Nak Masak Apa Ni???

Friday 23 May 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Sejak duduk rumah jadi surirumah sepenuh masa ni, makin pening pun ada saya dibuatnya. Bukanlah pening apa, setakat kemas umah ni okay la lagi. Apa la sangat kalau setakat sapu umah, basuh pinggan, basuh kain sume tu. Kerja dah biasa buat yang tu.

Bab yang memeningkan tiap-tiap hari adalah masak. Haaaaa, bab masak ni memang pening. Ye, saya akui, saya memang la tak berapa nak pandai masak. Takde la cekap mana pun. Tapi setakat yang mudah-mudah tu mampu lagi la buat.

Tapi yang peningnya bila fikir, ‘apa nak masak harini????’ haaaa, bab ni yang lemah ni. pastu pula bahan nak masak tak berapa nak ada. Adehh, pening tau bab ni. lagi pening ada masakan yang en.suami suka, ada yang dia tak berapa nak suka.

Bila tanya nak masak apa, mesti dia cakap ‘masak la pape’.. huaaaaa, pape tu apa??? Patut la sebelum ni mak selalu tanya kitorng ‘nak makan apa harini’.. senang mak nak masak. Sekarang kena kat diri sendiri, baru tahu camne..

If ada buku resepi sekalipun, kalau bahan tak cukup pun jadi masalah juga kan. Kalau ikut buku masakan, bila dah masak en.suami tak makan pun jadi masalah juga kan. Haha.. tu la yang buat kita pening sekarang ni.

Sometimes saya rasa saya masak pusing-pusing lauk tu je. Hehehe.. nak buat camne.. itu je yang mampu buat. Ehhh, bukan.. dah memang hari-hari pun kita kena makan kan? Jadi hari-hari kena masak. Bila dah masak mula la rasa hari-hari macam masak yang sama je.. ye dok?


Tu la yang pening bila jadi fulltime housewife.. ;)  

20 comments

  1. tu pasal alise gemuk dulu.. kahkah

    alise kan suka masak.. masak pulak bole tahan banyak.. alah orang tua bukan makan banayk kan.. pastu yang tak habis tu sedap nye la hai meratah..

    sekarang dah pandai dah bajet2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. orang selalu ckap.. kalau kita suka msak pun bdan blh naik.. kita ni bila masak sama je..haha.. tak lalu makan ada laa..

      Delete
  2. salam mimie....tue lah kan mimie....nat pun sama...bila dok ngn mak,mak mskkn...bukan nk bljr time tu....takat potong-potong boleh lah kan...hihiii...skrg kita gk yg susah...jnji cik abg xcerewet sdh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. tu la pasalnya nat. bila ngan mak ckap mak masak sedap. tahu mkan je. bila duk sendiri, baru pening kan.. hehe..

      Delete
  3. betul,,tambah tambah kalau bulan puasa, fening nk pikir menu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy thun ni first time puasa ngan suami.. tak tahu la mcm mna gayanya dgn dlm keadaan prgnt ni. msti pening nak fikir menu..

      Delete
  4. memang pening sebenarnya bila pikir nak masak apa ari2 kan.. sekarang ni da senang..google je cari idea nak masak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kalau google pun sama je peningnya..haha

      Delete
  5. same la.. sejak anis jadi penganggur nie, hari2 nak kena pikir masak ape hari nie..aduhaii.. blank jawapnye.. hihi.. lagi pening bahan2 takde.. kadang2 google je masakn simple..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang blank pun kan.. tetiba bahan pula tak cukup. terus tak jadi nak masak..hehe

      Delete
  6. lya yang masih bujang nie pun kekadang penign juga hari2 fikir nak masak apa..asyik makan benda yg sama je bosan juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bosan kan. kta kalau dah pening, mkan pun tak bape lalu, ajk suami mkan luar..hihik

      Delete
  7. mmg pun..akak yg keje ni pun selalu je dok pk nk masak ape, setiap hari pk camtu..masa cuti bersalin 6 bln dulu, mmg hari2 akak masak. seronok sebenarnya dok rumah ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. sama lah kite, hari2 pening nak masak apa..
    last2 pegi kedai bungkus tomyam atau paprik ayam, pastu blik masak nasi...hehehe..
    takpon husband yang masak..

    ReplyDelete
  9. hahaha.. mama husna pon kalau nak masak mesti itu je soalannya..
    abah plak mcm suami kak mimi.. masaklah pape..
    kami anak2 lah yg bagi menu..:p

    ReplyDelete
  10. hahahaa
    eiqa pun yg bukan housewife pun..
    dok pkir ape la nak masak hari nie..

    ReplyDelete
  11. Hehe..biasa macam inilah jadinya bila tiba masa nak masak kan :-)

    ReplyDelete
  12. hehe..akak yg tak fulltime ni pun pening nak masak apa utk mak mimie

    ReplyDelete
  13. siap sediakan bahan kt rumah. tgk buku resepi, terus blh masak sbb bahan dah ada.hehe

    ReplyDelete
  14. nk snng tanya apa yg cik suami nk makn.ikut selera tekak dia..
    lagi sronok nak.masak..

    nak lg mudah senaraikan siap2 apa nk masak utk minggu tu, pastu just beli brg tu aje..
    in shaa Allah pasti tak pening pala nanti.. hihi

    ReplyDelete