Jumaat, 30 Ogos 2013

Dah 'Ready' Ke ??

12:50 PTG 60 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera.

salam jumaat semua.. kaum adam segak bergayalah harini ye.. jangan lupa pergi solat jumaat tau.. :p

tengok tajuk kat atas tu agak-agak suspen tak?? apa agaknya entry harini yerk!..

erm, bila orang dengar kita akan menamatkan zaman bujang a.k.a kawin, mesti orang akan cakap 'dah ready' ke.. hoho..




korang fikir apa tu ye?? haaaa, fikir lain la tu kan? lajuuuu nya korang.. hehehe..

ni bukan kisah 'malam-malam' ye yang saya nak maksudkan. bukan sama sekali. yang tu korang dengan pasangan je yang tahu udah ler. hehe

maksud saya kat sini, dah 'ready' ke nak pegang tanggungjawab baru. ye, itu maksud saya. nak pegang status baru. kalau dulu seorang anak perempuan kepada ibu&ayah, tapi bila berkahwin terus ada status sebagai seorang isteri. insyaAllah jika diizinkan Allah akan pegang pula status sebagai seorang ibu.

haa, nampak tak, sebenarnya yang tu lagi penting kita fikirkan dari kisah 'malam' tu.. kisah malam tu, tak perlu orang luar tahu. jadi saya xde nak story mory kat sini. 

kadang bila orang tanya kat saya tentang tu (status & tanggungjawab) tak terkata dibuatnya. yela, berkahwin bukan untuk suka-suka kan. hanya sebuah senyuman je yang boleh saya bagi. 

macam saya sendiri la kan.. hehe.. kalau sekarang ni balik kerja mak dah memang siap sedia masak, nanti bila dah berumahtangga, kita pula tiap hari masak untuk suami. macam sekarang ni, bangun pagi mak dah siapkan sarapan. nanti bila dah ada suami, kita dulu kena bangun untuk siapkan sarapan. kalau bulan puasa, dah nak makan sahur mak kejut (malas bangun, hehee), bangun terus makan.. nanti bila dah kawin, awk sbgai isteri la yang kena siap-siap tu semua.. kalau dah biasa tu, xde apa la kan.. kalau tak biasa, mau jadi macam saya juga..hehehe

hoho.. semua tugas baru yang kita akan buat sendiri. kalau sekarang ni, sebab kerja, mak yang siapkan basuh kain baju. (basuh dgn mesin la ye). nanti bila dah kawin kita kena buat. ehh, bukan la maksud saya, saya tak reti basuh baju tau.. buruk beno la rupanya baju pun xreti basuh. maksud saya, kalau kita xde masa pun, kena juga la kita ada masa untuk buat tugasan tu semua.

erm.. banyak tau perubahan baru yang kita akan alami nanti.. so, dah 'ready' ke nak tempuh semua tu??

kalau saya, insyaAllah.. saya dah ready. insyaAllah juga saya akan cuba laksanakannya.. dah siap pesan kat bakal suami, kalau ada yang kekok, means tak biasa buat, harap janganlah marah.. kalau boleh, bagilah tunjuk ajar. hehe

sekian.. :)

Khamis, 29 Ogos 2013

S P A M !

12:02 PTG 58 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera.

rasanya kawan-kawan semua pun jenuh nak memadam email dari spam kan? serabut betul. tiap-tiap hari masuk. bukan 1-2, lebih dari tu.

macam-macam tawarannya. kalau kita ni jenis mudah terpedaya, mungkin laju je follow step apa yang mereka suruh kan.

tapi sebab faham tentang perkara tu, saya tak pandang semua tu. walaupun nak tawarkan duit berjuta-juta. tanah la.. haaaiss.. sapa tak duit kan?? betul tak??

hati-hati ye..!







semua ni sendiket semata-mata.

Rabu, 28 Ogos 2013

Wordless Wednesday

2:15 PTG 44 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera.












notacinta : dari 5 angka pageview blog ni, sekarang dah mencecah 6angka.. tima kasih buat kawan-kawan yang sudi ke sini.. :)

Sepetang Aktiviti Raya Ke-3 Lalu. .

11:45 PG 34 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera.

harini x perlu nak bebel panjang. buat setakat ni la. kerja pun banyak. sekarang nak share gambar je. :)

kisah raya ke-3. hari sabtu. kebetulan takde nak beraya ke mana. jadi petang tu buat la aktiviti sendiri. sebab hari ahad esoknya dah nak balik ipoh kan. *tetiba je ada kisah hari raya kan*

so, ni je la aktiviti petang raya ke-3. 


geram je tengok manggis atas pokok tu.. cepattt ambik galahh.. hehehehe..


mak cakap teringin nak makan buah yang baru petik dari pokok. katanya segar lagii.. maka mak ngap juga la kat situ. saya idak ler.. hehehe.. sibuk nak snap itu ini. jakun jap orang bandar kunon-kunonnya masuk kampung.. :p


betul-betul fresh.. huhu!


geram je nengoknya.. sedapnyaa la hai manggis ni.. teringat-ingat sampai harini.


di celah-celah daun.. seronok je tengok hasil buah-buah ni.. :)


pokok buah ni hasil dari kebun belakang umah kat kampung saya.. :)


hasilnya.. ni baru sikit je.. :)


ok la.. setakat ni share ni je la dulu ye.. nanti saya share gambar lain.. ^_^

happy working semua..

Selasa, 27 Ogos 2013

Macam Ni Ke Debarannya??

1:02 PTG 57 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera.

lepas ni macam banyak je benda akan ter-update kat sini.. jangan muntah pula ye tengok dashboard saya asik mengupdate. ahaaaks!.. ;)

ok, tengok pada tajuk tu macam orang nak nikah je kan. huhu!.. 

dupdapdupdap sekarang ni. tetiba je. harini en.tunang saya dah masuk bertugas balik kat kem seperti biasa. so dia dalam proses uruskan hal wedding kami.

then tadi dia call minta butir-butir yang perlu. ok. dah bagi. pastu dia call lagi sekali tanya tarikh sekian, sekian ni boleh ke tak. terus kencang jantung. haha..

bukan kemain sejuk tangan ni. baru nak tanya tarikh cik mimie oiii.. sabar.. sabar.. hehehe..

msg siap-siap kat mak. nanti abah balik makan tengahari abah boleh bincang. then petang kang boleh tanya pada pakcik yang akan uruskan bab tu.

hope takde masalah dengan 2 tarikh cadangan tu. risau orang berpusu-pusu nak nikah sekarang ni.

doakan ye moga-moga urusan saya dipermudahkan. hope tarikh cadangan tu pun tak perlu nak berebut dengan orang lain. kalau x, terpaksa la kami bagi laluan pada orang yang utama dulu.





notacinta : macam tak percaya dah nak kahwin !!

CPUV KE-4 TAHUN 2013

11:36 PG 46 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera.

cerita semalam. tapi saja nak publish harini. ;)

tengok tajuk pun dah tahu apa kan? setelah sekian lama menunggu, akhirnya lekat juga. hehe



jeles tau tengok kawan-kawan update asik dapat cpuv je.. setelah sekian lama bersabar, dapat juga akhirnya.. mudah-mudahan lekat la lama sikit ye.. :)

cpuv special kali ni datang dari DOVE.. terima kasih Dove sebab beri kepercayaan pada blog ni.. :)


rajin-rajin la click ye.. ;)


jom gunakan produk Dove.. ^_^



terima kasih nuff.. tima kasih dove.. :)

Isnin, 26 Ogos 2013

Dapat Hadiah Dari Blogger . . .

7:20 PTG 52 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera.

tak sangka harini dapat rezeki.. rezeki yang tak disangka.



Turun dari pejabat tengok ada bungkusan ni kat peti pos. memandangkan peti pos tu berkunci, posmen main letak gitu je.. means masuk tak habis. nasib laaa tak kena rembat dengan siapa2.. mana nak tahu kan.

huhu..

nak tahu hadiah ni dari blogger mana? dari blogger yang baik hati pheonix laa.. mesti korang pun kenal kan? actually hadiah ni sebab sebagai sponser GA yang dia anjurkan haritu.

segan pun ada. yela saya jadi sponser pun tak seberapa. sekadar nak mencuba je. tup-tup kita pun dapat suprise sama. mekasih ye pheonix. moga murah rezeki awak lagi lepas ni.. hehehe.. :)

ohh yaa.. korang rasa apa hadiah dalam bungkusan tu??

jeng.. jeng..jeng.. hehehe

.
.
.
.
.
.
.
..
...


taraaa.. 



dapat t-shirt muslimah.. cantik.. kebetulan pun saya tengah nak mengumpul t-shirt muslimah..

tapi yang paling mahal sebab ni..


bahagian belakang ada muka para sponser & tuan blog.. eheeemmm..
habis la lepas ni semua nak serbu blog kami.. hahaha..

dan ada hadiah saguhati sekali.. hehehe


4 paket minuman mahkota dewa. mula-mula tak perasan benda ni. sebab nampak baju je kan.. hehe.. bila terasa sampul surat tu berat, baru perasan. aduhai, terharu pula rasanya.. yela, kita jadi sponser tu bukan la mewah mana, tup-tup kita pun dapat rezeki ni sama.

apa-apa pun tima kasih  pheonix. mudah-mudahan Allah murahkan rezeki awak lagi yerk! =)
patut laaa juga harini tapak tangan kanan gatal je.. ada rezeki rupanya.. :D


p/s : ohh yaa.. seorang lagi pemenang topup dari GA tu tak respon pape pun pada saya. tak nak hadiah ke walaupun nilainya tu tak seberapa. sila-sila la buat tuntutan ye. serba salah pula saya sebab janji tak tertunai habis lagi.

My Wedding Checklist

8:58 PG 62 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekadar nak berkongsi je dengan B2B sekalian.. kalau tidak pun sebagai catatan saya mungkin akan di gunapakai oleh adik-adik sendiri satu hari nanti kan.

Checklist saya ni mungkin berterabur sikit. takde tempoh-tempoh tertentu berapa bulan sebelum majlis patut disediakan. Sebab saya sendiri tak dapat tarikh lagi. Sebab tu la saya kata checklist saya ni berterabur & tak ikut aturannya. Janji ada sebagai sebuah catatan, kan?

1. Kursus Kahwin  [done]
2. Tarikh Majlis Nikah & Sanding [done]
3. Borang Kebenaran Nikah
4. Ujian Hiv
5. Set Baju Nikah [Baju beli - done]
6. Baju Sanding & Set-set sanding [done]
7. Baju Bertandang [dalam proses - butik makcik sendiri]
8. Pelamin [done]
9. Make-up [done]
10. Photografer
11. Catering  [done]
12. Goodies [dalam perbincangan]
13. Barang Hantaran
14. Wedding Cake
15. Guestbook [dalam perancangan]
16. Inai
17. Penunjuk Arah Jalan
18. Bunga Manggar
19. Set Cadar Pengantin [done]
20. Kad Kahwin + Banner
21. Pengacara Majlis @ DJ [done]
22. Tema Warna Majlis [done]
23. Kompang
24. Bunga Telur
25. Thank You Tag
26. List Tetamu Jemputan
27.



checklist ni saya tengok dari list Puan Eja dan tokok tambah 1-2 perkara yang terlintas je. kalau kawan-kawan rasa saya ada tertinggal perkara penting, inform ye. :)





** sebelum kawan-kawan konfius kenapa saya xde date lagi, baik saya bagitahu siap-siap ye.  tunang saya kan baru habis Misi PBB tu. jadi dia belum masuk kem lagi. insyaAllah esok baru dia lapor diri di kem, jadi segalanya dia akan uruskan. jadi saya kena tunggu tarikh dari dia la.


Ahad, 25 Ogos 2013

Seorang Anggota Malbatt Maut Nahas Di Lebanon

3:56 PTG 19 Comments

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seorang anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5) maut manakala dua rakannya cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.40 petang waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) ketika konvoi 'Force Protection'(FP) melibatkan 41 anggota bersama lapan kenderaan tentera bergerak dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin.

Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, 26, dan Lans Koperal Nur Syahied Taib, 26, cedera.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kemalangan itu berlaku di kawasan operasi berhampiran Bandar Houla melibatkan sebuah kenderaan Kembalik yang sedang menunda kenderaan Perisai Condor.

"Kejadian berlaku apabila Kembalik yang dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbalik ke dalam gaung sedalam 15 meter bersama kenderaan perisai yang ditunda.

"Kenderaan Kembalik ketika itu dipandu Nur Syahied yang turut dinaiki Mohamad Aizuwan yang bertindak sebagai pengiring sementara Rosdi sebagai ketua kenderaan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Markas Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Pemangku Panglima Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Abu Bakar Md. Said.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataannya berkata, jenazah Allahyarham Rosdi akan dibawa pulang ke Malaysia Isnin ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Allahyarham Rosdi yang berasal dari Jerantut, Pahang meninggalkan seorang balu, Aliza Ariffin serta tiga orang anak berusia 8, 6 dan 3 tahun.


* Salam takziah buat keluarga mangsa.. terkejut dengar berita ni. msg pada en.tunang. Si dia hanya mampu kata 'syukur dapat balik malaysia kembali dengan selamat. Saya pun bersyukur tunang saya dapat pulang ke sini dengan selamat. tak dapat nak bayangkan kalau benda ni terjadi masa en.tunang saya bertugas kat sana.

* Allahyarham yang meninggal ni rumahnya tak jauh pun kawasannya dengan kawasan rumah saya. sangat tak terduga. Moga isteri mangsa tabah.





sumber : Utusan Online




Kesihatan : Bendi Tingkatkan Kecergasan Otak

9:00 PG 28 Comments
assalamualaikum & salam sejahtera.

Sayur bendi tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Malaysia. Selain dimakan mentah sebagai ulam, ia juga biasa dicampurkan dalam masakan seperti asam pedas, kari atau masak lemak. Tidak lupa, ia biasa dimasak sebagai sayur goreng.

Di samping rasanya yang enak, ramai yang tidak tahu bendi sejenis sayur yang amat kaya dengan khasiat dan kaya dengan kandungan kalsium, protien, serat, garam galian serta vitamin B.

Menerusi kajian, bendi juga dikaitkan sebagai sayur yang baik untuk perkembangan otak yang boleh menambah daya ingatan dan kecergasan minda.

Pada zaman dulu, wanita mengandung mengamalkan memakan bendi sebagai sajian harian. Air rebusan biji, akar dan bunga bendi dijadikan minuman untuk memudahkan proses melahirkan anak.

Bendi juga sesuai disapu pada bahagian kudis dan bisul manakala air rebusan yang dicampur dengan gula membantu merawat batuk serta sakit kerongkong.


sumber gambar : google





sumber maklumat : harian metro 29 julai 2013


Sabtu, 24 Ogos 2013

Maut Kerana Lemang ??

10:45 PG 36 Comments
assalamualaikum & selamat sejahtera.

harini datang pejabat dengan niat nak settle segala kerja yang tertangguh masa cuti haritu. boss datang sebab nak ambik borang. dalam sembang-sembang tu, terkeluar la macam-macam cerita. kisah raya, jamuan raya, pasal pejabat dan last sekali pasal lemang.

dia tanya ada tak dengar cerita pasal seorang perempuan mengandung yang di utara tu meninggal sebab makan lemang.
 then i say la, tak perasan dengan berita tu. selalu kisah-kisah macam ni memang saya laju je baca, sebab menarik kan. nak tahu lebih lanjut.

then secara kebetulan boss cerita pasal perempuan ni isteri pada kawan dia punya kawan kut. lebih kurang macam tu la. dia suka makan lemang. bahagian atas sekali tu. tahu kan yang lembik-lembik penuh lemak tu..??

kalau saya yang atas tu saya buang. then geli nak makan. dengan penuh lemak santannya semua tu la. then saya tanya boss kenapa dia meninggal. boss cerita, ppuan ni ambik yang belah atas tu tanpa belah lemang tu terlebih dulu. 

then lepas ambik then makan, terus la wife tu pengsan. bawa hospital meninggal. doc kata makan racun. si husband pula la pelik. bila doc tanya wife dia makan apa, dia kata makan lemang je. bila di belah katanya dalam tu ada ular.

oohh.. ngeri. sejauh mana kebenarannya, Allahualam. terus saya search kat google berita tu sebab boss kata kat internet pun ada keluar. cerita masa saya kat johor lagi kut. sebab tu saya tak perasan, then kat kampung nak tengok tv & belek paper pun tak sempat.

bila saya tanya boss, dia kata mungkin racun ular tu dah ter'adun' sekali dalam lemang tu kut. then terkumpul kat belah atas. yela, saya ni hanya mendengar cerita je. sejauh mana kebenaran tu, hanya pihak yang tertentu je yang tahu. tak nak cerita lebih-lebih. sebab saya pun hanya mendengar je.

cuma PENGAJARAN dari sini yang saya nak kongsikan pada semua, bila kita nak makan lemang tu, belah la terlebih dahulu ye. even ngidam nak sangat makan yang belah atas tu. sebaik-baiknya belah untuk tahu keadaan dalam tu.

then pastikan betul-betul isi kandungannya. sebab kalau lemang yang kita beli di tepi-tepi jalan ni kan terdedah sikit. bukan la niat nak menjatuhkan para peniaga. tapi sebagai peringatan kita sebagai pembeli & penjual.

kisah lain yang saya nak share, cerita dari mak abh saya sendiri. tak ingat la kisah ni kena pada kawan abah ke jiran setaman. dah lupa. sebab kisah ni pun dah 3-4-5 tahun lepas. dalam lemang tu ada katak oiii.. giler laa..

terus geli nak makan. pembeli tu hantar balik kut. yela, bukan nak salahkan penjual semata-mata kan. dia pun mencari rezeki. cuma kita ni la yang kena hati-hati lebih. dia mana juga nak perasan bila katak ke ular tu ke nak masuk kan. nak-nak peniaga yang berniaga tepi jalan or duk tepi-tepi semak ni..

start dari dengar kisah katak tu, saya dah tak bape yakin nak makan lemang ni. serius.. secara otomatik. kalau kawan saya bagi, saya makan. sebab saya percaya dengan ayah dia buat. sebab saya dah bape kali tengok dia masak kat rumah dia. kalau abh beli pun, macam biasa la tanya beli kat mana.. hehehe.. risau wehh.. dah la saya ni peminat lemang. selalu bantai makan lemang puas-puas bila balik johor je.. hehehe..

ok la.. cerita saya sekadar sebuah perkongsian & peringatan semata-mata untuk kawan-kawan semua ye.. bukan niat nak menjatuhkan sapa-sapa. kita pun xboleh nak mara para peniaga semata-mata. kalau tak elok sekali pun isi dalam tu, bukan para peniaga tahu, kan. yang dia tahu, dia pun dah buat yang terbaik demi rezeki dia.. :)

kalau cerita yang saya dengar & saya kongsikan ni tak betul, minta maaf ye.. harap boleh la bagitahu kisah yang sebenarnya. sebab saya pun dengar dari boss je..


sumber gambar : google



Wanita hamil mati makan lemang tidak benar---Polis
wanita mengandung maut makan lemang berperisa ular-tedung.html


Jumaat, 23 Ogos 2013

Engagement Day Haffiz & Fatin

12:53 PTG 40 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

ni cerita sabtu lepas. 17 ogos 2013. haritu tak sempat nak update blog. memandangkan time tu en.tunang ada kat ipoh, jadi settle kan hal kami dulu.

harini xperlu bebel banyak-banyak. korang suka tengok gambar kan? jadi harini kita share gambar je la. lebih kurang word-less friday la harini ye.. :)


rombongan meminang dah sampai..

hantaran dari pihak lelaki..

hantaran dari pihak perempuan..

perbincangan kedua belah pihak..

penukaran tepak sireh & sireh junjung ke-2 pihak..

mini pelamin yang cantik..

bakal pengantin yang sangat cantik.. :)

mohon restu untuk menjadi bakal menantu.. :)

cincin risik selamat disarungkan..

cincin tunang selamat disarungkan. selamat menjadi tunangan haffiz irfan.. :)

ok.. sah dah menjadi menantu makcik.. :p

parent lelaki..

parent perempuan..

pasangan tunang.. :)

pasangan sama cantik & sama padan.. :)

yang baju merah tu ambik berkat supaya cepat naik pelamin sendiri.. ;)

merasa naik pelamin orang je kan.. :p





p/s : tahniah buat haffiz & fatin.. semoga menjadi pasangan tunang yang terbaik dalam tempoh ujian ini..