5 Tahun Sudah Berlalu

Monday 10 June 2013


Assalamualaikum buat sahabat setia disini..

Al-Fatihah.. 5tahun dah berlalu.. Sekejap je masa tu berlalu.  10 jun 2008- 10 jun 2013.
Arwah opah pergi dengan sekelip mata.

Ingat lagi kejadian tu. 5tahun seusia saya bertugas di koperasi ni. Masa tu 08 jun 2008. saya handle kan mesyuarat agung tahunan koperasi di hotel seri malaysia ipoh. bertugas macam biasa. sampai pukul 2  kut baru selesai. kemas-kemas semuanya la.

balik tu dalam pukul 2 lebih kut, ke pukul 3 petang macam tu mak telefon tanya ada kat mana. bila saya bagitahu baru sampai umah, mak tanya nak tengok opah ke tak, opah ada kat hospital. terkejut tu jangan cakap la. macam tak percaya. arwah opah saya duduk di ulu kinta je. kalau dari umah saya tak sampai 10 minit dah sampai.

seingat saya masa mak telefon tu, saya baru je buka tudung. then mak ada kat umah arwah opah sebab tunggu maklong. arwah opah saya tinggal sekali dengan maklong. masa tu saya macam orang kelam kabut pun ada. sebab tak percaya arwah opah masuk hospital. yela, setahu saya opah saya tu sihat je. cuma tahu-tahu je la kan orang tua yang dah masuk umur 80+ ni.

mak cakap arwah opah jatuh kat bilik air (jamban). bilik air tu kat belah luar. saya pun ingat-ingat lupa. time kejadian awal pagi subuh kut. katanya dah masuk balik tu la dia terjatuh. mungkin dah takdir Allah kan. arwah opah jatuh, pastu kena strok sekali kut. lepas je mak call tu, saya solat zohor dulu. kebetulan adik lelaki bawah saya tu kerja. adik sorang lagi ada. so cepat2 solat zohor,tak sempat nak mandi dah, drive laju2 pergi umah arwah opah dengan adik. pastu kitorng gerak sesama. pergi 2 kereta. masa tu macam2 dalam fikiran.

sampai hospital saya tengok arwah opah dah bergantung pada alat pernafasan tu je. then scan otak tu pula ada atas meja tu, saya tengok. then dorang kata ada darah beku. time tu saya dah tahan sebak dah. walaupun saya tak rapat dengan arwah opah, tapi dia pernah beberapa kali tinggal kat umah saya. then abah yang selalu jenguk umah opah.

saya tengok ada sedara mara dah sampai. tapi saya tak kenal sangat. sebab arwah opah ni keluarga merata-rata. keluarga besar juga la pada saya. time tu saya tengok semua ok je.. saya ni je duk tahan2 airmata. sekali tu saya keluar bilik. menitik airmata ni. saya tak mampu nak tahan. saya kat hospital sampai petang juga. opah tak sedar2 pun. pastu hari isnin tu kebetulan boss bagi cuti sebab hari ahd tu ada mesy. agung kan. isnin tu belah petang saya ke umah arwah opah. pihak hospital cakap nak hantar arwah opah balik.

saya ni jenis penakut sikit kalau tengok ambulans depan mata, pesakit yang ditolak atas katil tu..tak tahu la kenapa. masa pekerja hospital hantar tu, memang lalu depan saya je dorang tolak katil tu. rasa macam tak percaya ahli keluarga sendiri atas tu. opah tetap tak sedar. pastu nak dijadikan cerita, semasa hayat masih ada, dia suka sangat sebut nama pakcik saya yang tinggal kat k.lumpur. saya pun tak kenal. tak pernah jumpa. tak pernah kenal anak2 nya.

kejadian hari selasa tu saya ingat lagi sampai sekarang. pagi tu dalam pukul 8 camtu. ntah kenapa saya pun siap awal. kalau ikut kan dah nak pergi kerja ni. elok dapat call dari maklong. cemas semacam suara dia. abah tengah panaskan enjin kete. nak ke umah arwah opah. nak bawak karpet lama kalau tak silap. sebab umah kampung tahu2 je la, berlantaikan simen. nanti sejuk pula orang datang ziarah kan. elok je dapat call dari maklong, maklong cakap suruh abah datang cepat, opah dah nazak. terkejut punya pasal, saya menjerit kuat2 kat abah. tak pernah saya menjerit gelabah macam tu. dengan harapan dapat tengok opah lagi.

elok saya sampai, arwah opah dah takde. maklong saya cerita, arwah opah saya tetiba panggil nama anak dia, 'nordin'.. elok dia panggil terus dia pergi.. Ya Allah, Allah permudahkan pemergian arwah opah saya. 

tadi kan saya ada cerita pasal semasa hayatnya arwah opah sebut2 nama anaknya yang di k.lumpur tu kan..saya pun tak pasti bila dia sampai. katanya hari isnin tgh2 malam. sebab hari selasa tu dorang dah ada. saya memang tak kenal. tapi airmuka pakcik saya & abh sama. so baru saya tahu. masa arwah opah panggil nama anak dia tu, pakcik saya ada sebelah dia.. kiranya dia pergi dengan tenang, walaupun dia tak jumpa masa hayatnya ada, tapi anaknya ada disini saat dia pergi.. 

Ya Allah.. bersyukur sangat sebab anak yang disebut2 ada. mungkin dia terlalu rindu kut. arwah opah ni anak dia ramai. 9 orng kut. tapi saya sendiri tak kenal sangat. saya cakap juga dengan mak saya, bila ada kematian atau perkahwinan baru dapat jumpa ahli keluarga. ternyata, semasa kematian saya kenal pakcik saya & familynya tu. anak-anaknya juga. umur saya 20tahun baru saya kenal sepupu saya. tu pun ada lagi yang tak balik.

betul-betul semuanya berlalu dengan pantas. 2hari arwah opah terlantar terus pergi. petang lepas asar dikebumikan. pukul 8 pagi dia meninggal. petang tu masa nak kebumikan, hujan sangat-sangat lebat. apa-apa pun, saya tetap ingat arwah opah saya walaupun tiada 1 pun gambarnya dalam simpanan saya..

Al fatihah..





nota : saat entry ni ditulis, airmata saya turut bergenang di kelopak mata..

15 comments

  1. Al fatihah..Semoga roh arwah opah Mimie tenang kt sana...

    ReplyDelete
  2. semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org beriman..

    ReplyDelete
  3. Kirimkan doa selalu buat opah yg telah pergi.

    ReplyDelete
  4. Al fatihah buat arwah nenek mimie...

    ReplyDelete
  5. Salam Isnin Mimi…Semoga mimi sihat2 selalu..AL FATIHAH buat arwah opah mimi

    ReplyDelete
  6. al-fatihah

    arwah tok cik su(nenek sebelah mak)(..01-01-2005

    ReplyDelete
  7. al-fatihah, teringat juga dekat arwah nenek alyn..

    ReplyDelete
  8. al-fatihah...smoga arwah tenang dialam yang lagi satu...aku langsung x berpeluang nak jumpa nenek 2 mak/abah belah pihak mase arwah nenek meninggal...cume dengar berita dari jauh...mungkin pasal aku kecik lagik kot...

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah. ros tak pernah jumpa arwah nenek dan atuk sebab mereka meninggal masa ros kecik lagi. huhu

    ReplyDelete
  10. alfatihah buat arwah...betul tu, kadang2 tak kenal sedara mara yang dekat2 nih...

    ReplyDelete