Wanita bekerjaya memilih keselesaan kasut flat

Monday 7 January 2013

Wanita dan kasut juga umpama isi dan kuku, terutama sekali kasut bertumit tinggi begitu melambangkan ciri kewanitaan itu sendiri. Jika pergi membeli-belah sudah pasti kasut antara barang wajib yang mesti dibeli namun begitu kasut wanita juga terdapat pilihan dan jenis. Antara jenis-jenis kasut yang terdapat di pasaran adalah 'wedges',stilletto, flat dan banyak lagi.

Zaman berubah wanita sekarang semakin aktif dan sibuk maka pemilihan kasut haruslah bijak agak kesihatan juga terjaga selain mementingkan kecantikan semata-mata. Oleh sebab itu 
kebanyakan wanita masa kini lebih mengemarkan gaya kasut yang lebih selesa, santai dan fleksibel untuk digayakan di mana dan bila-bila masa sahaja.

Kasut Flat adalah kasut yang amat sesuai untuk digayakan di mana saja sama ada ketika anda membeli belah mahupun ke pejabat ini kerana kasut flat ini juga terdapat pelbagai pilihan gaya dan corak menarik. Tidak ketinggalan juga jika anda mahu ke majlis formal tetapi anda tidak selesa dengan kasut yang bertumit tinggi. Dengan adanya pelbagai jenis kasut flat yang menarik untuk digayakan maka ianya tetap sesuai untuk ke majlis formal.
Pemakaian kasut flat ini amatlah selesa kerana ianya tidak memberi sebarang kesakitan kepada kaki anda sewaktu berjalan pada masa yang lama jika dibandingkan dengan kasut bertumit tinggi.


Antara tips untuk memilih kasut flat :

  • Belilah kasut pada waktu siang atau petang. Ini adalah bagi mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai. Selain itu, pada waktu siang atau petang, kaki mengembang kepada saiz kaki yang sebenar.
  • Berdiri dengan tegak, dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai bagi memastikan kasut tersebut sesuai dengan kaki.
  • Pilih kasut dengan corak dan warna yang sesuai dengan kaki anda supaya ia nampak menarik apabila digayakan.
  • Seeloknya pilih kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki supaya tidak terlalu ketat dan tidak menyakitkan kaki.





sumber : >> SINI <<

17 comments

  1. saya memang pilih kasut flat..kalau boleh nak elakkan pakai kasut tumit tinggi. nak tersembam rasanya bila pakai..tak sanggup..rasa kalau saya tak reti pakai, mesti saya ni jalan membontot..hehe.

    ReplyDelete
  2. setuju!!
    kitapun suka pakai kasut flat :D

    ReplyDelete
  3. nurul aini :
    -sama la akk pun..akk tak la pkai kasut camni..sebab nmpk tak sesuai.. pkai kasut rendah2 je..lebih senang selipar..hihihi.. takut nak pkai kasut tinggi..asik nak tertonggeng je..ahaha..

    cik syida :
    -kasut rendah camni nmpak selesa kan.. :)

    ReplyDelete
  4. farah memang penggemar stilletos...hu hu hu... tapi tu dulu sebelum kena ragut... now prefer wedges jer... ^_^

    kasut flat so far belum bernasib baik lagi...sebab kalau beli mesti x selesa nak pakai...

    ReplyDelete
  5. eja layan sandal & kasut tutop cm gmbo tuh..tp..yg lebut2 ja..keras xsuka sakit kaki

    ReplyDelete
  6. farah waheda :
    -oo..yeke.. kasut flat camni kita tak pernah pakai..sebab tak bape selesa.. pkai selipar je la.. hehe..

    cik zaniff :
    -kalau keras2 nti kaki melecet..

    ReplyDelete
  7. betul tu..sy pn suka pakai kasut flat klau nak g kerja..mudah nak bergerak kesana kemari..kalau pakai kasut tinggi,jalan jauh skit..dh sakit kaki

    ReplyDelete
  8. elyna mirsada :
    -welcome.. :)

    cik dania :
    -betul2.. kasut tinggi ni hnya tempat tertentu blh la pkai..kalau tak, rasa nak tercabot kaki d buatnya kalau bnyk b'jalan..

    ReplyDelete
  9. Lissa suka sangat pakai kasut flat., selesa dan senang lari2., hehehe ^^

    ReplyDelete
  10. lissa :
    -eh, lissa suka main lari2? xmo2.. nanti jatuh..hehe

    ReplyDelete
  11. kalau nk tau ... yana tetiap hari g kje pkai selipar jerk.. hehehh

    ReplyDelete
  12. Ecah pon suka pakai kasut flat cengginih..senang n selesa tuk ke class..

    time praktikum kat skolah ritu pon pakaiy flat(wlaupon salah dari segi etika pemakaian seorang guru..kan wajib de tumit.huuu). 1st day je pkai kasut bertumit 4 inci(xlarat nak naik bangunan y bertingkat2 kat skolah tu)huhu

    ReplyDelete
  13. pakai kasut flat ni senang nak bergerak.jln laju2 lg senang.acik pun lebey prefer kpd yg flat.selesa wlopn x bergaya sgt..asalkan balek umah tak gadoh sakit kaki bagai..hiii

    ReplyDelete
  14. yana aina :
    -kita kuar kete mmng paka kasut..naik pejabat tukar selipar yang ada..lagi syok nk bergerak..hehe

    ecah shaimi :
    -yela, kasut rata ni memang selesa.. tp sy tak pernah pkai walaupun dimata nmpk cantik dan tingin.. ha'ah.. ckgu2 kena pkai bertumit.. tp leceh, mengundang sakit kaki bila nak kena bnyak gerak kan..

    acik Ieymah :
    -betul.. yg penting balik tak gado sakit kaki..hehe

    ReplyDelete
  15. hehe..betul, sokong..selipar lagi selesa.

    ReplyDelete
  16. nurul aini :
    -yup.. lagi syok kan..laju je jalan..hehe

    ReplyDelete