Sabtu, 29 Mac 2014

Last Day Bertugas . .

11:29 PTG 21 Comments
Assalamualaikum & selamat malam semua.

dah beberapa hari tinggalkan blog.. dah beberapa hari juga tak dapat menulis. keadaan diri tak berapa sihat. sekarang ni makin menjadi2 pula badan ni lemaunya. muntah pun dah nak kerap. pening bertambah kuat. bertabah je la demi baby.

semalam last day saya kerja di koperasi itu. 6tahun berkhidmat disana. Ya Allah, kuatkanlah hati ni supaya perasaan rindu dengan semua kenangan kerja akan tersimpan baik. siapa la yang tak rindu,kan dengan suasana kerja yang dah sebati dengan diri. pejabat tu bagi saya dah macam rumah kedua buat saya.

bos minta datang isnin ni. tapi saya taknak. sebab? kerja saya pun dah selesai disana. pastu sekarang ni keadaan diri la yang buatkan saya last kerja semalam. macam semalam, pening kuat sangat2. muntah pun 2kali. pastu badan rasa tak selesa. jadi saya ambik keputusan last kerja semalam tuk rehat kat rumah.

hari isnin ni insyaAllah bos2 nak buat sikit jamuan makan malam tuk hari last kerja saya. Ya Allah.. mesti rindu dengan mereka semuakan. takpelah.. tu la situasi yang kita kena hadapi kalau kita kerja kat mana pun kan?

setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..

hari terakhir saya dapat solat zuhur disana.. :'(


Selasa, 25 Mac 2014

Wedding Day My Cousin..

2:47 PTG 21 Comments
Assalamualaikum & selamat petang semua.

cerita dah basi. saja nak letak sebagai kenangan. sekarang ni kerap pening kepala. so nak membaca entry kawan-kawan pun rasa macam tak lalu. ehhh, bukan tak sudi tau.. cuma kalau kepala pening, kalau boleh rasa nak baring, tido je.. haha..

 ni majlis di Felda palong 2, gemas, negeri sembilan. majlis pada 15 feb 2014. majlis ni 2 beradik ppuan buat sekali. senang. sekaligus kan. si adik sebaya saya. dah nikah awal sebulan. si kakak nikah pada hari disandingkan kalau tak silap. 

time ni sy pregnant dah 9week. adik yang drive. Ya Allah, masa balik tu tawakal je. jangan la jadi pape. sebab jalan jauh kan. pastu tahu je la hentak2 kat jalan, walaupun buh lapik tempat duduk.

haaa, yang ni majlis last week. 23 mac 2014. saya pergi sebelah pihak lelaki je walaupun cousin saya yang ppuan. sebab nya tahu je la negeri johor kan cuti dorang dah tak sama dengan kita. cousin saya nikah & sanding hari jumaat. memang tak dapat la nak hadir.

time ni sy pregnant dah 14week ++.. saya balik johor, saya yang drive. syukur la saya xde alahan ke, pening ke apa. tawakal je. minta Allah permudahkan urusan saya. bawa slow-slow, walaupun xberapa nak slow. hehe.. 

ni la muka tuan blog yang terkini. kalau nak kata muka dah gemok pun tak kisah. sebab kerjanya asik makan. hehe.. asalkan boleh masuk, makan je. tapi kena hati2 juga. karang sia2 je masuk pastu kuar balik. 

ehhh, nak tengok baby bump lettew.. :P terlindung ngan tangan laaaa.. sori ye.. hihihik..

Jumaat, 21 Mac 2014

Kenduri Kawin & Kawan-Kawan..

1:30 PTG 17 Comments
Assalamualaikum & selamat tenghari semua.

ni gambar last week. masa datang kenduri kawin kawan masa form6. kawan blogger juga. hehe.. puan min maya.. tapi maaf laa, gambar ngan pengantin xde. tak sempat nak ambik. hehehe.. saya gerak ke rumah dia pun pukul 2. paham-paham je la dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak sihat ni, tak lalu nak dok lama-lama kat tempat kenduri. kepala pusing. kang muntah2 kat situ pula..

sampai umah pengantin dah pukul 2.40 petang.. ehhh, macam jauh pula umah dia.. nasib jumpa. hihii.. sempat jumpa kawan sekelas je. pengantin dan jumpa. tapi takdan la nak berborak sangat pun. sebab bizi bergambar. huhu..



mereka bertiga kawan sekelas saya masa form 6. semua masih pangkat 'Cik' kecuali saya la dah 'Puan'.. :P rindu kenangan masa form 6 dulu. susah senang kitorng bersama. kalau sorang malas datang sekolah sebab ada pape program, pakat semua pun xdatang. kah3..
kalau pergi mana-mana pun sekali. haaaiii, rindunya time tu..

haa.. ni la gambar terkini saya buat masa ni yang ada.. time ni dah 13week 4day kut.. camtu laa.. baby bump xnampak lagi.. :P sekarang mood bergambar pun dah kurang.. haaaaiiii, sabar je la..


okeh.. up 1 lagi gambar.. yang hujung kiri tu adik pada kawan saya yang baju hijau tu.. insyaAllah mereka2 bakal menyusul lepas ni.. ^_^

Haaa, akhirnya. . .

10:06 PG 20 Comments
Assalamualaikum & selamat pagi semua.

lama kan tak jenguk blog. ntah apa peel sekarang ni tak tahu la. nak menyinggah blog orang pun sama. mood sangat slow..

now dah 14week ++.. sekarang ni merasa morning sickness.. hambek. tapi tak teruk sangat laa.. masih boleh control. cuma muntah tu kalau dia nak mai, mai juga. tapi bila dh kuarkan tu lega la rasa badan ni. 

macam haritu bawa bekal kuih karipap sardin mak buat. sekali makan sebiji kecik je, rasa semacam kat tekak. rasa ikan sardin tu pelik. terus muntah. kat pejabat. nasib xde bos ke apa. haritu mak buat sandwich sardin, pun macam tu juga. lauk sardin pun xleh nak telan sangat. sabar je la.. tapi saya tak la merungut ke apa, cuma bila simptom tu datang, macam tu la 'nikmat'nya morning sickness kan.

pagi ni pun sama. makan nasi lemak mak buat. pastu minum air kosong je. mungkin sambal tu pedas sikit kut. masuk bilik air nak mandi, hambek, keluar balik apa yang dimakan kejap tadi tu.. sekarang ni nak makan kena hati-hati. even teringin pun xboleh main makan je, karang jadi macam tu la..



pastu saya kalau bila dah jadi camtu saya nak makan, saya cari benda yang rangup2 macam kerepek ke.. tapi keropok2 snek ni xsangat la.. sebab tak elok kan. susu buat masa ni stop dulu. harap beli susu dutch lady yang kotak tu je. janji masuk.

asam pun xtahan. hahaha.. terasa masam bebeno. gula2 berangin pun terpaksa buat spare walaupun bila makan xde functionnya.. haha.. macam-macam ragam orang pregnant ni kan.. sesetengah orang nak yang masam2, sesetengah orang nak yang manis2.. tapi saya tengah2 la.. xde nak masam sangat, xde nak makan manis2..

apa2 pun harap baby sihat je.. ^_^  time ada ayah dia baby elok pula kan. xde pun mama dia nak itu ini.. mesti dia paham time ayah dia balik kan.. ;)


Rabu, 19 Mac 2014

Selasa, 18 Mac 2014

Kisahnya.. Part 1

4:13 PTG 20 Comments
Assalamualaikum & selamat petang semua.

dah bape hari tak jenguk blog. lagi haru laptop pun tak on. apa punya pemalas pun tak tahu la sekarang ni. baby tak suka mak dia dok berblog je kut. haha.. tetiba salahkan baby kan.. sian dia.. :P

erm, haritu saya cerita pasal umah dah dapat. so ada yang nak tahu saya akan kerja ke tak lepas ikut suami kan? meh la kita cerita sekali harung kat sini ye. haha.. macam banyak je ceritanya tu. nanti dah ikut suami saya nak duk umah je dulu. nak tumpukan perhatian kat rumahtangga. nak biasakan kehidupan baru. pastu saya nak rehat, nak tumpu pada kesihatan juga.

maklumlah, mulakan kehidupan baru ni bukan mudah. nak2 macam saya ni yang selama ni duk ngan family je kan. so, buat masa ni la saya nak belajar tentang kehidupan saya. actually saya terpikir-pikir je. sekarang malas masak, mak masak. haha.. saya tolong makan!.. bangun pagi pun boleh kul 6 setengah camtu tuk solat. esok-esok dah duk ngan suami 24jam berubah semuanya. jangan angan-angan nak bangun lambat ye.

haha.. kang en.suami pergi kerja xmakan tak minum. aduhai.. muncung panjang pula cik abang sorang tu. dah la saya ni kuasa pemalas bab2 nak memujuk. haha.. pastu dok pikir-pikir lagi, apa nak masak nanti???? saya kan tak pandai masak. haha.. haaaaa, gelak la sangat kan. nanti dah tempuh masa tu, nangis. call mak pagi-pagi mintak resepi.. :P

paling risau bab masak. yela, nak tambat hati suami kan, kena la masak sodap-sodap. tak kan la nanti dah duk sekali hari-hari dia nak makan kat kedai cik jah je. apa guna saya ikut suami kan.. sekadar balik tolong bukan pintu?? ooohhh nooo!..

dalam hati rasa teruja pun ada nak belajar kehidupan baru ni. cuma tu la, kadang-kadang keyakinan takde dalam diri. pastu risau boleh ke buat semua ni. InsyaAllah.. kalau kita belajar mesti boleh kan? dah niat nak masak tuk suami, jaga suami sebaiknya.. insyaAllah..

last week en.suami balik. dah sekian lama dia buat permintaan minta saya masakkan kuewteow goreng. sebelum2 ni tak dan masak pun. tak sempat. pastu kadang mak dah masakkan, jadi bilanya saya nak masak kan? pastu pagi ahad kelmarin sebelum en.suami balik, masakkan la. nak kata tak reti sangat tu xde la. biasa tolong mak buat. tapi tak pernah buat sorang-sorang. takut juga. takut tak sedap. heheeh..

nasib la mak ada tolong2 tengok. bukan apa, dia takut saya kalut kut. sebab dia takut saya tertinggal bahan ke. time ni mak ada, ada la penyelamat. nanti dah duk sendiri, pandai2 la kan. masa en.suami makan tanya dia ok ke tak. sekali dia kata ok.. fuhhh, punya la takut. sebenarnya keyakinan kita kurang kan? sebab tu rasa camtu. benda mudah jadi susah.

pertama sekali lepas dapat tahu umah dah dapat haritu, bab masak la yang saya peningkan. yela, saya bukan cekap pun. nak2 bila dah pregnant ni lagi bagusssssss.. dah kat 3bulan juga tak masak. bukan xleh bau masakan ke apa. cuma kadang masuk tenghari badan lembik longlai. tak larat. jadinya mampu tolong makan je. tu pun tak seberapa. mak pun xkisah. dia xbagi saya sampai letih sangat. buat kerja berat2..

dan paling saya risau bila ada tetamu. apa nak dimasaknya nanti?? huaaaaa.. risau-risau. adeh.. saya ni tak habis-habis dengan takut, risau kan. haha.. tu la.. dulu sebelum kawin xnak rajin memasak. sekarang pening sendiri. insyaAllah, dah duk sekali nanti mesti keyakinan tu akan datang kan? ;)


dah lapar-lapar ni, kalau buat cucur ikan bilis pun sedap kan.. haha.. :P


ok la.. panjang sangat dah ni membebel.. nanti kita sambung cerita lain pula ye.. mekasih buat kawan2 yang singgah baca.. :)

Jumaat, 14 Mac 2014

Rezeki.

10:34 PG 30 Comments
Assalamualaikum,selamat pagi & salam jumaat semua.


alhamdulillah, masih diberi peluang merasa BR1M 2014. saya haritu update tak letak no.akaun pun. sebab en.suami updatekan awal. lepas seminggu update baru dorang inform kena letak no.akaun kalau nak dimasukkan dalam akaun.

saya malas nak update balik kat LHDN. jadi tunggu je la baucer ni sampai. alhamdulillah, jumaat lepas saya dah tukar kat bank. masih ada baki. ingat nak simpan dalam ASB, tapi tak tahu la tersimpan ke tak. hehehe. sebabnya nanti kan saya dah nak ikut suami. jadi ada juga barang yang tak complete lagi. kut-kut kena guna tuk tu, tak dapat la nak simpan tuk baby.

xpelah, rezeki akan sentiasa ada kan..  :)


yang ni keychain dari kak ina aka +tenku butang .. haritu join GA kak ina, tak sangka ada rezeki yang sangkut. hehe..

mekasih kak ina.. =) miaawwww.. 

Rabu, 12 Mac 2014

Rumah Dah Dapat. *Terkedu*

1:17 PTG 41 Comments
Assalamualaikum & selamat petang semua.

fuhhh.. 
macam mana nak start tulis ni ye.. tetiba rasa nervous. berbelah bagi. terkedu.. huaaaaa, macam-macam perasaan keluar.

macam ni, tadi en.suami msg bagitahu rumah kaurters dah dapat. kalau orang lain melompat-lompat suka kan. tapi saya ni jadi terkedu pula.. yela, dari zaman sekolah sampai la dah 4bulan jadi isteri orang ni masih duk ngan family.

so, tetiba rasa sebak pula nak bagitahu balik ni. bukan apa, susah2 mak nak kuar, mak ajak kita. adik lelaki ada. tapi masa dia terhad. abh ada, cuma kadang2 mak dah terbiasa kuar ngan kita ni, rasa macam sian pula.

nak pindah jauh pula tu. ipoh--->negeri sembilan. gulpp.. aduhai.. haritu buat cool sangat. sekarang baru tahu macam mana perasaan tu. dan tetiba juga rasa nervous nak duk ngan suami!.. haha.. yang ni xleh kalah. nak kawin pun xde perasaan nervous, nak duduk sekali ko jadi nervous kan. oohhh, hati.. tawakal je la..

tanya en.suami, dapat umah tingkat berapa. sekali dia kata tingkat 4.. haaaa?? terkedu jap. tingkat 4? sabar je la. dalam keadaan diri yang pregnant ni nak kena menapak tingkat 4, memang bahagia kan. haha!.. bahagiakan perasaan dari sekarang.

apa-apa pun sebagai isteri tempat saya disisi suami. sian kat suami, sian kat family. oohhh, perasaan, baru tahu begini bila tersepit di tengah-tengah. mula-mula macam ni la kan. insyaAllah dah lama-lama okay la..

lagipun sian kat baby.. tentu juga ayah dia nak rasa dia membesar dpan mata kan. positifkan diri. tu je yang boleh. keep smile.. =)

sedih.. tapi kena kuatkan hati. yup..kuat semampu yang boleh. alaaaa, bukan nak pergi berperang kan? cuma berperang ngan perasaan la jap.. :P


Selasa, 11 Mac 2014

13 week..

12:54 PTG 22 Comments
Assalamualaikum & selamat petang semua.

now dah 13week. alhamdulillah.. jap je dah 13week. morning sikness saya, saya tak tahu la sebenarnya ada ke x.. hehe.. walaupun tak muntah2 yang teruk, sesekali ada kena juga tempiasnya kalau salah makan.

seksa bila kena muntah2 ni.. so, saya tahu macam mna rasanya kalau hari2 ibu2 pregnant yang alami. tapi saya asik kena pening yang kuat. kadang-kadang telepek la juga. nasib sekarang kat pejabat xde keje sangat. so boleh la nak tido2 ayam.

today masuk 13week. yang saya perasan bila masuk minggu2 baru, ada je peelnya. sekarang ni perut asik rasa tak selesa. nak membuang. pastu seakan2 dah nak kena constipation (sembelit)..

oohh, seram. makan dah tak boleh sembarangan ni. pastu haritu try mkan hati ayam. hambek, keluar semuanya balik. tak boleh masuk. sekarang ni mood makan dah berkurang. even teringin itu ini, kadang tak berapa nak masuk..

huaaaaa, saya punya alahan bakal dialami pada trimester ke2 ke..?? oohh, tidak.. janganlah.. dah la juga sekarang badan asik rasa nak demam. mood makan seakan berkurang. pastu ayam pun tak boleh makan, saya makan pun tengoklah ianya dimasak apa. paling sadis, ikan langsung tak boleh masuk. Ya Allah.. mana nak datang protein la camni.. -_-

belum lagi sayur, buah.. aduhai.. parah kalau camni.. mood makan, silalah kembali.. :-/ 
makin kurus la camni kalau makan pun dah berkurang. sangatlah bahaya dengan keadaan HB yang rendah ni..






*blog pun xberapa boleh nak jenguk balik.. aduhai.. sabar je laa.. baby xsuka berblog eh...
mekasih pada yang sentiasa singgah sini ye.. *terharu kita*

Isnin, 10 Mac 2014

Takde PERASAAN!..

9:26 PG 35 Comments
Assalamualaikum & selamat pagi semua.

semalam sebelum tido, sempat la jenguk fb by phone. saja nak tahu perkembangan terbaru kut-kut ada. tapi lain yang saya tertengoknya..


apa ke venggong sangat la pergi update status gitu?? dah letak kat mana perasaan ko cik kak?? kalau la ada family ko dalam flight tu, niat dorang ke sana tuk buat maksiat la eh??

helloooooo, meh nak bagitahu sikit. kalau nak buat MAKSiat, tak perlu buang duit sampai ke beijing laaaaaa, dalam umah pun dah boleh jadi..!..

apa-apa pun yang kita nak update, fikir perasaan orang lain. orang yang membacanya. ni sekadar cari publisiti murah, tak perlu.. malu diri sendiri je..


*peringatan buat diri sendiri juga. maaf la ye.. sy share ni ambil di FB. sekadar nak meluahkan apa yang saya rasa je.

Ahad, 9 Mac 2014

Misteri MH370

9:09 PTG 15 Comments
Assalamualaikum & selamat malam semua.


sekarang di berita, media sosial, semua penuh dengan kisah MH370 ni. hanya mampu berdoa je semoga mereka semua selamat.

hope Allah beri petunjuk dimana mereka semua.. harap-harap ditemui dengan selamat. seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku sekalipun, berilah petunjuknya..

semalam adik cerita kisah kapal terbang yang hilang selama 30tahun. katanya terjadi di Indonesia. dijumpai selepas 30. mereka berada dialam ghaib. Allahuakbar. semua ni kuasa Allah.

harap-harap apa yang terjadi kelmarin adalah 1 peringat buat kita semua.. doakanlah untuk mereka ye. janganlah buat sebarang berita yang tak benar. kesian pada keluarga mereka.


*terkenang juga dulu en.suami kena bertugas kat Lubnan. berada dalam flight selama 12jam!.. cukup la buat hati saya tak tenang. syukur sekarang dia dah kembali dengan selamat.

Jumaat, 7 Mac 2014

11minggu 5hari . .

12:19 PTG 26 Comments
Assalamualaikum & selamat petang semua.

punya cerita.. hehehe

semalam ingat nak buat entry baby, tapi dah penat. malas nak on laptop. sebab kuasa mengantuk lebih menguasai..

so, dah masuk tengahari ni baru la nak buat entry lain. belum sempat nak blogwalking. nanti balik umah saya BW ye.. :)


sebagai kenangan dalam blog ni. 2 mac 14 haritu buat scan lagi sekali sebelum buat buku pink. yela, kang pergi KKIA, tanpa scan lagi sekali, tercengang-cengang pula..
nurse akan tanya tau macam mana tahu diri tu pregnant. so saya bagitahu la sebab cik'P' saya dah lewat, ada buat scan, ada test UPT.. haa, sebagai kepastian.

so, ni la si kecik saya masa hari ahad lepas. masa scan doktor cakap 'aktifnya baby haa'.. haha.. saya diam je.. sebab laju sangat doc scan. saya tahu sebab apa dia aktif.. saya kan kuat minum air milo kotak tu.. haha.. 'minum milo anda jadi sihat & kuat' :P

doktor bagitahu la tang sini kepala dia, tang sini kaki dia, tang sini tali pusat dia.. Ya Allah.. rasa macam tak percaya je dengan semua kuasa Allah ni.. ada nyawa yang sangat berharga dalam diri ni.. syukur sangat bila doc haritu bagitahu dia aktif.. hanya mampu senyum je la..

balik tu terus call en.suami.. hehe.. rugi tau en.suami tak tengok.. hihi.. takpelah, next time kita scan tunggu ayh awk ye.. =)



*harini appoiment ngan KKIA lagi. jumpa doc sebab nak scan baby. hope semuanya baik-baik je la.. amin..

Khamis, 6 Mac 2014

Hadiah Sebagai TOP Komentar

3:51 PTG 17 Comments
Assalamualaikum & selamat petang semua.

erm, update cerita pasal lain pula la.. nanti asik cite pasal baby, takut ada yang jemu pula.. ada je cite pasal baby lagi yang saya nak share.. nanti saya share ye.. :)

harap kawan-kawan tak jemu la baca blog saya ni, walaupun adakala saya tak balas kunjung pun kat blog awak-awak semua.. kepala asik pening je.. nanti malam ke, saya share pasal baby lagi ye.. :)


sebelum saya terlupa, baik saya buat entry ni.. haritu punya cerita. saya sebagai salah seorang TOP Komentar di blog kak ena.. bukan kerana hadiah semata-mata ye. kadang kalau saya dah ralit dengan 1 blog tu, saya terjah je habis-habis. senang. sebab saya kadang tak dapat nak terjah selalu.

ni la hadiah yang saya dapat. comel keychain tu.. :) mekasih kak ena.. :)



ohh, ya.. untuk TOP komentar saya yang last year tu, dah ada. cuma sekarang ni sy balik je dah kepenatan. pastu xleh nak hadap benda tu. tu yang tak terpos2 lagi tu.. minta maaf ye. insyaallah minggu ni juga saya poskan..

Rabu, 5 Mac 2014

3 Month - Buku Pink

12:29 PTG 27 Comments
Assalamualaikum & selamat tengahari..

ni cerita semalam. sebelum terlupa dari ingatan baik taip cepat-cepat sementara ada masa. kang malas-malas konfirm la terperam lama-lama. pastu tak ingat. okeh, tu biasa jadi. hehe..

semalam ambik cuti. sebab ada beberapa perkara nak kena selesaikan sampai ke petang. tapi perkara yang sangat penting adalah kerana baby.. :) semalam baby dah 12week = 3month la kan.. :)



semalam adalah tarikh appoiment kena buat buku pink ni. so, pergi la awal pagi. pukul 8 dah ada kat sana. ambik masa 2jam setengah juga la kat sana. rasa macam best je lalui perkara baru ni.. :)

pengalaman indah buat semua yang akan lalui.. saya pergi sorang je. sebab suami jauh. mak tak temankan pun sebab jaga anak orang. ingat nak ajak adik dia ada hal pula. then fikir balik apa-apa pun pergi je la sendiri. lagipun bukan tak larat kan. masih boleh drive lagi. tak tahu tanya je la orang kat sana.

then sampai sana inform la nak buat buku. tapi sebelum tu thanks buat kawan2 di group fb M2b yang banyak tolong, banyak bantu.. dari situ la saya berdikari sikit-sikit. hehe.. kat pukul 9 juga la baru nama kena panggil. then nurse isikan buku pink tu.

sambil-sambil tu dia tanya la itu ini. saya okay je. selagi mampu jawab, saya jawab. sambil tu check la tekanan darah sume..then dah settle, dia bagitahu kena ambik darah. malam sebelum tu ada tanya adik ipar, nanti kena ambik darah ke, then dia kata ada. so, standby je la diri tu. hehe. maklum la, dulu kalau dengar ambik darah je rasa gerun. 

tapi sebab dah niat, nanti kalau dah pregnant, nak buang perasaan takut tu. demi tuk baby. see, semua kekuatan dari baby.. :) bila nama kena panggil, masuk dengan perasaan yang sangatlah 'cool'.. haha.. tapi memang malas nak fikir apa pun. masa nurse nak cucuk tu dia bagitahu la mcm-mcm. sampai masa nak masuk jarum saya tak tengok pun. haha..

kental sangat. tengok balik bila dia dah kuarkan jarum. fuhhhh, settle 1 perkara. hehehehe!..
then sampel darah tu kena hantar makmal. lepas hantar kena buat urine test pula. kat situ pun macam tercengang2. hehe.. nasib la ada seorang ibu ni yang bantu.. :) maklum la, first time kan. memang kekok la..

then dah dapat result kena hantar keputusan tu kat kaunter first yang kita tanya masa nak buat buku tu. so tunggu je la sampai nama kena panggil balik. bila nama dipanggil, nurse bawak pergi ukur ketinggian. then timbang berat. settle tu, masuk bilik first tu balik. nurse isi details pasal kita test darah ngan urine tu kat buku pink.

then sampai 1 part ni dia just check kita la, tengok ada pape sakit tak kat leher kita tu. nak kesan ada tiriod ke tak eh? then check breast ngan perut. ehh, ni saya cerita secara details kut-kut nanti ada yang nak tahu apa yang akan dilakukan first time buka buku macam saya ni. hehe

settle yang tu, nurse bagitahu la HB saya rendah. berat pun kurang. haaaaa, hambekk.. bertabah aje la ye. nurse siap cakap buka buku rekod dah merah. adeh.. mana nak tahu.. hehe.. nasib la nurse yang uruskan saya semalam tu baik. baik sangat-sangat. saya suka cara kerja dia.. 

so semalam dapat la bekalan 'gula-gula' ni... 


makan demi baby.. :) besar gedabak ubatnya.. yang penting baby sentiasa sihat. ubat apa pun yang dorang bagi, kita makan je tanpa banyak songeh ye..

dan-dan tu juga semalam mak belikan kerang. sebab nak tambah darah kan. haha.. saya rasa saya ni memang dari dulu kurang darah. sebab suka pening, letih.. hope la nanti HB akan stabil.

sebekas ni saya makan sorang. sebab haritu terngidam nak makan kerang. haha.. kerang pun boleh terngidam kan. parah2..

jumaat ni kena pergi KKIA lagi. nurse cakap nak scan, dan ambik darah? yang ambik darah tu macam ingat-ingat lupa. haha.. tapi kalau kena ambik darah lagi serah diri aje la.. bukan susah sangat pun.. 

okay la.. ni la kisah saya semalam masa buat buku pink. so nanti saya kongsikan yang lain ye.. sekurang-kurangnya bila tercatat kat blog ni, akan datang boleh rujuk balik. kan..kan.. :)

Aku Blogger Baru 2014

12:00 PTG 20 Comments
Assalamualaikum & selamat tengahari semua.

dalam menyelit menaip entry, saja nak menyelit dalam bersegmen. tertarik dengan segmen yang disediakan oleh hasrulhassan.com.. nampak segmennya mudah, so apa salahnya kita join sama kan? lagipun sedikit sebanyak ia dapat membantu kita.


pertama sekali, saya bukanlah seorang blogger yang baru bertapak pada tahun 2014. cuma niat saya join segmen ni adalah kerana saya adalah seorang blogger yang baru nak mengenali lebih ramai kenalan yang tersedia ada dalam dunia blogging ni..

saya telah menceburkan diri dalam dunia blogging sejak dari tahun 2011 dan sehingga kini. alhamdulillah, saya masih diberi keizinan untuk menulis, serta berkongsi pelbagai cerita buat kawan-kawan semua..

blog saya juga lebih kepada perkongsian tentang kehidupan saya. dari berstatus bujang sehingga bakal menjadi seorang ibu. kadang kala saya juga ada berkongsi tentang tempat-tempat yang saya lawati serta sedikit panduan buat kawan-kawan dan resepi yang mudah untuk kawan-kawan mencuba. :)

niat berblogging pada mulanya kerana minat saya yang sangat mendalam dalam bidang penulisan. tanpa saya sangka juga, berblog juga kita kumpul kenalan dari serata negeri. dan yang paling menarik pada saya, saya dapat berkongsi maklumat & saya juga dapat sesuatu info dari kenalan yang lain. moga dengan adanya segmen ini, ianya dapat memberi pengalaman lain buat saya.. :)

so, jangan segan-segan kalau nak berkawan dengan saya dengan lebih rapat.. =)


Isnin, 3 Mac 2014

Teringin? Mengidam??

4:10 PTG 29 Comments
Assalamualaikum & selamat petang semua.

alhamdulillah.. semalam saya scan baby. doc cakap bby sihat.. okay, yang tu kita cite nanti ye.. esok lusa bby masuk 12week. alhamdulillah.. tak sabar nak tengok dia membesar dengan sihat.. :)

start tahu pregnant, saya kerap rasa lapar. lapar yang amat-amat sampai boleh buat pedih perut. lambat makan je mula la kepala pening, rasa nak muntah. bby kuat makan. hehe.. tetiba je salahkan bby kan. hehe

start dari 5week la camtu, sampai sekarang, keinginan nak makan membuak-buak. syukur sangat apa yang saya makan setakat ni tak pernah kuar balik. cuma saya kena jaga la kuantiti makanan tu. jangan terlalu banyak. makan kerap dalam kuantiti yang sikit-sikit.

dan apa yang saya perasan, apa yang saya nak makan, mesti nakkkkkkk juga. tapi kalau ada ayah baby, xde pula tekak ni teringin itu ini.. adeh.. -_-
macam minggu lepas, teringin nak makan nasi impit. baca kat blog kak +Zaza Nizam kut pasal lontong eh, ala lupa.. tetiba tekak nak tang-tang tu.. haha.. padahal benda tu bukan peberet pun. kalau mak buat, pandang tak pandang je.

tapi sebab baby, sume bantai nak dimakan. sekali mak cakap buat soto ayam je la, boleh ke.. saya okay je.. janji nak makan ada nasi impit. ajaib juga okeh, saya bukan la penggemar nasi impit pun.. haha



demi kerana bby, semua nak tau. puas dapat makan apa yang kita nak. baru tahu penangan mengidam tu camne. nasib la bby ni minta yang senang-senang. kalau dia minta yang pelik bin ajaib, tak tahu la macam mana nak buat tau.. pengsan i..

mak saya pun layankan je apa yang saya nak makan. if boleh buat, dia buat. kalau benda tu kena beli, kena la cari. sebab dia tahu la macam mana rasanya kalau kita ngidam. awal-awal pregnant ngidam kfc. beli memang beli. saya makan kulit ayam sikit je. pastu dah. ayam nya bagi orang lain makan. hehe..

pastu ngidam laksa. dapat juga makan. ngidam nasi ayam, dapat juga. dan sekarang ni yang tak dapat lagi char kuew teow.. haritu nak beli kedai tutup. frust jap. tapi nak kena cari juga. haha.. silap-silap dah tulis dalam ni, malam karang pergi cari juga.. penangannya tu..

pagi tadi tengok MHI. sekali kisah Sate.. terus rasa nakkkkkk.. aduhai.. sekarang ni pantang betul tengok makanan. benda yang bukan peberet pun boleh jadi peberet.

sebab tu la orang kata..sebelum pregnant, benda yang kita suka makan tu akan jadi tak suka.. dan yang kita tak suka tu la akan jadi kesukaan kita kan.. baru rasa macam mana.. -_-



*macam nak buat list je apa lagi yang belum dapat* hahaha :p

Segmen "Tak Kenal Maka Tak Blogwalking"

3:17 PTG 13 Comments
Assalamualaikum & selamat petang semua.

tergerak hati nak join segmen dari MAK DARA.. rasanya dah lama juga tak join segmen dari sana. saja suka-suka je ni. lagipun segmen simple macam ni.


nak join sama, click pada banner ye..

memandangkan segmen ni adalah segmen blogwalking, 'so happy blogwalking buat semua kenalan saya. sama ada yang baru terjah sini ataupun tersedia kenal rapat dengan saya'..
singgah la selalu ye.. ^_^

Jom blogwalking.. =)

Sambung Bertugas.

9:00 PG 11 Comments
Assalamualaikum & selamat pagi.

alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menulis disini. haritu saya ada share mungkin start bulan march saya dah tak kerja kan?
mungkin rezeki baby, bos minta saya masih stay dulu di koop tu.

saya okay je. lagipun bukan dah dapat umah pun di kem tempat suami bertugas. masa dapat sambung tugas tu bukan saya yang merayu ke apa. tapi bos yang minta stay sehingga selesai urusan kerja pengauditan luar.

dah minta izin pun dengan suami. dia izinkan. so, sambung kerja dulu. :)
perasaan sayang tetap ada nak tinggalkan kerja ni sebab saya kerja dah masuk 6tahun. dari umur 20tahun-dari tak tahu pape pasal kerja, sampai la umur nak masuk 26tahun ni-dah nak jadi mak budak ni. hihi

apa-apa pun saya akan cuba buat yang terbaik & bantu apa yang semampunya.. insyaAllah..


Ahad, 2 Mac 2014

4 Month. .

10:47 PTG 20 Comments
Assalamualaikum & selamat malam..



alhamdulillah.. 4bulan dah rupanya jadi wife orang. cepat betul masa berlalu kan.. :)

alhamdulillah juga, diusia perkahwinan yang masih baru ni Allah kurniakan zuriat yang bakal melengkapkan lagi kehidupan kami.

syukur alhamdulillah.. :)


*tadi scan baby.. nanti saya story entry lain ye.. :)

Sabtu, 1 Mac 2014

Hello MARCH. .

9:38 PTG 12 Comments
Assalamualaikum & selamat malam semua.


moga kehidupan kita akan datang sentiasa dipermudahkan..

moga pada hari akan datang juga kita akan sentiasa berkongsi sesuatu yang baik-baik buat semua..

baca dimana-mana, ada saja yang tinggalkan kita semua dalam usia yang masih muda. ajal maut ditangan Allah tanpa mengira masa.

moga pada hari akan datang juga saya datang berkongsi sesuatu yang baik-baik buat tatapan semua.. 

InsyaAllah.. :)

Selamat Hari Tentera

3:10 PTG 11 Comments
Assalamualaikum & selamat petang..

Selamat Hari Tentera yang ke 81 buat my dear husband and my lil bro.. semoga akan terus bersemangat bertugas untuk negara. :) 

juga buat semua tentera-tentera yang bertugas untuk negara.. :)



dua-dua kesayangan saya.. =)