin walaupun baru pukul 8. Tension je.. Sebab lapar okeh!.. T_____T

Sampai je HTD dalam pukul 8.10pagi. saja buat lambat-lambat keluar kereta. Nurse tanya kenapa awal sangat datang. Senyum je la walaupun mood takde. Checkup harini pun rasa macam ntah la.. mood langsung xde. Check baby ok je. Tapi tu la, start semalam baby suka sangat mengeras-ngeras. Ya Allah, sakitnya Allah je yang tahu. Tapi sebab mood takde, nak tanya nurse pape pun tak semangat.

Berat naik lagi sekilo. Hebat ko syamimi. 2minggu lepas 50kg. La ni dah 51kg. ok la tu. Harap-harap baby membesar dengan jayanya ya. Nak kata saya yang membesar dengan jayanya pun takdelah juga. Biasa je. Naik badan ni pun sikit je. Normal la pregnant kan. Tak kan nak kurus, slim melim je. 

Tekanan darah macam biasa 90/60. Kan saya dah kata, tekanan darah saya ni tak kan berganjak dari angka tu kalau dengan nurse saya ni. saya pun tak tahu kenapa. Kalau nurse lain check ada juga naik sikit. Takpelah, janji kita ok-ok je kan?

Pastu nurse tanya juga ada tak doctor bagitahu haritu kena repeat buat BSP lagi.. repeat??? Rasa saya takde pun. So I say la takde. Tapi memang takde pun. Cuma seingat saya dia pesan Cuma control makan. Tapi yang tak best dengar bila nurse bagitahu dah bersalin nanti kena minum air gula lagi sekali. OMG!!!!!!!!!!!...

Minum air gula lagi?? Apa ke’hee nye ni nak kena minum lagi.. aduhai nye pun.. saya rasa naik trauma pula nak kena minum air gula. Tu la haritu gatal kan makan macam macam. T___T  
Tapi kan, kalau saya tak makan macam-macam, HB saya tak naik pula. Ater camne tu..

Harini nurse taknak pula check HB kita. Sedih la pula.. T____T  Sebabnya semalam beria la makan yogurt sume tu, ingat nak tengok hasilnya, tup-tup tak pula dichecknya.. takpelah.. tunggu nanti sambung checkup kat ipoh la pula macam mana resultnya.

Pastu 1 perkara yang tak best lagi, ikutkan hari jumaat ni saya dah nak gerak balik ipoh. Kan hari jumaat ni hari berkabung kan? So cuti la kan? Mak pula dah telefon, katanya kalau cuti gerak la pagi. Ok, hati dah berbunga-bunga. Sekali tadi nurse bagitahu jumaat ni kena datang HTD lagi. Hah?????? O_o

Bila tanya kenapa, katanya ada ceramah kesihatan.. T______T  huaaaaaaaaa… Time ni la nak ada ceramah pula.. Hilang mood terus dibuatnya. Dah la sebelum balik ipoh saya nak balik Melaka dulu. Jumpa MIL. MIL nak bagi something. Adehhhh, ceramuk perasaan ni. dah la ceramah pukul 10pagi baru start. Paling tidak confirm nak ke solat jumaat baru habis kan.

Pening-pening… Nak pergi ke tak nak ni?? Hati dah rasa down je rasa. Yang buat rasa down tu, kenapa la doc haritu tak tulis kat buku rawatan saya siap-siapppppppp!!.. Ni orang dah plan itu ini, camni pula. Kalau ceramah tu selesai tengahari, silap-silap lepas solat jumaat baru gerak. Tu belum lagi nak turun naik nak letak barang kat kereta lagi.

Pastu nak gerak ke Melaka kat 2jam. Nak potpet potpet sekejap ngan MIL, pukul berapa pula nak gerak sampai ke ipoh???? Memang la tak perlu rushing-rushing.. masalahnya kang dah lewat-lewat petang nanti takut jalan jammed 1 hal. Karang hujan ke apa, 1 halnya.

Takpelah.. ikut atas keizinan en.suami la.. kalau dia kata takyah pergi, takyah la pergi. Kalau dia kata pergi, maka menapak je la kaki ni ke sana dulu.. huaaaaaaaa…. T_______T
Tunggu je la masanya sampai ke hari khamis ni. apa keputusan en.suami kan..


Update : Ada yang confiuskan kenapa saya kena repeat minum air gula dalam pantangkan? Meh saya bagitahu. Tu la, tulis tak habiskan.. confius orang baca. Nurse cakap repeat minum supaya nak pastikan saya ni sebenarnya takde kencing manis. cuma masa pregnant je ada. Masalahnya, dalam PANTANG dah la memang kena PANTANG makan, macam mana la nak detect ada kencing manis ke tak. Sabar je la.. Nurse ni sangat prihatin sungguh. Rasanya kena buat dalam 6minggu pantang kut. Harap2 la nurse terlepas pandang.. Plissssss.. T______T


Nota : menaip pun dah macam penuh emo je kan?? T_____T

Nak . . .

10:19 PG 7 Comments
Assalamualaikum semua..

Kita rasa kan...






Macam..






Nak buat sesuatu la....






Boleh tak???








Nak buat.....


















Segmen..







Ada yang nak join tak nanti??









Alaaaaaaaaa...









Sekadar suka-suka je...









Tunggu eh..






=)

Ahad, 17 Ogos 2014

Tempe Goreng Simple

9:00 PG 23 Comments
Assalamualaikum..

Kata anak jawa kan? haha.. tempe mana boleh tinggal.. ye dok?


ni saya goreng pakai tepung goreng serbaguna tuk goreng ayam. sedapnyaaaaa la hai.. makan pula time panas-panas. dengan ranggup-ranggupnya tu.. haiiihhh.. terliur balik dibuatnya.. 

guna tepung goreng ayam bestari je ni.. mudahkan.. ^_^

Jumaat, 15 Ogos 2014

Yogurt

8:52 PTG 15 Comments
Assalamualaikum..

Sejak seminggu 2 ni, (dari 34week) tersuka pula makan yogurt ni. sampaikan dah habis stok nak kena cari lagi. Kalau sebelum-sebelum ni, makan mesti tak habis. Peram je dalam peti sejuk tu. Cukup masa buang.



Tapi sekarang tak dah. Tak cukup lagi ada. Hehe..

Mak pernah la belikan yogurt camni masa pregnant 2-3 bulan dulu. Tapi rasa tak boleh nak masuk tekak. Kan rasa dia masam-masam sikit. Orang kalau ngandung nak makan masam masam. Tapi saya pula terbalik. Ada benda masam yang boleh masuk, ada yang tak.

Macam mangga muda, sampai nak bersalin ni pun saya tak heran. Memang tak makan pun. Takde pula keinginannya. Pelik-pelik. Ikut tekak kan.

Yogurt ni memang baik tuk kesihatan pun kan. Mak dulu sarankan suh saya makan selalu. Sebabnya apa eh.. alaaaaa, lupalah pula. Tak ingat la.. Maklumlah, time pregnant ni kan ada masa-masa kita jadi pelupa kan. Hehe.. tuk dapatkan kulit baby cantik ke tuk elakkan dari baby kena kuning.. camtulah mak bagitahu..


Haritu masa saya nak checkup last tu, malam tu makan yogurt. Tapi separuh je. Tak sangka pula HB naik ngam-ngam. So next week isnin ni ada checkup lagi. Nak try makan. HB naik ke turun. Tengah nak bereksperimen juga ni.. hehehee..

Beberapa Hari Je Lagi..

8:57 PG 19 Comments
Assalamualaikum.. salam jumaat semua..

Syukur Alhamdulillah, bertemu lagi kita dijumaat yang indah ni.. start dari jumaat yakni harini hingga ke minggu depan, lagi bape hari je lagi akan bersama dengan en.suami. Means akan tinggal dengan dia.

Start dari jumaat depan, saya bakal balik ipoh. Sebabnya next week dah masuk 36week. Allah.. syahdunya rasa. Serius, siapa yang sanggup nak tinggalkan pasangan kita sendirian kan? My mum & my dad minta saya bersalin kat ipoh. Sebab kat gemas ni jauh dari hospital. Kalau nak pergi pun hospital segamat. Secara total dari kem ni 20+ Km. So risau segala kemungkinan boleh berlaku masa on the way tu..

So ambik la keputusan balik ipoh. Lagipun mak abah ada kat sana. Nak ke hospital pun tak la jauh mana. Before ni terfikir nak bersalin je kat sini. Sebab sian kat en.suami. Tapi nak buat macam mana. Mak abah lagi risaukan anaknya ni. Tak kan saya nak membantah. Nak-nak kita ni takde pengalaman lagi.

Pastu pula sebab saya kan duduk umah tingkat 4. Risau juga kut-kut sakit tu datang, nak bergerak pun susah. So fikir panjang la kat situ. Masa entry ni ditaip pun dah rasa sebak!. Bergenang je airmata ni dok fikir macam mana la dengan en.suami nanti. Sian dia. Confirm sunyi je umah nanti dia takde kawan sembang.

Even saya dah sarat ni pun Alhamdulillah masih boleh masak tuk dia. Terpaksa la lepas ni en.suami berdikari sekejap sementara ketiadaan saya. Dah terbayang macam-macam dah. 4bulan tinggal bersama. Tup-tup nak kena ‘berpisah’ kejap demi baby dan keselamatan diri.

Before ni pun en.suami ada juga bersuara.. macam mana la nanti kalau saya takde kat sini. Mesti sunyi. Ya Allah, tak terkeluar suara dibuatnya. Hanya mampu senyum walaupun dalam hati sebak sesangat. Memang la masa mula-mula pindah rasa tak suka duduk kat sini. Tapi sebab fikirkan pasangan, tu lebih pentingkan. Tapi sekarang dah ok dah. Dah boleh terima keadaan kat sini.

Moga-moga Allah bagi kekuatan kat saya. Kekuatan juga pada my dear. Kalau ikutkan my mum dia dah ajak saya balik sekali masa awal raya haritu. Tapi saya taknak. Jumaat depan en.suami yang akan hantar. Tak sanggup rasanya nak lepaskan dia balik sorang-sorang nanti. Lagipun saya nak buat checkup last kat HTD ni. Lepas ni mesti rindu dengan checkup kat HTD ni.. :(

Lepas ni rindu-rinduan balik la macam sebelum ni. nampak gaya lepas ni phone kena sentiasa la ada disisi..

Kuatkan hati.. !

InsyaAllah boleh, walaupun rasa berat je. Fikir positif. Sekurang-kurangnya nanti bila sakit nak deliver datang, family ada disisi. Mak ada bersama. Hope baby nak kuar nanti minta-mintalah time ayah dia balik ipoh. I need my husband too..

Mak nak saya balik ipoh pun sebab nak tengok saya rehat. Dia taknak nanti sampai masa nak bersalin, hilang segala tenaga. If duduk umah tingkat 4 ni takut nanti habis tenaga dok turun naik pula. Then mak dah janji nak masakkan apa yang saya nak makan before deliver ni. Ok, fikir positif. Sedapkan hati.

Dah terbayang-bayang masakan mak. Rindu nak mak masakkan apa yang dah lama saya tak makan. Kuih-muih yang mak selalu buat, rindu semuanya. Paling syahdu masa raya kedua haritu masa sembang-sembang. Mak siap cakap lagi, nanti balik ipoh mak buatkan jus-jus buah. Allah.. kasih mak pada anaknya. Nak baby nanti lahir sihat, maknya ni pun sama.

Serius, perasaan sangatlah berbelah bahagi. Macam-macam perasaan timbul. Ya Allah, moga dipermudahkanlah nanti. Kalau gemas dengan ipoh ni dekat takpelah juga. Ni jauh. Kalau tak tempuh 5-6jam tu, jangan dikata la..

InsyaAllah, saya akan cuba manfaatkan masa yang ada kat ipoh nanti dengan sesuatu yang berfaedah sementara nak tunggu baby keluar..

* suasana pagi ni. hujan baru reda. Ya Allah.. dah beberapa hari hujan kat sini. rasa sayu pula hati ni *



nota : time ni berbelah bagi nak tinggalkan suami. Nanti dah balik ipoh, kena balik gemas balik, berbelah bagi nak tinggalkan mak pula.. adehhhh.. macam-macam perasaan ni.. T____T

Khamis, 14 Ogos 2014

Throwback : Kenangan Pertama Puasa & Raya Di Kem.

9:00 PG 16 Comments
Assalamualaikum..

Tajukkkkk.. tak beringat. Beriye sangat la throwback nya tu. Haha!.. Boleh la kata throwback ye. First time kan alaminya. Tahun pertama dok berpuasa jauh dari family. So bila tercatat kat sini, nanti kut-kut la dah 3-4 tahun akan datang terbaca balik, haaaa, tahu la situasinya macam mana kan? Ada beza ke tak.. Ye dok?

Pertama kali berpuasa dengan en.suami.. sebelum ni kalau dok dengan family, haremmm la nak bangun awal tolong mak masak time sahur ke buat pape yang patut. Tapi bila kena turn sendiri ni, baru tahu. Nasib la saya ni jenis memang bangun sahur. So tak susahlah nak bangun pagi.. *Yelaaaaaa sangatkan*

Hari first sahur, tido malam ni dok beringat-ingat tau. Kunci alarm banyak-banyak kali. Takut tak bangun punya pasal. Tahu-tahu je la.. time tu baru masuk 7month. So dah kira sarat juga kan. Takut nanti tak larat nak bangun ke apa, jadi kena la alert2 sikit. Tido pun dah macam tido ayam je rasa.

Macam nasi saya masak siap-siap. Sebab takut terlambat jaga, nasi dah ada kan. Tinggal panaskan lauk je. Disebabkan puasa first, lauk yang makan semalamnya ada lagi. Jadi senang la sikit. Terbangun pukul 4setengah ke, 4.45 pagi pun takpe. Bila dah masuk hari berikut-berikutnya, situasinya sama juga. Malam-malam masa orang terawih saya masak nasi siap-siap. Masak lauk siap-siap. Time berbuka kami tak terus makan nasi.

Jadi tak la kena kalut-kalut sangat nak masak time berbuka. Time puasa kalau berbuka mesti nak kena ada kuih. Kuih selalunya beli je. Kecuali la kalau kuih buah Melaka ke, saya buat je la sendiri. Bukan susah pun, kan. Pastu masa bulan puasa haritu kan tengah ada perlawanan bola pepagi kan, kadang senang sikit nak bangun. Sebabnya en.suami dah bangun dulu. Jadi dok dengar bunyi tv, senang la bangun.



Pernah juga la sekali ke 2kali terbangun lambat. Tengok jam dah pukul 4.50pagi. kalut tak beringat. Nasib la nasi dah masak. Lauk main hentam je la masak. Haha!.. goreng telur je, pastu goreng sayur. Siap. Lagipun kami berdua tak lalu mana pun nak makan pepagi. Saya memang tak makan banyak. Sebabnya lepas makan nasi, saya mesti nak makan roti yang Rm0.70 tu.

Ehhhh, panjang pula cerita pasal sahur. Kahkahkah!.. kalau dari segi situasinya pula, umah saya ni dekat dengan surau. Senang kata turun tangga, jalan sikit dah sampai surau tu. Kat surau tu ada buat terawih. Jadi malam-malam memang dengar dengan jelas la segala bacaannya. Dorang habih kul bape pun tahu. Syahdu je rasa. 

Budak-budak pula bukan kemain riuh rendah dok main mercun. Saya kan masak time orang tengah terawih. Siap terkejut-terkejut dibuatnya. Erm, sebelum orang dok fikir bukan-bukan kenapa saya tak pergi terawih, baik saya bagitahu ye. Saya tak larat nak turun naik tingkat 4. Umah memang tingkat 4. Tapi secara total bila kira naik tingkat 5!.. sebab bawah sekali tempat parking. Tak larat ok nak turun naik banyak kali. Dah la dah sarat. Dengan keadaan berpuasa lagi.

Ok, berbalik pada kisah budak-budak tu, dorang main mercun apa saya tak tahu la. Tapi meletupnya bukan kemain kuat. Sampai baby dalam perut ni pun boleh terkejut tau. Ni bukan tipu. Sebab tetiba je baby bergerak kuat macam terkejut2 tu. Senang cite, kalau ayah dorang letupkan meriam, anak letupkan mercun dalam botol/tin kut. Hebat. Takde pula terdengar ada budak-budak kat sini putus jari ke apa. Expert.

Tu kalau budak-budak. Kalau yang budak remaja pula merempit tak kira masa!.. seteresssssss okeh.. bingit telinga. Start petang sampai ke waktu berbuka dorang merempit. Pastu lepas maghrib sambung lagi. Sangatlaaaaaa menguji kesabaran. Sekarang ni baby tak kuar lagi takpelah. Nanti kalau baby dah kuar, tak tahu nak kata camne. Jangan baby asik melalak tak boleh tido sudah.

Sampai sekarang ni pun dorang asiklah merempit. Tak dapat bayangkan lepas ni ada baby camne. Pastu suasana raya kat sini pula, masa raya ke-2 haritu saya balik umah kejap. Bawa family datang umah. Senyap sunyi je kat sini. Ya Allah.. tenangnya rasa. Best je. Tapi kalau tak dapat balik kampong confirm syahdu juga.. haha..

Tapi bila raya ke-4 orang dah start kerja, takde la rasa sunyi mana dah. Okey je. Yang bestnya cerita pun banyakkan, so dengan amannya layan tv la sampai ke malam. Saya tak kemana sangat pun. Jiran-jiran bawah pun saya tak berkunjung. Bukan sombong ye. Tapi tak kenal pun salah 1 sebab. Then kebanyakkannya masih balik kampong kut. Umah senyap sunyi je..

Tu la antara pengalaman pertama saya berpuasa dan beraya di kem. Situasinya berbeza kalau duduk kat taman. Orang mesti nak berkunjung. Macam sekarang ni takdelah orang berduyun-duyun datang ke umah pun. Ada pun kawan en.suami husband and wife sorang tu je. Tu pun bagitahu. Ada juga la benda yang boleh dimasak. Lagipun kalau ada orang berduyun-duyun datang umah tanpa henti, mau pengsan saya dibuatnya. Haha.. sebabnya dah 8month kan. Serius, tak larat sangat rasanya sekarang ni. banyak rehat je.

So, next time kita tengok situasinya macam mana pula ye. Harap-haraplah diberi keizinan kesihatan dan sebagainya untuk bertemu dengan ramadhan dan syawal akan datang.. insyaAllah..



Selasa, 12 Ogos 2014

Keputusan BSP

10:26 PG 17 Comments
Assalamualaikum.. selamat pagi..

BSP? BSP tu apa? BSP tu Blood Sugar Profile. Orang yang BERTUAH je yang akan buat. Haha.. dan orang yang saja cari pasal like me je yang kena buat. Silap sendiri. Tapi takpe. Belajar dari pengalaman kan. Betul tak? Tak kena, tak tahu kan.

Actually 04 ogos haritu kena minum air gula. Then semalamnya saya gatal pergi makan macam-macam yang manis. Sapa laaaaaa yang suruh kan. Tapi nak buat macam mana. Tekak teringin. Layankan sangat. So bila isnin tu kena minum air gula, even malam tu dah berpuasa pun, mana badan xpenuh dengan gula kan. Hehe

Jumaat lepas 08 ogos nurse call bagitahu result tak OK. Tadi saya baru dapat tahu, resultnya 8.0. huh!.. Minum kali pertama 5.6 je. Kira Ok lagi la. So semalam bermula la episode kena buat BSP. Alaaa, korang jangan risau. Takde pape sangatlah dengan BSP ni. bukan kena cucuk ambik darah kat lengan ke apa pun. Sekadar cucuk hujung jari je.

Cuma letih sikit la sebab nak kena berulang 4kali ke klinik. Macam saya semalam sampai klinik dah kat kul 8setengah pagi. Sebabnya beli kuih siap-siap. Nak makan bila dah boleh  ‘Buka Puasa’ lepas buat BSP pertama tu. Dah la umah tingkat 4, pastu nak kena turun naik lagi. Naik pengsan dibuatnya.

Yang penting bila dah tahu kena buat BSP ni, silalah jaga-jaga makan ye. Macam saya dapat tahu kena buat BSP ni masa hari jumaat tu. So start dari nurse call tu, terus jaga-jaga makan. Risau la kan. Sampai ke hari ahad tu banyakkan minum air kosong. Memang rasa naik pening juga la sebab rasa macam xde gula je dalam badan ni sebab kena cover apa yang patut.

So ni result yang saya dapat setelah buat BSP. Kena juga catat kat blog ni. nanti akan datang senang nak rujuk. Tak yah nak google sana sini sangat kan.

-          Sebelum Makan Pagi           : 4.5  (tak boleh lebih dari 5.0)
-          Sebelum Makan Tengahari : 5.9 (tak boleh lebih dari 7.0)
-          Sebelum Makan Malam      : 5.1 (tak boleh lebih dari 7.0)
-          Selepas Makan Malam        : 5.0 (tak boleh lebih dari 7.0)

Okay, macam sebelum makan pagi tu patutnya kena buat pukul 8. Tapi sebab terlewat, dalam pukul 8.25 baru saya buat. Untuk sebelum makan tengahari tu saya buat dalam pukul 10.25. sebab kena buat selepas 2jam kita makan.
Untuk sebelum makan malam tu, saya buat pukul 2 setengah petang. Dan untuk selepas makan malam tu, saya buat pukul 8.00 malam. Selepas makan malam tu maksudnya 2jam lepas kita makan. Kalau kita makan pukul 6petang, so pukul 8malam la kita buat.

So, pahamkan perkongsian saya ni? Info juga ni. hehehe.. Agak-agak ada ke kawan-kawan yang nak rujuk juga ni? takpe, yang penting kita share ye. Sebab saya sendiri sebelum buat BSP ni pun search juga kat google nak kasi paham dengan benda alah ni.

Dan setelah semalam selesai buat BSP ke-4 tu, makanya harini kena datang klinik balik untuk berjumpa dengan doctor. Alaaaa, jumpa doctor pun bukan ada apa pun. Sekadar Cuma dia bagitahu kena jaga makan. Tu je. Risau takut nanti baby masuk 38week boleh kena balik. Ehhhhh, time tu kena buat BSP lagi ke????? Blur..

Time tu dah balik ipoh dah. Janganlah disuruh buat pula kat ipoh nanti. Malas laa.. xde sapa nak teman kalau nak kena kuar malam. Macam semalam nasib baik la en.suami ada. Kalau x, huaaaaaaa laaa kena kuar sengsorang.

Nurse harini terkejut tengok result OK. Hehehe.. senyum je la.. tapi dalam hati.. fuhhhh, lega ok dah selesai benda ni. Punya la jenuh cover makan semalam. Sampai tak lalu nak makan dibuatnya.. hehe.. selesai buat BSP ke-4 malam tu, terus ajak my dear ke KFC. Haha.. tahhapehape je perangai. Lega sangat la tu..

So selesai tugas saya untuk ‘Projek BSP’ ni.. Sebelum ni baca juga kat blog kawan-kawan lain kata naik lebam jari dibuatnya bila asik kena cucuk. Saya naik gerun pun ada bila baca. TAPI.. takdelah sampai lebam ke apa pun. Alaaa, setakat cucuk sikit je kat jari, sakit pun tak la. Nak lebam macam mana.. Kecuali la kalau kita takut dengan jarum. Tu mungkin la kan. Kalau orang yang handle tu ganas, tu mungkin la ‘kut’.

Tapi saya setakat ni ok je. Cuma yang last tu terasa pedih la sikit. Sebabnya petugas malam tu lelaki. Haha. Paham-paham aje la kalau orang lelaki ni macam mana. Kebetulan jari tu dah dicucuk tuk waktu ke-2. So pedih sikit la. Tapi tak la sampai nak melalak ke apa. Siap boleh gelak sembang lagi. Ahaha..


Ok la, Tunggu checkup story for next week ye.. ^_^

*Belanja 1 gambar tuan blog tuk harini ye. baby dah 35weeks harini. membesarlah dengan baik ye baby sayang* ^_*