Ikhlas Ke Sumbangan Kita Tu?

Wednesday 8 May 2013

assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat setia disini.. =)

erm.. macam mana ye saya nak mula kan cerita.. takut pula tersalah cakap.. ok, macam ni.. korang selalu tak ada perasaan macam ni.. 'eh, yeke bila kita bagi dia derma ni, dia guna tuk tu.. ntah-ntah dia tipu je kut..sekarang ni bukan boleh percaya sangat'..


ada tak sapa-sapa yang suka berprasangka macam ni? mesti ada kan? tapi saya tak tuduh la sapa-sapa.. saya cuma cakap secara umum je.. kalau saya? setakat ni saya dah buang jauh perasaan tu.. sebab bagi saya, bila saya bagi sikit sumbangan tu, dengan niat hati yang ikhlas.. saya tak minta pun orang tu canang kata saya ada bagi derma/sumbangan banyak ni, banyak tu..

saya tak nak minta macam tu.. cuma apa yang saya harapkan, pemberian saya tu diterima Allah.. dan saya harap moga orang yang terima pemberian saya tu dia doakan yang baik-baik untuk saya..tu je..

dan yang penting, apa yang saya beri tu ikhlas kerana Allah.. kalau orang yang terima tu dia sebenarnya tipu kita, tu bukan salah kita kan? sebab kita dah bagi sumbangan tu, tu hak dia nak buat apa.. kalau sebelum tu dia minta sebab anak dia sakit ke, tapi dia guna tuk kepentingan dia, tu salah dia kan.. dia la yang kena jawab balik dengan Allah.. bukan dengan saya..

macam sebelum ni, tak silap hujung bulan 4 haritu.. ada orang datang minta sumbangan.. tapi saya dah tak ingat sangat rupa pakcik tu.. tapi dia minta sumbangan sebab dia oku, then ada la sebab-sebab lain.. memang nampak.. tapi dia usaha naik tempat keje saya ni kat tingkat 3.. sian dia.. masa tu saya ada berapa RM je dalam purse.. sebab gaji saya lambat.. niat nak bagi lebih sikit, tapi saya cakap dengan pakcik tu, saya bagi ni je yang ada dalam simpanan saya..

syukur rasa hati masa tu sebab dapat tolong.. dan yang paling buat saya terharu, dia doakan untuk saya walaupun saya tak minta.. saya rasa macam 1 perasaan lain.. hati saya jadi lapang sangat-sangat.. tu yang saya selalu rasa bila dapat tolong orang..

insyaAllah, mungkin juga itu sedikit bekalan untuk saya di akhirat nanti bila ia diterima Allah.. rezeki kita tu perlu juga kita tolong orang yang susah kan? tak mati pun kita ni, kalau kita tolong orang.. malah Allah akan tolong kita balik..

saya selalu dengar orang kata, 'takyah la bg..ntah-ntah dia nak buat benda lain'.. tu lantak dia.. janji kita dah tolong kan? memang la sakit hati kalau dapat tahu macam tu.. tapi kalau sumbangan kita tu dalam RM berapa je, tak yah kita berkira.. sebab nanti Allah tarik balik pahala kita kan? :)



so, kalau korang nak tolong orang lain, jangan terbit rasa ragu-ragu ye.. bila kita ragu-ragu tu nanti, kita tak jadi nak tolong.. bila tak jadi tolong, dah kurang pahala kita tu kan? :)

tak salah kalau kita tolong orang yang susah tu dengan beri sedikit sumbangan kan? sebab rezeki kita pun datang dari Allah kan? kenapa kita nak kedekut dengan pemberian dari Allah tu.. kadang-kadang Allah salurkan rezeki pada kita lebih supaya kita dapat bantu skit pada mereka yang susah.. sebab? Allah nak beri kita ganjaran pahala.. betul tak? :)



* bukan niat saya nak menunjuk2.. jauh sekali macam tu.. cuma saya nak ajak kawan2, kalau ada rezeki lebih, bantulah mereka yang memerlukan.. tu je..  :)




11 comments

  1. setujuuu..kdg2 cinpius jgk kn..jujur ke x ni..jnji tu dia ngn Allah

    ReplyDelete
  2. Akak setuju dengan apa yang Mimie katakan cuma adakala perlu berhati-hati sbb terdapat dikalangan mereka yg OKU ni dimanipulasi oleh pihak2 tertentu untuk kaut untung mudah. Takut lain yg kita harapkan lain pula yg jadi. Wallahualam

    ReplyDelete
  3. Sayangkan bila dah bagi tapi tak ikhlas, pastu berlagak pulak dengan pemberian sendiri, mengunkit2. habis dah dekat situ..

    ReplyDelete
  4. betul 2, nak beri biar ikhlas, jgn citer kat org lain.. diam2 sudaa.. hu3..

    ReplyDelete
  5. ari neh kite tolong orang,mane tau sok-sok orang tolong kite walaupon dalam cara yang berlainan...mungkin dengan sumbangan yang iklas walaupon sikit pasti bermakna...heheheh...slamat beramal...iklan jap!!!hakhakhak!!!

    ReplyDelete
  6. dulu2 pun anis pikir mcm tu jugak, tapi tu time mentah2 lagi.. skang.. kalau dah hulur tu.. watpe nak pertikaikan lagi? terpulanglah kat org y menerima tu.. die tipu Allah maha tahu.. janji kite ringankan tangan.. kalau persoalkan, mmg npk sgt mcm x ikhlas kan? hehehe

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan akak..Sia-sia je kalau tak ikhlas ni.

    ReplyDelete
  8. mungkin ni lari sikit dr tajuk. tp situasi tetap sama. someone dtg kat sy dan mintak tolong dr saya. katanya dia tgh sesak skg ni. nak pinjam duit sgt2. mungkin xlah begitu byk, tp kalau dah amount tu ratus2 rasanya perit jugaklah. dan lately saya baru tau yang ramai jugak yg kena "tipu" mcmtu oleh org yg sama. janji nk bayar tp sampai skg satu sen pun xde. tu yang org ramai komplen la. Mula lah mcm2 cerita tentang tu, buruk2 kan org tu la, korek cerita ceritu ni la. mcm2..
    Saya garu kepala, sy jugak mungkin pernah menolong org tu bila dia susah, dan pertolongan tu atas dasar sesama manusia. perkemanusiaan. sy tak sampai hati tengok org lain susah dan sebab dia jugak dtg mintk tlg saya. even saya juga tak pernah ceritakan pd sesiapa yg dia juga pernah meminjam dr saya tanpa memulang semula kpd saya. sy juga tidak pernah meminta atau mengingatkan dia tentang hutangnya.
    saya beranggapan, kalau saya meminjam brg dr org lain saya sendiri perlu melunaskan hutang itu tanpa perlu dituntut oleh pemberi pinjam. kerana even kita mati pun waris kita ttp perlu melangsaikan hutang kita kan.. sbb bayar hutang tu kan wajib..
    (perlukah saya terus buat tak tahu atau bersama2 dgn mangsa yang lain utk turut menuntut hutang ye?) atau ikhlas ke sebenarnya saya memberi pinjam tu? saya masih tertanya sendiri..

    ReplyDelete
  9. baby comel :
    -kalau amaun nya besar, dan ramai juga yang terkena, boleh je tuntut duit tu balik.. sebab berhak ke atas diri kita kan..kalau atas niat dia meminjam..

    ReplyDelete