Sabtu, 31 Mei 2014

Rumahku Mesra Alam

7:33 PG 5 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..

Before ni kan saya pernah cerita yang umah saya duduk ni penuh dengan serangga apa ntah kan.. sekarang ni ntah musim apa, punya banyak rama-rama dalam umah ni.

Tempat yang disukai bilik air dengan dapur. Adeh, pening saya dibuatnya. Saya dah la tak suka rama-rama. Bukan tak suka. Tapi saya geli dengan rama-rama ni. tak kira la kecik ke besar. Sama je pada saya gelinya tu.

Sekarang ni banyak pula rama-rama besar masuk dalam umah ni. tak tahu la saya nak buat macam mana. Dia masuk ikut mana pun saya tak tahu. Sekarang ni ada lebih dari 5 ekor besar-besar pula tu yang menempek dalam bilik air. Tu yang besar ye.. belum lagi kira yang kecik-kecik.

Sampai 1 tahap nak masuk bilik air pun susah. Haha.. walaupun rama-rama tak gigit, tapi terbayang-bayang kalau dia melekat singgah atas kepala ke, kat badan ke..geliiiiiiiiii..
Macam mana eh nak elak rama-rama masuk umah..? ada sapa-sapa tahu?

Serabut la tengok umah dah macam taman rama-rama ni.. huaaaaaaaa…





Rabu, 28 Mei 2014

Sepanjang 5Month

8:30 PG 16 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..

Harini genap 24week. So dah masuk 6month. Cepat je masa tu berlalu kan? Alhamdulillah.. setakat ni dapat harungi semuanya dengan sabar dan tersangatlaaaa sabar..

So, harini just nak share tentang 5month pregnancy. Even orang akan kata, ‘alaaa, itu pun nak cerita’, tapi tak kisah la.. ni kan kisah masing-masing kan, so apa salahnya kita share. Sekurang-kurangnya akan datang bila belek-belek balik entry lama, tahu juga apa yang terjadi kan?

Sepanjang kandungan 5month, Alhamdulillah ada juga perubahan. Dari segi alahan tu ada juga la kurangnya. Alhamdulillah, muntah tu dah takde rasanya. Cuma pening tu masih ada haritu. So, alahan muntah-muntah saya kena sampai masuk 5month baru stop.

Ingatkan muntah2 ni akan kena dalam tempoh yang lama. Risau la juga. Lembik dibuatnya kalau asik muntah-muntah je. Syukur dah stop. Hope janganlah tetiba ter’ada’ balik. Setakat ni pening masih ada. Tapi dah kurang juga. Yang penting kena pandai control keadaan.

Before ni kalau terbau asap rokok en.suami je mesti uweeek.. pastu pusing kepala, Ya Allah, Tuhan aje la yang tahu macam mana. Lembik, terlepek saya dibuatnya. Memang tak boleh nak buat apa pun. If berdiri kejap pun dah rasa lain macam. Macam nak pitam pun ada. Syukur sekarang dah kuat sikit. Sampai 1 tahap bila en.suami nak smoke mesti keluar. Sebab tak sanggup nak tengok saya pusing kepala.

Pastu sampai sekarang tak berani nak makan sardine. Tak kira la masak buat lauk ke, karipap sardine ke, apa-apa la yang berkaitan dengan sardine, tak boleh nak masuk. Yang ni start dari awal pregnant lagi. Tak tau sampai bila baru akan ok. Lepas makan pening, pastu uweek balik. Dulu roti sardine la paling suka. hehe

Pastu kuat rasa nak tido. Haha.. yang ni tak boleh nak kata apa la. Pantang ada peluang je, mesti nak lelap jap. Kalau en.suami dah pergi kerja dalam pukul 9 tu, kalau takde apa nak buat, mula la baring-baring, pastu lelap mata jap. Tapi bukan la tido beria pun. Tido-tido ayam juga la. Takut kang tetiba en.suami balik tak sedar. Hehe

Tak pun tetiba kang en.suami call ke, sesiapa call ke, tak perasan pula. Pastu kalau en.suami habis duty pagi, dia balik rehat, pastu tido, saya pun ikut join sekaki. Haha. Padahal baru bape jam bangun tido.. haha.. Tapi tu pun kalau kerja dah selesai atau rasa badan tak berapa nak sihat la. Peluang jangan di lepaskan. Hehehe

Erm, pastu saya selama 5month kalau mandi mesti nak pakai Dettol. Tak boleh nak pakai sabun wangi-wangi. Pening. Alhamdulillah, sekarang ni dah cuba-cuba pakai sabun mandi selain dari Dettol. Bukan apa, payah juga camni kan. Tapi kalau sebelum ni, selama 5bulan ni, bau Dettol la yang saya rasa sedap pun.

Kalau masa mabuk teruk dulu, time muntah-muntah bau sabun Dettol tu la buat rasa tenang. Haha.. Tapi saya tak la kronik sampai bawa tido ke, simpan dalam handbag ke apa. Nanti jadi macam kawan kita si anis tu. Sampai bawa tido kan anis.. hehe.. Tapi tu la orang kata pengalaman mengandungkan?

Pastu suka sangatlah nak makan roti canai. Haha.. Alhamdulillah, dah berapa kali juga la dapat makan roti canai ni. Kalau hari cuti, en.suami nak kuar basuh kereta, mesti pesan nanti belikan roti canai. Buat masa ni dia layankan je. Sebab saya mesti makan punya. Even dia kata tak elok makan selalu, tapi saya kalau dah nak, nak laaaaa juga. Sekali makan 2keping. Hehehehe..

Kalau en.suami belikan digerai dekat PERNAMA ni, roti canainya kecik. So 2keping tu sekali settle je la. Kalau makan kat luar, sekeping cukup dah. Nak-nak kalau makan roti telur. Sendat perut dibuatnya. Saya naik fobia kalau nak makan mee ke, bihun ke kalau kuar makan. Sebab lepas makan mesti pening. Yang tu tak sanggup tu. Maybe sebab masakan tu ada ajinamoto kut. Agaknya la..

Pastu sampai ke sekarang ni, pagi still tak boleh minum minuman panas. Tak kira la air teh ke, milo ke, horlick ke, nanti badan mesti rasa lain macam. Rasa macam orang tak sihat je. Seram sejuk.. So kalau makan kat luar sekalipun, mesti pesan air sejuk. Tak kisah la orang nak kata apa pun. Asalkan lepas makan minum tu tak kuar balik, ye dok?

Sekarang menggila minum cool blog. Pantang nampak, mesti nak beli. En.suami pun tak kisah. Sebab saya cakap juga kat dia, kalau minum cool blog ni, nak-nak time letih ke, takde selera ke, ianya macam pemberi tenaga pula. So layankan ajelah.. pastu senang nak monitor baby gerak. Sebab dia suka sangat aktif kalau saya minum cool blog. Hehe

Alhamdulillah juga, masuk 5month dah boleh rasa tendangan baby. Ya Allah, nikmatnya Allah saja la yang tahu. Risau tau kalau tak rasa-rasa baby gerak ni. sebab bila pergi checkup, nurse mesti tanya dah rasa ke belum baby tendang-tendang. Bila dah rasa tu, lega sikit hati ni. 

Pastu kalau kita usap2 perut time malam, dia mesti bagi respon. Bagi respon yang kuat dari waktu siang. Pastu dok mengeras setempat. Kadang terbonjol kat belah kiri. Pastu suh ayh dia rasa. Dia akan ajak main dok aktif pukul 12malam. Tiap hari camtu.

Tu la antara perubahan saya selama 5bulan baby membesar. Alhamdulillah.. Nikmat Allah yang sangat-sangat bernilai buat kami berdua. InsyaAllah kawan-kawan yang belum ada rezeki tu jangan bersedih ye. Entry saya bukan nak buat siapa-siapa sedih. Sekadar nak berkongsi pengalaman saya je.

1.      Alahan muntah stop masuk 5bulan. Pening pun dah berkurang.
2.      Tak boleh bau rokok. Nak-nak en.suami smoking. Memang rasa lembik macam nak pitam. Sekarang dah ok sikit dah.
3.      Tak boleh sentuh sardine.
4.      Kuat tido. Ni kalau tak pregnant pun memang suka tido. Tapi time pregnant ni lagi lagi lagi kuat rasa nak tido tu. Hehe
5.      Suka bau Dettol. Tapi sekarang dah kurangkan pakai Dettol, cuba pakai produk lain. Tapi still tak boleh bau wangian yang kuat dari orang lain.
6.      Fav. sangat dengan roti canai. Terasa nikmat bila dapat. Hehe
7.      Masih tak boleh minum minuman panas time pagi-pagi.
8.      Menggila dengan cool blog. Terasa cool sangat bila dapat minum.
9.      Tendangan baby.

Akan datang saya share cerita lain pula ye. J



Selasa, 27 Mei 2014

Intro - Shopping Barang Baby

9:00 PG 7 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..

Hari sabtu dgn ahad lepas kami berdua turun Melaka. Niatnya sebab nak pergi celcom centre. Sebab masalah dengan celcom wifi en.suami. haaa, apa yang masalahnya dengan celcom wifi tu, nanti saya cerita dalam entry lain eh.

2hari berturut-turut kena pergi sana. Mulanya hari sabtu tu sebab nak selesaikan masalah en.suami tu la. Sekali tak dapat nak settle. Pastu kami pun jalan-jalan la kat jusco. Actually nak settlekan masalah celcom tu kat jusco tu juga. Pastu broadbandnya tak bawa. So tak dapat nak settle.

Sambil jalan tu dah perasan dah pakaian baby. Tengok dari jauh je. Pastu cakap dengan en.suami nanti kita tengok baju baby nak. En.suami okey je, tapi settle kan hal dia dulu. Masa tu hari sabtu. Tapi sebab dah petang, tak dapat la nak survey. Sebabnya kami tak bawa pun baju kalau nak singgah tido umah m.i.l. So dah petang kena gerak balik.

En.suami cakap nak datang balik ke jusco tu hari ahad. Pastu kitorng gerak awal pagi. Lepas subuh kitorang gerak. Maksudnya kul 7 lebih la. Siap breakfast kat luar lagi. Jalan slow-slow, singgah makan, so sampai jusco dalam pukul 10. Time tu lengangnya. Nikmatnya kalau nak shopping. Hehe

Pastu dah settle hal en.suami, saya niat nak cari baju. Tengok AEON ada sale. Tapi takde pula baju yang berkenan. Sekali en.suami dok ajak tawaf mall, nampak bahagian baby. Saja test kat en.suami, jom kita beli baju baby. Hihihi.. time tu punya la geram sebab baju baby comel-comel. Dengan macam-macam patternnya. Rasa nak borong je. Dah la ada sale. Murah-murah even ada jenama sekalipun.

Kebetulan pula ayah baby kan dah gaji. Hihi.. so peluang la nak beli sikit. Masing-masing duk geram dengan baju baby. Tapi tu la, kitorang tak scan gender lagi. Jadi beli secara rawak je la kalernya. No pink kaler ye. Haha.. tetiba rasa macam baby boy je dalam perut ni. hihi



So beli la 3pasang baju, 2 pasang set sarung tangan dengan topi. Topi tu ayah baby yang excited. Hihi.. saya pula nak beli yang lain rasa macam nanti la dulu. Sebabnya tak nak nanti kalut beli, terlepas bajet. Pastu ada barang yang perlu tak beli, barang tak perlu banyak terbeli . Jadinya kitorng beli yang tu pun sebab lepas gian jap sebab dah tak sabar nak beli.

So, next time lepas dah scan kitorang akan shopping tanpa was-was. Baru rasa puas kan. Kalau tak nanti asik terfikir-fikir nak ambik kaler apa. List pula tak bawa haritu. Jadinya next time kena shopping barang baby la. Barang mummy dia hold dulu pun takpe.

Ya Allah.. rasa macam tak caya je dah nak ada anak sendiri. Rasa macam mimpi je. Yela, baby first kan? Rasanya semua orang pun camtu juga. Semua orang pun akan lebihkan anak dulu dari mummy daddynya kan?

Disebabkan haritu 2hari berjalan jauh je, perut pun sampai naik krem. Rasa mengeras je. Ya Allah, cuaknya rasa. Jenuh nak monitor baby gerak ke tak. Dengan keadaan kita yang penat, pastu tak boleh nak tahu. Usap-usap perut pun tak rasa dia gerak. Rasa macam nak check kat klinik je.

Pastu ahad malam tu saya masuk tido awal. Rehat. Sebab nak rasa baby gerak. Syukur sangat bila baby tendang punya kuat. Nak bagitahu yang dia ok la tu. Tak dapat nak bayangkan lepas ni macam mana la nak shopping barang baby lagi. Jalan banyak je, perut dah mengeras-ngeras. Pastu penatnya jangan cakap la. Tak boleh nak berdiri lama. Rasa nak pitam.

Lepas ni ada peluang tuk beli barang je, nampak gaya kena beli. Dah la nak dekat puasa, confirm la time tu tak larat nak bawa diri. Dengan orang bersesak-sesak nak shopping raya. Huhuhu..

Okay la, siapa yang duk Melaka tu, kat jusco ada sale tau sekarang ni. sempena father days. So apa lagi. Pergi la cuci mata. Hihi.. yang saya pergi ni AEON yang dekat dengan station bus Melaka central tau. Bukan jusco ayer keroh. So, happy shopping uollss.. ;)

Jumaat, 23 Mei 2014

Nak Masak Apa Ni???

8:30 PG 20 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..

Sejak duduk rumah jadi surirumah sepenuh masa ni, makin pening pun ada saya dibuatnya. Bukanlah pening apa, setakat kemas umah ni okay la lagi. Apa la sangat kalau setakat sapu umah, basuh pinggan, basuh kain sume tu. Kerja dah biasa buat yang tu.

Bab yang memeningkan tiap-tiap hari adalah masak. Haaaaa, bab masak ni memang pening. Ye, saya akui, saya memang la tak berapa nak pandai masak. Takde la cekap mana pun. Tapi setakat yang mudah-mudah tu mampu lagi la buat.

Tapi yang peningnya bila fikir, ‘apa nak masak harini????’ haaaa, bab ni yang lemah ni. pastu pula bahan nak masak tak berapa nak ada. Adehh, pening tau bab ni. lagi pening ada masakan yang en.suami suka, ada yang dia tak berapa nak suka.

Bila tanya nak masak apa, mesti dia cakap ‘masak la pape’.. huaaaaa, pape tu apa??? Patut la sebelum ni mak selalu tanya kitorng ‘nak makan apa harini’.. senang mak nak masak. Sekarang kena kat diri sendiri, baru tahu camne..

If ada buku resepi sekalipun, kalau bahan tak cukup pun jadi masalah juga kan. Kalau ikut buku masakan, bila dah masak en.suami tak makan pun jadi masalah juga kan. Haha.. tu la yang buat kita pening sekarang ni.

Sometimes saya rasa saya masak pusing-pusing lauk tu je. Hehehe.. nak buat camne.. itu je yang mampu buat. Ehhh, bukan.. dah memang hari-hari pun kita kena makan kan? Jadi hari-hari kena masak. Bila dah masak mula la rasa hari-hari macam masak yang sama je.. ye dok?


Tu la yang pening bila jadi fulltime housewife.. ;)  

Rabu, 21 Mei 2014

Checkup Keempat

7:19 PTG 11 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..

Harini kena pergi checkup. Sepatutnya 26 mei ni. tetiba semalam nurse call suh datang harini. Sebabnya hari isnin depan katanya ramai orang. Saya paham. Sebabnya hari selasa tu orang nogori cuti. Cuti israk mikraj.

So semalam bila nurse tanya boleh datang ke tak, terkejut jap. Terkejut sebab ehhh,kenapa macam cepat je kena checkup. Haha. So cakap kat nurse, ok, boleh je datang. Sebab fikir baby. Kalau fikir diri sendiri memang takde maknanya nak kata ‘ye’ tu kan.

So tadi pergi la checkup pukul 3 petang. Alhamdulillah. Takde orang. Syok. Tetiba nurse macam terkejut. So bila bagitahu nama baru dorang teringat. Haha. Dorang terkejut, kita pun ikut terkejut sama. Terkejut sebab salah time ke datang harini.. hehe

Harini pergi checkup sorang-sorang je. Sebab en.suami duty la. So, semalam masa bagitahu dia kena checkup, dia terkejut juga sebabnya saya cakap checkup hari isnin. So bila dia bagitahu tak dapat teman, saya okay je. Set dalam diri, tak selamanya kena berteman. Fikir positif. Alaaa, kuar dari umah 5minit je dah sampai HTD tu. Bukan jauh pun. Kalau naik kete la.. :p

Lagipun dah 2kali pergi tempat yang sama. So tak kekok sangat. Harini checkup okay je. Macam biasa. Berat naik sekilo. Haha. Boleh laaaaa kan dari tak naik langsung. Jenuh tau nak naikkan berat badan ni. saya ni jenis kalau makan banyak, pastu nanti esok esok bila sakit perut, aduhai, jenuh tau. Memulas-mulas perut. Tu yang takut nak makan banyak-banyak walaupun kadang lapar je sepanjang masa.

Last checkup 28 april berat 44kg. harini 21 mei berat 45kg. 3minggu naik sekilo. Boleh la.. janji berat naik, jadi baby pun sebenarnya membesar sama kan.risau juga kalau  berat tak naik ni. HB macam biasa la. 28 april haritu 9.3. harini 10.3. pening nurse. Hehehe.. sebab turun naik angka tu je.

Orang lain nak masuk 6month berat dah berkilo-kilo naik. Saya sama je. Masa 3bulan 43.6kg je. Lepas ni nak kena usaha naikkan lagi ni. Alhamdulillah, selera makan pun dah ok sikit dah dari sebelum ni. even ada benda yang takleh makan, tapi benda lain boleh masuk. Janji makan. Agak-agak sampai 9month ni berat saya boleh cecah 50kg ke tak eh.. haha..

Erm, lain-lain perkara tu okay je kut. Tadi scan dengar denyutan jantung baby. Lega rasanya bila ok. Bukan apa, terasa macam harini dia kurang aktif je. Risau juga jadi pape kat dia. Yela, baby kat dalam kita tak tahu dia macam mana kan. Sebabnya tak nampak. Syukur bila dengar bunyi jantung dia. Baby merajuk ehhh ayah dia tak dapat temankan harini. Hihi..

Bab tekanan darah pula, saya pelik sebab tekanan darah rendah balik. Aikkkk.. macam mana leh turun balik ni. jadi 90/60 balik. Haritu elok dah naik sikit. Maybe saya penat sikit kut tadi sebab sebelum pergi checkup tu, saya ada turun naik tingkat 4 ni. fikir positif je la. Sebabnya rasa saya takde la pening sangat dah sekarang ni. tak macam sebelum ni. pening sesaja.

Esok kalau ada masa mungkin nak check gigi pula. So kena ajak en.suami la.. malas nak pergi sorang-sorang sebab tak biasa dengan tempat tu. Awal bulan 6 ni kena minum air gula pula.. fuhhh, set dalam minda, benda tu sedap.. haha.. kan nurse dah cakap tadi perisa oren. Haha.. :P

Okay la.. panjang lebar dah bebel ni. nanti checkup akan datang saya share ye. If esok pun ada story lain, saya share aje la yerk. J


Mekasih sebab sudi singgah, baca dan komen.. J



Nota : harini baby genap 23week..

Isnin, 19 Mei 2014

Hah?? Daddy???

9:00 PG 19 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..

Daddy?? OhhMG.. OhhhhMGggggggggggggggggggggggggggggggg.. haha

Rasa nak gelak pun ada bila en.suami dok cakap ngan baby camtu. Ehhh, memang gelak pun.. tak tahan betul dengan en.suami ni. kut ye pun xnak la daddy, daddy sangat. Even dia gurau, saya takut terlekat je.

Bukan apa, segan mak jemah tau. Kang esok-esok baby lahir, orang makan roti canai pagi-pagi, baby minta makan pizza pula.. kita makan mee goreng pagi-pagi, dia minta makan spaghetti pula.. haaaa, ko mampu.. hahaha

Omputih sangat dia tu kan.. kalau kulit putih xpe. Jangan nak eksyen macam omputih sudah. Lepuk karang.. haha

Kadang-kadang rasa kelakar pun ada bila masing-masing cakap ngan baby. Yang ayah dia cakap camni, mama dia camni. Aduhai.. tapi yang bestnya bila ayah dia usik-usik perut takde pun dia nak balas. Padahal ayah dia dok ternanti-nanti nak rasa gerak dia tu.

Tapi bila ayah dia dah stop usik-usik, pandai pula dia dok tendang-tendang perut ni. haha.. funny betul sikecik ni ehhh.. ayah dia dah duk dekat, dok cakap ngan dia, xde pun nak bagi respon eh.. ngade sangat dia tu..

Apa pun, ni la kenangan yang indah buat semua yang dah rasa nikmat berharga ni kan.. Alhamdulillah.. syukur Allah izinkan saya rasai nikmat ni seawal ni..

Kawan-kawan lain yang belum diberi keizinan, jangan sedih-sedih ye.. ada rezeki dari Allah tu.. Cuma mungkin Dia belum beri je lagi.. insyaAllah kita semua akan rasa.. J




Nota : now 22week ++..


Ahad, 18 Mei 2014

BAKAT - Kutu Pernama

9:00 PG 6 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..

Hari khamis baru-baru ni en.suami cakap ada ceramah BAKAT. Ikut hati malas mak aihhh nak pergi. Punyalah malas sebab nak kena turun naik umah ni ha.. haha.. kalau boleh nak merap kat umah. Letih la turun naik.

Bila en.suami bagitahu tu adeh.. lemau rasa badan ni. hehehe.. tapi paksaRELA kan juga diri ni pergi. Sayang suami kan. Taknak dia kena naik duty 3hari. Ikut je la arahan en.boss tu..

Masa pergi tu en.suami cakap nampak wife kawan dia ni. saya kenal la siapa orang tu. Sekali nampak la kawan tu. Okeh, fine.. ada geng. Lega rasanya. Kali ni tentang ceramah kutu PERNAMA. Tentang produk Vintage uollss..

Tapi nasib la saya tak berkenan ngan produk tu. Dah la mahal. Haha.. hadiah kawin pun tak habis buka. Lagi mau tambah barang. Mana mau simpan. Sekadar hadir je la haritu sambil dengar. Sambil cuci mata tengok apa yang ada.

Dalam malas-malas nak pergi tu, tak tau pula ada cabutan bertuah time tu. Haha.. tetiba nombor naik. Alaaa, dapat hamper makanan je pun. Jadilah kan buat hati yang terpaksaRELA pergi ni balik dengan happy. Haha

Sometimes okeh je BAKAT ni. Cuma saya buat syarat dengan en.suami. time ni memang larat, walaupun bila sampai umah tingkat 4 ni, minta nyawa.. sikit hari, dah sarat, xde la nak turun naik sangat. Bagilah peluang pada orang lain dulu. Lepas pantang la baru nak join balik.


Huhuhu.. 3kali dah kena attend BAKAT.. 

Khamis, 15 Mei 2014

Nama Baby?

12:51 PTG 17 Comments
Assalamualaikum.. selamat tengahari..

Haritu ntah macam mana tersembanglah kami berdua pasal nama baby. Fuhhh, syok je rasa dok cite pasal baby. Semangat tu tetiba je datang. Sekali en.suami tanya ada ke saya sediakan nama baby.

Kalau nak diikutkan memang ada. Tapi saya taklah cakap lagi antara nama-nama tu. Pastu saya tanya juga pada en.suami ada plan nama ke. Sekali en.suami cakap nak bagi nama baby, nama-nama isteri nabi if baby perempuan.

Terus telan ailio jap sebab saya tak terfikir pun ke arah tu. Cuma yang saya nak, if baby lelaki, depannya mesti nak ada ‘Muhammad’.. If perempuan nak ada ‘Nur’.. saya taknak la letak ‘putera’ ke ‘puteri’ ni.. sebab saya memang tak minat macam tu. Lagipun saya bukan dari golongan diraja ke apa.

Ehh, janganlah ada yang terasa pula saya tulis camni eh.. sebab saya tahu ramai antara kawan-kawan saya anak mereka nama camtu.. lagipun tu hak masing-masingkan? Cuma apa yang saya tulis ni dari keikhlasan hati saya sendiri je. Bukan nak perli sesapa pun.


So lepas ni nak google nama-nama baby berserta maksudnya. Yang penting ianya ada maksud. Pening juga kan nak pilih nama baby ni. ada juga beberapa nama yang saya dah pilih. Cuma tinggal nak gabungkan je. Mesti orang cakap, awalnya syamimi dah cari nama.. takpelah, biar cari awal, supaya nanti tak la sampai baby lahir, nama pun terkial-kial nak cari.. ye dok?

if kawan-kawan ada link nama-nama tuk baby boleh juga share kat sini ye.. :)

Rabu, 14 Mei 2014

Pisang goreng >> Goreng pisang.

12:14 PTG 15 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..


2-2 saya tak dapat kat sini. Sebulan lebih duk sini, rasa macam susah je nak jumpa pisang. Samaada pisang yang dah digoreng ataupun pisang yang belum digoreng. Bila cari kat pasaraya sini, pisang dah masak. Kalau buat cekodok boleh la..

Tetiba rasa rindu nak makan pisang goreng yang macam selalu mak buat tu. Mak goreng, tepungnya bancuh sendiri. Rangup je. Haaa, penangannya duk berjauhan ni, pisang goreng pun sampai rindu-rindu nak makan. Haha!..

Nak buat camne, bukan tak usaha cari pisang tuk digoreng, tapi tak jumpa pun. Jadi pendam dulu la hasrat tu. insyaAllah bulan depan nak balik ipoh. Hehehe!.. soooooo happy. So nak kena buat list ni apa yang nak suh mak masakkan. Hehe


Pisang goreng ni kan sedap. Makan pula waktu petang-petang. Fuhhh, sedapnyaaaa.. Sabar ye baby.. tunggu kita balik ipoh nanti kita cari tau kat sana. :p

google

Isnin, 12 Mei 2014

Roti Canai.

9:00 PTG 10 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..

Orang kata apa yang kita tak berapa suka sebelum pregnant, mesti kita akan suka bila kita pregnant nanti. Walaupun ianya bukanlah dalam semua perkara, tapi mesti ada dalam beberapa perkara tu.

Macam sebelum ni, masa kat ipoh, mak atau abah selalu juga la beli roti canai. Tapi takde pun saya nak heran. Kalau 10 kali mak beli tu, mungkin 2-3 kali je makan. Tu pun mampu makan separuh je. Tak boleh nak habis sekeping, walaupun sekeping tu bukan besar mana pun.

Tapi bila dah pregnant ni, ada masa ngidam tu, memang nak juga la carinya kan.. sebulan duk sini, punyalah bersabar nak makan roti canai tu. Bertahan je. Pastu sabtu baru-baru ni cakap dengan en.suami teringin sangat la nak makan roti canai. Penangan baby punya pasal, ayah baby carikan tau.

Sabtu baru ni kitorng bangun pun dah pukul berapa. Pastu niat nak ke Melaka, sebabnya nanti nak tido umah m.i.l. pastu gerak dari umah sendiri pun dah pukul berapa. Dok cari la kat mana yang ada jual roti canai.

Dah masuk tengahari mana nak jumpa roti canainya kan.. haha.. tetiba terbayang-bayang sedapnya roti canai. En.suami dok tanya juga, nak cari juga ke.. hehehe.. dah teringin lama, tentu juga la nak kan. Sekali jumpa 1 kedai ni, dah pukul 12 tengahari okeh I makan roti canai tu. Minta buatkan roti telur. Fuhh, nikmatnya bila dah dapat.

Ngam-ngam makan sekeping roti tu, jap je dah lapar balik. Haha. Rasa macam tak cukup pula la hai.. nak minta tambah I is segan la pula. So ingat esok macam nak repeat je balik makan roti canai tu. Even bukan kat tempat yang sama.. tapi tetap nak juga roti canai tu..

*dah terbayang-bayang roti canai* hukhukhuk


Nasib la baby minta makan yang biasa-biasa kan. Kalau minta yang luar biasa, botak la kepala ayah awak tu baby.. :p

Selamat Hari Ibu

12:37 PTG 17 Comments
Assalamualaikum.. selamat pagi..

Salam pagi isnin semua.. semalam mother day kan? Maklumlah, sejak duk kat sini, semua perkara ingat-ingat lupa. Paling hebat sebab calendar takde kat umah, tu yang terlepas segala benda.

Semalam balik umah m.i.l. ehh, bukanlah semalam baru balik sana. Tapi hari sabtu petang tu kitorng sampai umahnya. Sebab malam tu cadangnya dorang nak celebrate la kunonnya my m.i.l tu. I ikut je.. hehe.. celebrate mother days dengan besdaynya sekali. Tarikh sama.

Kiranya malam tu sambut awal sikit la. Alaa, bawa m.i.l pergi makan je. Takde la sampai potong kek pun. Disebabkan my mum jauh kat ipoh, jadinya kita raikan la mak yang dekat ni dulu.. ye dok?

Malam tu pergi makan kat kompleks terapung ikan bakar.. kat melaka..  ehhh, betul ke eh nama tempat tu? Hentam laa.. dah malam waktu tu, jadi sign boardnya pun saya tengok sekali imbas. Tapi kami idok ler makan ikan bakar pun. Huahaha..

Ambik sotong goreng tepung, butter prawn ngan kupang sweet sour kut. Tomyam. Fine, makan 4beranak je. Sebab abnglong en.suami tak dapat join. Bila kuar makan tu, teringat pula pada my mum kat ipoh. Rindu. Even kerap call, tapi belum peluang lagi nak balik sana lepas sebulan dah dok sini.

Even baru sebulan, saya rasa macam dah lama sangat tak balik sana. Maybe sebab saya jarang berpisah lama-lama dengan family. Ingat awal jun ni nak balik.. nak pergi kenduri sedara kawin kat sana sekali. Hope en.suami dapat la cuti. Sambil tu nak luangkan masa ngan my mum.

Nak suh my mum masakkan my fav. rindu kut dengan masakan mak. Nak-nak fav. saya nasi ayam. Even nasi ayam boleh je beli kat memana, tapi takkan jumpa dengan yang mak masak. Betul tak? Mak sendiri masak juga yang sedap..

Cepatlah bulan jun.. hope dapatlah balik ipoh..

Sempena hari ibu ni, saya nak ucapkan selamat hari ibu to my mum and my m.i.l. bila dah berumahtangga ni secara tak langsung dapat sorang lagi mak kan.. J Alhamdulillah.. my m.i.l pun baik..

Dan yang saya tak sangka juga, hadiah tuk mother day ni my baby punya la aktif dia dok tendang-tendang kat dalam perut ni.. Ya Allah.. nikmatnya Allah saja yang tahu macam mana perasaan ni..


Syukur pada-Mu Ya Allah kerana beri keizinan tuk rasai nikmat yang sangat-sangat berharga ni.. Allamdulillah..

google

Ahad, 11 Mei 2014

TERHAD.

1:23 PTG 9 Comments
Assalamualaikum.. salam sejahtera..

Kat sini, saya inform awal-awal la ye supaya ada yang tak terasa hati. Saya masih tak balas kunjungan, balas follow balik, singgah baca entry & komen kawan-kawan semua.. bukan sebab tak sudi tau.

Tapi internet adalah sangat TERHAD.

insyaAllah kalau xde apa halangan bulan jun ni ingat nak ajak en.suami balik ipoh. Jadi time tu saya ingat saya akan cuba membalas mana yang boleh. Follow mana yang belum di follow..

Maklumlah kat sana pakai wifi. Unlimited pula tu.. Sini tak. Wifi YES yang saya gunapakai hak en.suami ni terhad. Nak guna 2 orang. Mana mungkin nak ngadap kat saya sorang je.

Last month had limitnya habis cepat. Last-last menung la kami berdua tak dapat nak online. Mujur la ada tv. Haha.. maka ngadap la kami tv ni sampai mata pun tak tahan nak hadap.




So, buat masa ni saya dapat update entry saya je dulu ye.. jangan mara kita tau.. ^_^

kita pun rindu nak terjah awak-awak semua.. =)

Jumaat, 9 Mei 2014

Chocolate. Sejuk-Sejuk.

1:21 PTG 27 Comments
Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Now I’m 21week.. Means dah 5month dah baby dalam perut ni. cepat je masa berlalukan.. sikit hari lagi cukup masa tunggu baby kuar la pula.. tak sabar je rasa.

Pe’el sekarang ni yang saya perhatikan, suka sangat makan sesuatu yang chocolate2.. contohnya kalau minum susu dutch lady tu suka yang perisa chocolate. Suka makan twinggies coklat. Suka makan coklat van houten tu. Siap cari stok bila habis. Belum lagi yang lain. Haritu Nampak choc. Moist cake, pun beli. Dalam rasa dia yang manis-manis tu habis licin saya kerjakan.

Sampai 1tahap tu terfikir, agak-agak baby ni nanti kulit dia kaler coklat juga ke?? Ohh, seram je rasa. Cakap juga ngan en.suami, jangan la baby ni nanti kaler coklat. Hehe.. nak buat camne kan.. dah mummy dia ni datang minat yang lebih pula pada coklat.

Pastu kalau tengok muffin coklat tu, uiiii, bukan kemain nak-nak-nak time tu juga. Mengancam sangat je rupanya tu. En.suami pun layankan ajelah kehendak wife dia ni, janji makan. Tapi taknak amalkan selalu, risau tetiba kena kencing manis ke apa. Suka makan yang manis-manis. Tapi tak boleh nak elak kalau dah depan mata benda tu..

Tapi nasi saya memang kurang makan. Suka makan yang merapu. Roti ke, tapi xnak roti putih. Ohhh baby, memilih sangat kan.. ke sebenarnya saya tak lalu sebab sendiri masak, sendiri makan??

Pastu suka makan yang sejuk-sejuk. Okay, contohnya cool blog. Yang ni pantang ternampak. Nak beli saja. Saya rasa penjual tu pun dah cam saya ni. dalam sebulan haritu bape kali beli. Paling lama pun selang 4hari mesti beli. Biar habis duit, janji dapat.

Tu la kepuasan time pregnant ni agaknya kan. Sampai adk saya peril, nanti anak dalam perut tu sejuk je. Ater nak buat camne, saya suka sejuk-sejuk pun datangnya dari pe’el baby tu juga kan. Hehe

Pastu yang saya perasan, start dari saya pregnant, saya tak boleh minum pagi, air tu panas. Kalau kat umah ipoh dulu my mum memang sediakan minum pagi. Tapi nanti lepas saya minum mula la rasa semacam badan ni. rasa tak sedap badan. Sampai 1 tahap muntah balik pun ada.

Yang berkafein memang saya tak sentuh la.. ni kalau minum milo pun sama, minum horlick pun sama. Last-last saya tak minum pagi pun. Sampaikan kandungan dah 5bulan ni saya masih tak boleh nak minum.

Yang pelik, kalau minum cool blog pepagi ok je.. sabar je la.. baby, baby.. agak-agak baby girl ke boy la ni kan.. suka sangat sejuk-sejuk ni. hehe..

Even perkara ni tak la pelik mana, saya tetap juga risau. Yela, baby kat dalam kita bukan boleh Nampak dia macam mana kan.. harap-harap la dia sihat-sihat je..insyaAllah sampai la dilahirkan nanti..




Pssstt : tak sabarnya nak scan baby.. nak tahu gender.. nak shopping sikit-sikit barang baby.. J

Rabu, 7 Mei 2014

BAKAT

10:30 PG 26 Comments
Assalamualaikum.. selamat pagi..

BAKAT. Bakat ni bukan la sesuatu bakat yang dimiliki oleh seseorang tu tau. Tapi bila kita kahwin dengan army, ada 1 program yang dikhaskan buat para-para isteri tentera. Setakat sebulan saya ada kat sini selepas ikut suami, ada la juga beberapa kali turun tuk join. Join tengok je la pun yang boleh buat masa ni. hehe

Seawal selepas 9hari saya pindah ikut suami, suami ajak ke bakat. Mula-mula tu memang macam-macam perasaan juga la yang ada dalam fikiran. Bila en.suami kata ada bola tampar, memang tergamam saya. Dalam keadaan pregnant ni nak kena main?? Ohh, tak sebenarnya. Saya turun pun sebab suami cakap boleh kenal-kenal dengan wife kawan-kawan dia.

Yup. Kenal-kenalan la yang boleh saya buat pun masa tu. Secara tak langsung saya boleh jumpa kawan kat sini. Alhamdulillah, seminggu stress time tu sebab baru pindah dan terperap dalam umah, akhirnya keluar juga saya dari sarang burung tingkat 4 ni. hehehe..

Seronok juga bila dapat kenal dengan wife pada kawan-kawan en.suami. ternyata ramai juga yang sebaya-sebaya saya. Tak la kekok. Kalau tak, tak dapat la nak bayangkan macam mana nak masuk dalam group ‘akak-akak’ yang lebih senior ni. hehe

Ada la beberapa kali saya turun tengok mereka training. Happening je. Actually Bakat ni penting bukan setakat tuk para isteri je tau. Tapi buat suami. If kita tak turun tanpa sebab, nanti en.suami kenalah diambil tindakan. Antara yang saya tahu bila en.suami cerita, para suami ni kena la naik duty 3hari berturut-turut. duty 24jam pula tu..Haaaaa, mampu ke nak hadap? Kalau saya maaf laaaaa.. sehari en.suami kena naik duty pun dah boring. Ni kan pula kalau kena 3hari.

Bukan setakat tu je.. ada tindakan lain. Hat lain tu en.suami takde la cite pun. Then haritu dapat juga kenal dengan wife OC, wife pada peg. yang lain. So dorang tahu walaupun kita orang baru, tak dapat nak join sangat, tapi boleh turun lagi.

Haritu 26 ngan 27 april dorang berentap la lawan bola tampar, bowling, badminton. Tapi saya dapat hadir pada 26 april je. Sebab esoknya en.suami naik duty, so saya pun rehat je la sebab isnin tu pun saya nak kena checkup. Jadi memang ambik peluang tuk rehat betul-betul.

Ada juga yang tegur, ‘ehh, pregnant pun datang juga ke’? tapi sebab kita perlu sokong antara 1 sama lain, apa salahnya kan? Lagipun first time saya tengok aktiviti dorang. Nasib la ada yang dah kenal. Kalau tak, huaaaaaaaaaa laa saya kat sana terkontang kanting. Haha

Macam semalam (06 mei 2014) ada Bakat lagi. Semalam dorang buat tentang seminar kesihatan. En.suami cakap dorang hantar nama sebagai wakil, so nak tak nak kena juga la pergi, even semalam badan pun tak berapa nak sihat. Macam semalam dorang campur-campur unit kerja, jadi nya boleh kenal dengan mereka yang lain.

Tapi sebab saya pun tak berapa nak sihat, so senyap aje la.. kebetulan para suami pun boleh masuk tuk dengar ceramah tu, lega sikit saya. Ada juga peneman. Hehe.. sometimes ada juga la orang kata bakat ni macam mengarut. Sampai saya pun dah ter’set’ in my mind yang bukan-bukan.

Alhamdulillah.. setakat ni ok je la pada saya. Cuma kekok nak berhadapan dengan orang lama-lama yang ada kat sini tu, memang masih ada dalam diri. Harap-harap la saya dapat join selagi boleh. Join tuk diri sendiri dan secara tak langsung demi suami kita juga.. ye dok?? Hehe



·        Ehh, entry saya sekarang dah kurang ada gambarkan? Program haritu pun tak ambik gambar. Tunggu next time la ye.. nanti saya cerita lagi aktiviti lain ye.. :)